Home · About Me · Sitemap ·

Mengapa Iman Turun Ketika Haid?

Terdapat kalangan wanita yang mengalami penurunan iman ketika sedang haid. Hal ini berlaku kerana ada larangan melakukan sebahagian ibadah rutin seperti solat, puasa, tawaf dan membaca Al Quran. Akibatnya imannya terpengaruh sehingga turun sedikit demi sedikit. Lebih-lebih lagi sekiranya mereka mempunyai tanggapan yang salah terhadap haid dengan menganggap datangnya haid sama dengan datangnya musim cuti daripada melakukan ibadah.Antara faktor yang mempengaruhi:-  

1. Kekurangan ilmu

* Menganggap ibadah hanya terbatas kepada ibadah khusus sahaja seperti wuduk, solat,  iktikaf, puasa dan haji.
* Menurut Ibnu Taimiyah, ulama yang wafat 728H di Damaskus, ibadah adalah seluruh perkara yang dicintai dan diredhai Allah, baik perkataan mahupun perbuatan, yang zahir mahupun yang batin.
* Bercakap benar , menunaikan amanah, berbakti kepada orang tua, menyambung silaturrahim, menepati janji, menyampaikan perkara yang makruf, melarang perkara yang mungkar, berbuat baik kepada tetangga, anak yatim, orang miskin dan musafir, semuanya adalah ibadah.
* Melaksanakan perintah Allah adalah ibadah dan menjauhi larangan Allah adalah ibadah. Haid bukan alasan meninggalkan ibadah kepada Allah secara mutlak.
* Wanita dalam haid masih berpeluang melaksanakan ibadah hati, lidah dan anggota badan.
* Mencintai Allah, takut kepada Allah, berharap kepada Allah, tawakal kepada Allah dan berasa diawasi Allah adalah contoh ibadah hati yang dapat dilakukan oleh kaum wanita baik ketika haid mahupun tidak.

2. Mengabaikan Zikir

* Ramai wanita dalam haid menyibukkan diri dengan perkara2 lalai daripada mengingati Allah. Walhal lalai daripada mengingati Allah adalah salah satu sebab turunnya iman.
* Rasulullah Sollallahu Alahi Wassalam mengumpamakan hati yang kosong daripada zikir bagaikan orang yang mati.
*Tiada larangan bagi wanita dalam haid berzikir kepada Allah dan menyebut nama-Nya, baik dalam keadaan berdiri, duduk mahupun berbaring. Bahkan haid tidak menghalang kaum wanita masuk dalam golongan Ulul Albab (orang yang berakal) seperti yang diterangkan dalam Surah Al Imran, ayat 190 hingga 191.

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang,
terdapat tanda-tanda untuk orang yang berakal, iaitu orang yang mengingati Allah sambil berdiri ataupun duduk ataupun dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai penciptaan langit dan bumi (seraya berkata), "Ya Tuhan kami,tiada Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, lindungi kami dari seksa api neraka".

3. Melakukan Dosa

* Dosa dalam diri seseorang disebabkan dua perkara iaitu meninggalkan perintah ataupun melaksanakan larangan.
* Dosa akan memberikan pengaruh yang buruk terhadap keimanan, kerana iman akan bertambah dengan ketaatan dan berkurang dengan kemaksiatan.
* Sekiranya wanita dalam haid lalai daripada zikir kepada Allah dan melaksanakan ketaatan, nafsunya memerintah kepada keburukan dan dosa. Nafsu yang buruk merosakkan iman sehingga melemahkan pemiliknya beramal, baik amal hati mahupun anggota badan.

Sumber :Amalan 24 Jam Wanita Haid oleh Fahrur Muis terbitan PTS Publication

P/S Pengaruh daripada luar seperti godaan syaitan, sibuk mendapatkan kenikmatan dunia dan teman  yang buruk akhlaknya juga antara sebab turunnya iman ketika sedang haid.

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Mengapa Iman Turun Ketika Haid?"

  1. terima kasih sebab kongsi ilmu nih

    BalasPadam
  2. assalamualaikum & salam kenal..sepatutnya kita tak perlu menjadi org yg emosi ataupun turun iman nya walaupun datang haid.

    saya follow sini juga yer, follower ke-102

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam kenal juga. tq sudi singgah...ingatan buat diri sendiri bila "cuti", tak bermakna "cuti" segala-galanya...

      p/s kak dah follow KS..

      Padam

Komen anda amat dihargai