Home · About Me · Sitemap ·

Dah 2 Minggu Kita Cuti Ni.....

Diam tak diam , cuti sekolah dah masuk 2 minggu. Setiap kali bercuti panjang, doa keberkatan masa sering dipanjatkan supaya waktu berlalu tidak disia-siakan dan tidak berisi dengan melakukan perkara yang tidak bermanfaat. Dalam tempoh 2 minggu bercuti juga, Anim dapat bertemu dengan kaum keluarga walaupun tuan punya badan masih setia duduk di rumah, tak keluar bercuti lagi.

Minggu pertama, kaum keluarga sebelah Anim meriuhkan rumah kecil kami. 2 hari juga 2 Abdul ikut sama menjadi tourist guide mereka. Hari pertama ke Alor Setar, ke Muzium Padi, Pusat Sains Negara, Alor Setar Tower dan pusat beli belah terbaru dan terbesar di SP, Amanjaya Mall . Hari ke2 mereka berada sehari suntuk mandi manda di Taman Tema Air, The Carnival yang hanya beberapa minit dari rumah . A b a h pun ada di SP, kami pun kerap menjengoknya. (Sempat belikan dia kelambu kerana banyak nyamuk katanya).

 Ambil dari google ....blog Anim tak boleh upload gambar, over limit. Belum sempat cari jalan untuk menyelesaikannya

1st time tau ada kelambu dewasa (tak guna tali). Beli kat kedai barangan Siam di Kuala Ketil, RM 39.90 sahaja reganya. Nak cari satu jugak untuk kes kecemasan tak de letrik (hahaha..manyak nyamuk masa tu!)

Minggu ke2, kaum keluarga sebelah Encik Suami pula tiba dengan flight. Encik Suami pula terpaksa ke KL selama 2 malam. Ooo...nak ajak berjalan mana nak sumbat Waja Anim dengan 6 tetamu dan 2 Abdul serta driver di dalamnya! Dipermudahkan segalanya, Encik Suami menguruskan pemergian tetamu ke Langkawi selama 4 hari. Semalam mereka dihantar ke Kuala Kedah dengan bantuan seorang rakan dengan menaiki Unsernya.

2 Abdul sudah gundah gulana. MIL,FIL,Pak Su serta sepupunya dok mengajak. Anim ni yang tak tahan telinga mendengar rengekan. But NO tetap NO.

 "Kitakan baru saja balik Langkawi bulan lalu. Biarlah deorang saja pergi. Deorang tu duduk jauh, bukan selalu dapat datang sini."

" Cuti sekolah belum jalan-jalan lagi. Asyik duduk rumah" rungut depa. Amboi, lupa ke kulit hangpa "hitam" gara-gara surnburn berendam dalam air? Anak...anak...kalau bercakap ikut sedap mulut aja.

"Tunggulah Embah, Tok Pak, Ucu, Leya balik Jumaat ni. Barulah kita jalan2 ramai-ramai bawak deorang. Abah pun dah balik masa tu."

Tapi...dah nama budak. Kejap ajalah rajuknya kalau kena pujuk. Ajak keluar cari barang di Pasaraya, singgah sini..singgah sana..lupa dah!!!!!

P/S Dah pesan kat MIL, kat biras, kalau nak beli pinggan mangkuk kat Hj Ismail ke,kat Idaman Suri ke, kena masuk beg lain @ buat tanda bagi plastik barang kita berbeza dengan oranglain. Maklumlah...dalam ferry masa nak balik tu, plastik hijau (Hj Ismail) @ plastik biru (Idaman Suri) nampak sama saja. Berlaku kes seorang teman yang membeli set pinggan mangkuk dekat RM 700, bila turun ferry, dapat barangan pinggan mangkuk melamine RM 100 lebih. Kes tertukarlah ni..naya betul.

Artikel berkaitan:

20 Komen untuk "Dah 2 Minggu Kita Cuti Ni....."

  1. hehehe..budak² kan..asik nk jenjln jer..sama la ngn anak saya tuh...lain keje takdak..nak jalan jer...alasan..boringgg!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak kata dah p kenduri kahwin pun jalan jugak, heee....
      lainlah dok rumah tak nampak matahari..

      Padam
  2. kelambu tu actually dah lama belah kedah do guna .... baru nak famos online. kami anak-branak tak boleh nak tidoq dlm kelambu ni. mcm tak boleh nyawa.

    kat kampung MIL nyamuk selalunya time maghrib saja bila dah makin malam nyamuk pun tak dak.

    teriak la sampai rumah kalau plastik hijau tertukaq!

    BalasPadam
    Balasan
    1. tulah fasal, kalau tak kerana abah mengadu banyak nyamuk, susah nak tido...tak tau wujud kelambu ni (maklum, I takde FB, heee)

      p/s beli set vantage..dapat melamine, mau tak berbaldi air mata kuar, huhu...

      Padam
  3. No1. suka kelambu... comel!
    No2. nangiiiisssss... pinggan mahal tu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. no.1 : kita pun suka..rega pun ok.
      no.2 : gigit jari, tapi yg sebelah sana..mesti melompat gembira.

      Padam
  4. Assalamualaikum Anim,

    Cantiknya kelambu tu,senang kan Anim,tak payah dok guna tali dah,kemas pun kemas kan...
    Budak2 ni biasa lah kan Anim,bila time sekolah tu depa asyik dok beradap buku ja...,tu yang pantang sangat bila cuti ja nak ajak jalan2...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kak ros, senang nak menyimpan, macam payung. cari kat kedai siam je k.ros, banyak.
      p/s bukan tak de pe nak dibuat, tapi angin main dan jalan je yg berligat kat kepala depa..

      Padam
  5. Lama dah tak gi Langkawi...kalau g memang nak serbu idaman suri je hehehe...anak2 saya pun sama, asyik tanya tak pi ke mana2 ke..padahal awal cuti tu dah ke KL/Putrajaya huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau ke langkawi, memang situlah idaman kaum wanita. masa membeli tak ingat, bila nak menyorong masuk ferry baru mengeluh, hihi...

      depa tu bukan apa, jealous tgk oranglain dah jalan2...emak ayah depa tak menyebut apa lagi pun..

      Padam
  6. lya harap akak dh bjaya selesaikan masalah xleh upload pic ni.. cuma skarang mcabar sket sbb dashbord baru kan.. so kena godek la....lya pon nk cba gak g godek2 sket

    BalasPadam
  7. kena pi langkawi masa tak cuti sekolah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul norh..biasa kak pergi petang khamis, balik pagi sabtu (bukan waktu cuti sekolah @ cuti am)..Langkawi aku yg punya, heeee!!!!

      Padam
  8. salam cikgu..
    cuti saya pun dah nak abis...kejap sj 2 minggu. ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila cuti, kejap je masa habis kan. time bekerja, 2 minggu macam 2 bulan, heee

      Padam
  9. salam kak anim..duk sp ka? saya duk di Changlun..budak2 camtu la kan kak..sabar jer lah dgn kerenah depa..

    kalo saya tak tahan pi langkawi time cuti sekolah..ramai sangat orgnya.tempat nak parking kereta di jeti pun susah.betul tu kalo saya beli barang kat langkawi mesti bawa marker untuk tanda kat plastik yg kita beli tu dgn nama & no fon.memang risau.

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup, dok SP. KS dok Changlun?...ada la juga sampai, once in a blue moon.

      KS, bukan kata ramai org, susah nak park...nak shopping pun penuh orang. sampai langgar pungkok..rasa nak p makan pun berebut, caj hotel pun naik 20% . so, apakata org dok kedah macam kita jgn p langkawi waktu cuti sekolah, bagi chance kat org luar...

      Padam
  10. Tak sabarlah tu nak tunggu abah mereka balik Anim. Kalau boleh nak jalan makan angin terus. Kalau anak kakak dah biasa. Janji ada novel mereka syok. Budak perempuan tak sama budak lelaki Anim.

    Kakak teringinnya nak beli pinggan-mangkuk di sana. Lama betul kakak tak ke Langkawi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. buku cerita tu dok ada tak abis2 baca. anak jantan ni, sehari 2, ok lah lagi. masuk 2 minggu...mulalah bosan.

      kak, kalau nak beli pinggan mangkuk kat langkawi kena ambil langkah selamat..jangan sampai tertukar beg plastik!!

      Padam

Komen anda amat dihargai