Entry mereka dipanggil menjadi tetamu Allah pada musim haji 1433H
d i s i n i. Sebaik saja mendapat tahu mereka telah pulang ke tanahair pada Sabtu malam, 25 November yang lalu, keesokan hari kami menziarahi pasangan ini di rumahnya. Alhamdulillah, mereka telah selamat menjalani ibadah haji selama 32 hari di sana. Seronok menziarahi orang balik haji ni. Banyak perkembangan baru tentang Mekah dan Madinah serta pengalaman kerja haji dapat dikongsi bersama.
Depa berdua bertuah kerana terpilih di antara 2000 orang jemaah haji yang terpilih di saat-saat akhir. Menurutnya lagi, ada satu kumpulan lagi yang bertolak selepas group dari Sg.Petani ni iaitu selepas DYMM Yang Dipertuan Agong serta Permaisuri Agong berangkat menunaikan haji pada 19 November. Walaupun dugaan sebelum pergi tu hebat, maklumlah persiapan tak sampai 48 jam, tapi dari sudut lain, mereka tidak lama terikat dengan larangan ihram. Dan yang paling menarik ialah seramai 30 jemaah bersama depa adalah dari satu kampung (sebelah isteri) di Sg.Petani!! Orang sekampung pi haji....pernah jumpa atau dengar tak? Mesti best kan...satu asrama lagi! Pakej depa ni pakej swasta (Kos RM 19,XXX).
Kami turut membawa bersama family Encik Suami dari Johor tempohari. Mudah-mudahan berpanjanganlah hendaknya ikatan silaturrahim.
P/S Kena hadiri kursus haji walaupun tarikh yang diberikan oleh pihak TH lama lagi kerana manalah tahu rezeki kita datang cepat tanpa disangka.....
Lain-Lain Artikel:
:)
BalasPadamSeronoknya ada peluang mengerjakan haji...
syukur, rukun Islam ke 5 selesai disempurnakan..
Padambestnya pi ramai2 dgn org yg kita kenal ..
BalasPadambertuah orang kampung..tak risau dah cabaran duduk beramai2 bersama orang tak dikenali...
PadamKegembiraan mengerjakan Haji... seusatu yang tak terucap...
BalasPadamkita yang tak pergi pun rasa seronok, tambah2 lagi tuan punya badan kan?
PadamMoga depa dapat haji yang mabrur..
BalasPadammudah2an....
PadamTiada tempat yang paling indah selain di Tanah Suci Mekah dan Madinah. Hati akan sentiasa merindui kedua-dua tanah suci ini...dan sentiasa digamit untuk datang dan datang lagi. Ya Allah terimalah hamba-Mu ini sebagai tetamu-Mu lagi.....
BalasPadam