Kami 4 beranak panggil benda ni "backhoe" tapi ramai kawan Kedah kata ni namanya "cari makan"...Heee...macam-macam nama..
Seorang kontraktor menceritakan pengalaman "lucu" penuh bermaknanya sewaktu menyiapkan kerja-kerja pemasangan paip di sebuah kampung. Setelah beberapa hari jentera keluar masuk kampung tersebut, ada seorang hamba Allah (penduduk kampung) berang kerana menurutnya kerja-kerja pemasangan paip tersebut telah melalui jalan (tanah kepunyaannya).
Alkisah satu hari, sewaktu semua pekerja sedang sibuk menjalankan kerja masing-masing, hamba Allah tersebut meluru ke arah mereka sambil membawa sebilah parang . Sambil marah-marah, dia kemudiannya dilihat mengangkat parangnya dan menyebabkan semua pekerja yang ada di situ melarikan diri. Si hamba Allah ini dengan tidak semena-mena menuju ke arah backhoe yang ada di situ (orang boleh sembunyi...backhoe nak sembunyi kat mana?). Dengan sekuat hati, si hamba Allah ni menetak tayar backhoe itu berkali-kali dengan parangnya. Dung..dung..dung... Ditakdirkan Allah...entah macamana, parang itu terlepas dari tangannya dan melantun ke kepala si hamba Allah ini.
Dek kerana kuatnya lantunan parang tersebut ke kepala si hamba Allah ni agaknya, keadaan menjadi kelam kabut apabila si hamba Allah ini jatuh pengsan!!!! Sudahnya, pekerja-pekerja yang ada di situ pula membantu mengangkat si hamba Allah ini. Keesokan harinya, kerja-kerja pemasangan paip di kampung tersebut tetap diteruskan dan hamba Allah tersebut tetap memerhatikan kerja-kerja pemasangan paip di kampung (yang melalui tanahnya) itu tetapi kali ini dengan kepala berbalut...
P/S Jangan disulitkan perkara yang mudah...
Belum ada komen untuk "Si panas baran...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai