Home · About Me · Sitemap ·

HARUS? WAJIB? Kena Paksa.....


3 hari lalu, sewaktu si adik mengikuti lawatan sekolah ke Zoo Taiping dan Cameron Highlands, Anim ambil peluang bawa si Abdul sorang lagi ni ke  r  e  s  t  o  r  a  n   k  e  g  e  m  a  r  a  n  n  y  a . Kan ada Anim cerita fasal Si Abdul ni yang enggan turut serta dalam lawatan sekolah itu tempohari...Nasib baik tak WAJIB! Berbuih mulut memujuk, dia tetap geleng kepala. Alasannya..."Dah pergi Cameron hari tu, nak pergi lagi nak tengok apa?"..Pulak dah...

Bagi chance dia relax dulu...kita pun join sama bermain. Ada yang nak dibincangkan sebenarnya. Slow talk sambil makan-makan ber2 la ni....

 Pilihan Si Abdul...Salmon Teriyaki bersama 2 free side line, Mash Potato dan Macaroni Cheese.

Dah bisik kat dia waktu order menu ini."Teriyaki tu cam nama Jepun. Ummi tak pernah cuba. Tak taulah macamana rasa dia. Nak jugak ke?" Tapi dia tetap dengan pilihannya.  Bila ordernya sampai, berkerut muka bila selesai suapan pertama. "Manis lah sos ikan ni. Ikan ni ada banyak tulang. Besar pulak ikan ni, mana habis"...Amboi, lain macam bunyi, mesti ada sesuatu yang tak kena nih...

 Pilihan Anim...Ikan dory sos kampung (sambal belacan) bersama Baby Fried Rice dan Coleslaw

Rupa-rupanya...dia berkenan dengan pilihan Anim. Tersengih lebar bila ditanya, "Nak tukar pinggan ke?".

Dengan tanpa rasa bersalah menghabiskan hidangan yang sepatutnya masuk ke perut Anim. Anak...anak.... Nasib baiklah Salmon Teriyaki tu kena dengan tekak Anim.. Kalau tak, harus kupaksa dia makan hidangan yang diordernya tadi....heeee. Dah kenyang...barulah boleh bukak mulut...

Sebenarnya nak slow talk dengan si Abdul ni..Bulan 10 ni, dia akan mengikuti perkhemahan Unit Kokurikulum Sekolah di IPSAH. Jangan bagi excuse tak mau p dan mogok lagi seperti Kem Bahasa Arab 5 bulan lalu. Dia perlu berdikari..perlu ikut semua aktiviti sekolah tanpa excuse. Tak mahu lagi timbul soalan, "Nak makan macamana, nak tidur macamana, nak mandi macamana". Ni baru sekolah rendah. Ooo..2 tahun lagi naik sekolah menengah...cabaran lagi hebat, macamana nanti...

P/S HARUS? WAJIB? di paksa walau dia tak rela....

Artikel berkaitan:

8 Komen untuk "HARUS? WAJIB? Kena Paksa....."

  1. kena belanja makan lagilah lepas ni....hehehe

    BalasPadam
  2. anim,

    minta email address
    ____________________________________________________________

    anim,

    nanti mala emailkan ya sbb tak dpt nk upload pic cara lipat tu.

    kalau guna kulit yg besar mmg potong tiga. sebabkan mala cuma ada stok kulit pohpia yg kecik cara lipat dia lain dan size samosa ni mmg kecik .. cute ja

    BalasPadam
  3. Anim, itulah kerenah anak2...macam2kan. take care

    BalasPadam
    Balasan
    1. betullah, mak wardah. tu baru 2. mak saya haa..11 org!

      Padam
  4. Assalamualaikum kak,

    Tak jadi la camp tu.... di tunda dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. waalaikumsalam...
      wah..3 hari kak takde di sekolah, ada perubahan ke. mamat tu WAJIB gumbira bila tau berita ni...heee

      Padam

Komen anda amat dihargai