Pinjam google. Bawah kubah hijau terletaknya Maqam Rasulullah. Bawah kubah putih tu Raudhah!
(Kamera dan smart phone tak dapat bawa masuk di bahagian wanita...so no picture was taken..)
"Ana, Raudhah. Malaysia" sambil menunjukkan telekung yang dipakai kepada petugas Masjid Nabawi usai solat Subuh. Dia kemudiannya menunjukkan satu arah. Nun di sana, lebihkurang 4 saf jemaah bertelekung putih disatu sudut dengan papan tanda di tiang masjid "MALAYSIA". Indonesia ada. Singapore ada. Rupa-rupanya kumpulan yang bercakap Bahasa Melayu diletakkan di bawah MALAYSIA.Kumpulan MESIR juga ada papan tanda . Yang lain-lain, Turki, India, Pakistan, Iran tak nampak pulak.
Menyapa jemaah dari Gombak yang datang bersama anaknya (nama anaknya juga Hanim you...), Anim mendapat tahu mereka telah mencuba tengah malam tadi untuk ke Raudhah tapi tak berjaya kerana bilangan yang ingin masuk ke Raudhah terlalu ramai dan mereka tertewas semasa berasak-asak dengan jemaah dari negara lain yang lebih kuat dan besar saiz badannya! "Kaedah baru" mengasingkan jemaah mengikut kumpulan negara baru pagi ini dilakukan katanya.
Pengalaman menyaksikan dome ini terbuka macam pintu sliding. Tak de suara bising pun macam yang dikatakan. Ramai jemaah tak perasan. Bila kami mendongak ke atas, barulah depa turut sama mendongak!
Telefon Anim berbunyi. Encik Suami mengatakan dia sudah berada di hotel menghantar Bapak balik bersarapan pagi. Tambahnya lagi, jemaah travel group kami akan melakukan Ziarah Luar ( ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Ladang Kurma) jam 6 pagi. Terkejut juga bila plan berubah. Ikut plan asal, pagi ni Ziarah Dalaman dulu, melawat sekitar Masjid Nabawi dan Raudhah. Anim beritahu Encik Suami "kaedah" ke Raudhah sudah berubah pagi ini. Anim pun tak pasti jam berapa kami akan dibenarkan masuk.Anim minta izin untuk terus menunggu. Hajat nak berpuasa Khamis di Madinah tak tercapai, izinkan Anim menziarahi Makam Rasulullah dan ke Raudhah pagi ini.
MIL gelisah bila dapat tahu group kami akan melakukan Ziarah Luar pagi ini. MIL risau hajatnya nak membeli kurma di Ladang Kurma tak tercapai. Maklumlah...kat Mekah, MIL hanya membeli barangan lain. Risaulah MIL kerana jiran tetangga turut mengirim kurma Ajwa! Anim memujuknya. Kalau sempat kita pergi. Kalau tak, anggap saja tak ada rezeki kita ikut depa. Kita cari kurma kat tempat lain.
2 jam menunggu, Anim mengajak MIL mengerjakan Solat Dhuha. Kawasan sempit, solat di celah-celah jemaah bertelekung putih duduk. So, laluan diberikan kepada MIL dahulu. Kemudian giliran Anim. Anim mengajak Makcik dari Gombak tadi bersolat Dhuha. "Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita ke Raudhah, makcik". Dia kemudiannya mengambil giliran. Tak lama kemudian, menderu jemaah dari negara lain berlari ke satu arah. Pintu ke Raudhah dibuka! Masya-Allah, situasi yang cukup mencemaskan. Mereka menuju ke situ tanpa menghiraukan apa yang ada dihadapan mereka. Seorang budak kecil yang sedang baring di kawasan karpet, hampir dipijak! Menjerit kecillah kami, jemaah bertelekung putih!
Ada beberapa jemaah bertelekung putih bangun dan ingin turut serta bersama kumpulan tadi namun dihalang oleh petugas Arab berpurdah. "Duduk dulu Ibu, duduk..duduk". Bila jemaah bertelekung putih kembali duduk, petugas memuji-muji "Good. Malaysia Good". MIL terkejut dengan apa yang disaksikannya di depan mata. "Dulu masa Mak pergi, tak macam ni. Mak boleh pergi hampir ke Maqam Rasulullah, boleh sentuh jeriji di situ". Anim pun beritahu MIL, pengalaman ini juga berbeza dengan pengalaman Anim t a h u n l a l u. Anim beritahu MIL, kita ikut sajalah. Petugas kata tunggu, kita tunggu. SMS masuk sekali lagi. Encik Suami memberitahu group kami telah berangkat melakukan Ziarah Luar. Dia juga sedang berjalan semula ke masjid. Bapak ditinggalkan di bilik kerana tak mahu ikut.
Tak lama kemudian, kami diarahkan untuk bangun dan mengikut petugas masuk. Rupa-rupanya ke satu lagi stop. Duduk lagi di situ. Makcik Gombak bersama anaknya ntah ke mana. Sebelah Anim pula seorang jemaah dari Kajang yang peramah (muda dari Anim) . Tempat kami duduk dipisahkan oleh tabir-tabir plastik putih. Hanya tiang-tiang dan kubah hijau Maqam Rasulullah kelihatan. Kami kemudiannya "berbincang" bersama seorang lagi jemaah Malaysia, yang mana satu Makam Rasulullah, yang mana Makam Sahabat, Abu Bakar dan Umar. Jemaah dari Kajang tu baru balik Umrah bulan Mac. Tak sampai 3 bulan sudah datang semula. Rezeki Allah bagi....seronokla kami bersembang. Bukan isu kosong, isu international, isu agama. Anim terpandang 2 jemaah "Minah Salleh" dalam kumpulan MALAYSIA. Kata jemaah Kajang, jemaah "Minah Salleh" ni petugas Arab masukkan dalam group MALAYSIA sebab kita ni lembut sikit. Tak kasar, senang diberi arahan, mudah mengikut, tak melawan!! Oooo...gitu rupanya. (Note: di sebalik tabir putih tu kedengaran riuh rendah kumpulan wanita negara lain, yang menangis kuat, yang menjerit...aduhai, kenapalah mereka berkelakuan begitu berhampiran Maqam Rasulullah dan sahabat)
20 minit berlalu. Kami kemudiannya diarahkan bangun dan bergerak mengikut petugas (papan tanda MALAYSIA masih ditangannya). Kami sudah menghampiri Maqam Rasulullah...sudah hampir ke Raudhah. Airmata bagai tak mampu dibendung. Tiba-tiba kami diarahkan duduk di stop ke3 di sebelah kanan (Raudhah di kiri!). Terpinga-pingalah kumpulan bertelekung putih yang setia. Ada beberapa jemaah bertelekung putih terlepas dari pengawasan petugas. (Anim sentiasa ingat...Anim bawa MIL, tak boleh ikut kata hati Anim). Tak apalah...sabar ajalah. Robbi Yassir Wala Tu' Assir..Wa Tammim Bil Khair. Alangkah gembiranya, dalam 10 minit kemudian, kami diarahkan bangun dan menuju ke Maqam Rasulullah dan sahabat. Anim mengajak MIL berdiri di satu sudut dan memberi salam kepada Rasulullah dan sahabat. Kemudian, kami menyampaikan salam dari rakan-rakan yang mengirim salam. Alhamdulillah, kami telah berada di atas karpet hijau (hijau-hijau kekelabuan) Anim menunggu giliran di satu kawasan berhampiran tiang. Pada mulanya Anim ingin memberi ruang kepada MIL dahulu (Anim jaga MIL solat) tapi rezeki di Raudhah..hamba Allah yang bersolat di sebelah tempat Anim berdiri bangun dan ini memberi ruang untuk MIL bersolat di sebelah Anim.
Anim bersolat 2 rakaat. Aduh....tak boleh nak gambarkan perasaan Anim waktu itu. Benarlah. Hanya mereka yang telah ke Raudhah saja dapat menggambarkan ketenangan bersolat di sana. Selesai solat 2 rakaat, tak ada siapa yang menanti untuk mengambil tempat Anim. Tak ada pulak petugas yang "menghalau". Anim ambil keputusan menyambung 2 rakaat lagi. Setelah selesai, ruang solat tadi masih lagi kepunyaan Anim. Syukur Ya Alla..Anim ingin bersolat lagi. Anim menoleh ke sebelah. MIL sudah tak ada. Rupa-rupanya dia bangun setelah selesai 2 rakaat. Dia berada di belakang Anim. Anim yang berniat untuk jaga MIL solat, rupa-rupanya sebaliknya terjadi! (Note: Ada sekumpulan jemaah yang membuat kepungan supaya jemaah segroup tidak dilanggar, ditolak ketika solat)
Anim kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa MIL keluar. Rasa syukur yang tak tergambar diucapkan tatkala keluar dari kawasan Raudhah. Jam 9 pagi kami dapat keluar dari masjid, dalam redha ditinggalkan oleh group travel yang berziarah luar, Allah berikan sesuatu yang bagi Anim jauh berharga dari itu semua. (Moral : Kesabaran membuahkan hasil). Next time bagi yang nak ke Raudhah...ikutlah group MALAYSIA. Insya-Allah....ada ruang untuk kita melakukan solat dengan penuh ketenangan, tidak bertolak-tolak, tidak berhimpit-himpit!
P/S Apa cerita bila keluar masjid? Panjang dah n3 ni...next entry, kay.
Alhamdulillah rezeki anim berkat kesabaran menunggu...
BalasPadamTerima kasih anim,mana la tahu nnt ain ada rezeki nk kesana boleh la dijadikan panduan...
Nak tunggu cerita seterusnya...
mudah2an ain..yang penting pasang niat, insya-Allah dipermudahkan.
BalasPadambetullah, kadang2 kalau kita tak sabar, kita berjaya tapi hasilnya tak cukup ummph...
menitik air mata saya baca cerita anim...ya Allah, jemputlah aku ke sana juga! Cepat2la sambung cerita seterusnya..
BalasPadammudah2an najmiah...niat dan keazaman..
BalasPadaminsya-Allah, Allah permudahkan.
Assalamualaikum Anim,
BalasPadamTerharu Kak Ros baca cerita Anim nih.....Inilah yang dikatakan Allah sentiasa bersama sama kita kan Anim....Semoga semuanya dipermudahkah Allah....
selalu orang kata, sabar tu separuh dari iman, kan kak ros.
PadamDalam beberapa blog yang kita baca, jemaah Malaysia / Asia Tenggara memang yang terakhir diberi masuk. Sebenarnya inilah rezeki besar... takde lagi gangguan, takde lagi kesesakan dan dapat berlama-lama di Raudhah, Insya Allah...
BalasPadamBerbaloi kalau sabar menunggu. Tip yang kita akan guna lain-kali kalau ada rezeki ke sana lagi...
betul lah huda.nak kena sabar. kalaulah kita tahu jam berapa kita dibenarkan masuk..tentu berebut jemaah. bila tak tahu tu yg jadi sabar...
BalasPadam