Keluar masjid Nabawi, kami ber3 bersarapan dengan samosa besar berinti kentang , roti nan bersama kuah daging cincang (kima), kopi dan teh panas. Lama menunggu Anim dan MIL, Encik Suami menghantar Bapak balik bilik dan kemudian datang semula ke masjid. Encik Suami dan Bapak ambil keputusan tak ikut ziarah luar dan menunggu kami ber2. Walaupun hari ni, Encik Suami takde rezeki nak ke Raudhah, Anim beritahu Encik Suami , insya-Allah, hari lain, waktu lain...pasti Allah tunaikan permintaan hambaNya.
Disapa oleh MUHAMMAD, pelajar Mechanical Engineering di sebuah universiti di Mekah. MUHAMMAD ni asal Mekah, mai Madinah jalan-jalan. Macam-macam yang kami bualkan. MUHAMMAD mencadangkan kami mengambil teksi di depan jam Masjid Nabawi untuk menziarahi Masjid Quba dan lain-lain. Teksi di situ memang menunggu penumpang untuk berziarah katanya. Tq..tq...
Selepas menukar wang di Money Changer (kat Mekah, tak de Money Changer. Puas meronda. Tak jumpa macam tahun lalu. Nasib baik cukup duit yang dibawa untuk 6 hari di sana), kami p ke kedai kurma yang ditunjukkan MUHAMMAD. Kurma berinti kacang almond special untuk my anak murid. Kurma ajwa....plan nak beli di Pasar Kurma selepas ke Masjid Quba dengan teksi.
Selepas menjemput Bapak di bilik, kami mencari teksi seperti yang dimaklumkan MUHAMMAD. Teksi pertama, teksi baru. Serius perwatakan pemandunya. Try menawar tapi dia berkeras nak SR 80. Berjalan ke depan sikit, bertanya teksi ke dua di situ. Pun same rate..SR 80 jugak. Teksi buruk sikit tapi orangnya friendly. Mana pilihan hati? Teksi baru@teksi lama...pemandu serius@senyum memanjang? Sepakat.....kami memilih teksi lama itu!
Misi pertama, Masjid Quba. Sewaktu di dalam perjalanan, Encik Suami bercerita tentang sejarah Masjid Quba kepada Mak dan Bapak. Seolah-olah "macam faham" je apa yang kami perbualkan,AHMAD si pemandu teksi ikut menyampuk dalam bahasa Arab. Bila Encik Suami menyebut nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam..AHMAD turut berselawat atas Nabi. Mulutnya tak berhenti-henti menyebut Bismillah, Allahu Akbar, Masya Allah dan Subhanallah...Lucu jugak bila satu ketika terkeluar perkataan "Majnun"dari mulut AHMAD kerana aksi satu pemandu lain yang memandu secara berbahaya...
Tahun lalu (Mac) , pokok kurma masih berbunga. Bulan Mei ni dapat tengok dia berputik. Insya-Allah, buat mereka yang berkunjung Ramadhan nanti...dapatlah dapat tengok dia berbuah. Lepas solat 2 rakaat, sesi mengenal pkok kurma. Seronokle Bapak....tak dapat tengok di Ladang Kurma, kat Masjid Quba pun jadilah. Sama jugak..heeeee
Ahmad, pemandu teksi, anak jati Madinah...macam Wahid Satay laa dia nih!
Bila kami minta AHMAD, menghantar kami ke Ladang Kurma, dia menggeleng-gelengkan kepala sambil menyatakan sesuatu dalam bahasa Arab.
AHMAD kemudiannya berhenti di depan sebuah kedai. AHMAD tunjuk ibu jarinya. Ooo..agaknya AHMAD nak beritahu kurma kat kedai nilah yang paling best sekali. Tepat sekali...kurmanya tip top. Kurma ajwa ada 3 saiz, S (SR 60), M (SR 80) dan L (SR 100).Rasanya memang yang terbaik. Lembut kurmanya. Masih baru. Jauh berbeza yang kami beli di L a d a n g K u r m a tahun lalu. Semua pelanggan kedai ni orang Arab. AHMADlah yang sibuk sama menimbang dan mulutnya sibuk mengarahkan toke buat itu dan ini. Si Tok Arab, toke kedai ni tak abis-abis menyebut "Malaysia, masya-Allah". Suka tengok orang Malaysia borong kurma agaknya, hihi. Sengih lebarlah dia bila kami membayar lebih SR1500 untuk kurma!
Tahun ni memang banyak borong macam2 jenis kurma. Ole-ole lain tak beli sangat (Barangan di Madinah tak murah macam tahun lalu. Sama je dengan Mekah. Adakala lebih mahal!! ) Ramadhan tahun ni kita tak cari kurma Yusuf Taiyoob yaaa...heeee.
Alhamdulillah...lega sangat. Tiba hotel sebelum Zuhor. Mak pun senang hati. Kurma dah beli. Group yang berziarah luar tak nampak bayang lagi. Apa cerita depa agaknya. Kalau ada rezeki ke Madinah, singgahlah kedai kurma ini. Tak jauh dari Masjid Quba...Memang puas hati.
P/S MORAL : Senang Tok Arab namakan anak2 lelaki mereka. Rata-rata yang kami temui bernama MUHAMMAD dan AHMAD.

kurma berintikan badam memang sedap. lagi sedap yang coated chocolate...
BalasPadamsaya beli juga chocolate berisi kurma dan kekacang tu for my students..
Padamamazing coklat mekah ni..tak melting walaupun dalam suhu bilik. kalau coklat langkawi, alamat cair bair le.
Alhamdulillah kak Anim...bila Adibah berpeluang untuk wat umrah hujung tahun lepas sempena kunjunganya , mak n abah za ke rumah kakak za di Damam... berkilo-kilo kurma ajwa za kirim...puas hati bila tengok depa kat rumah ni makan kurma macam makan kacang ajer...... rasanyer itulah ole-ole yang paling best bila ke sana ekkkk.....
BalasPadamhaaah..za ada kakak kat sana kan? bertuahle badan kalau buat umrah@haji ada sedara mara kat sana. alhamdulillah, 2 Abdul kak tu pun suka makan kurma. kak beli satu jenis kurma yg paling besar (lupa nama) dan tak teringat nak snap gambar. tau2 dah habis..hihi. ada rezeki cari lagi
Padam