Home · About Me · Sitemap ·

The forgotten island@ Jerejak Rainforest Resort, Penang

Alamak...tak teringat langsung nak snap keseluruhan Pulau Jerejak dari kejauhan (kanan). Rushing bertolak ke jetty di Bayan Lepas ni selepas sekolah (petang Khamis)...nak kejar jadual ferry 4.30 petang. Actually, jadual ferry sampai malam tapi tak sanggup menempuh traffic jammed orang Penang balik kerja.

The forgotten island...pulau "buangan" berkeluasan 363 hektar yang terletak di antara Pulau Pinang dan Seberang Perai .

Pada tahun 1948-1949 ia dijadikan Kem Tahanan Politik British@Penjara Pulau Jerejak. Dr.Burhanuddin Al Helmi, Ahmad Boestamam, Ustaz Abu Bakar Al Baqir, Cikgu Muhd Yusof Ayob, Rashid Karim dan Ibrahim Karim adalah antara pejuang nasionalisme yang pernah dipenjarakan di sini.

Pada 12 Jun 1969, Pulau Jerejak dijadikan sebuah penjara keselamatan tertinggi dan digelar Alcatraz Malaysia.

Pada tahun 1981, berlaku rusuhan apabila 100 orang tahunan mengamuk dan memusnahkan sebahagian bangunan Pusat Pemulihan Akhlak kerana tidak berpuas hati dengan pelanjutan tempoh tahanan. Pada tahun-tahun berikutnya, bilangan tahanan bertambah mencecah 982 orang.

Sebagai langkah keselamatan, nelayan tidak dibenarkan menghampiri pulau ini dalam lingkungan 200m dari pantai.

Bagaimanapun 7 orang tahanan berjaya memboloskan diri, 4 orang pada Januari 1988 dan 3 pada Mei 1988. Bagi mengelakkan perkara ini berulang, kerajaan memutuskan menutup pusat itu pada 1990 dan tahanan dipindahkan ke Muar dan Simpang Renggam, Johor secara berperingkat sehingga 13 Ogos 1993. [Sumber Bernama]

 
Anim dan 2 Abdul ni sebenarnya "menziarahi" Encik Suami yang sudah berada di sana sejak Rabu . Sambil menyelam..minum air....

Ni le ferry yang disediakan oleh pengurusan Jerejak Rainforest Resort. Perjalanan mengambil masa lebihkurang 15 minit. Tak jauh mana pun kan....

Jerejak Rainforest Resort yang beroperasi pada 2004 ini didirikan di atas kawasan yang dulunya merupakan pusat rawatan kusta. Menarik bukan....

Jalan kaki dari jetty ke lobby...Cik abang kita dah menunggu di sana....hoho...

 Tempat beradu....
 Tempat bersantap bagi semua pengunjung dan penginap.

Tempat anaknda berdua p bersiram...

Tempat anaknda menabur duit....

P/S Bila dah tau "sejarah" pulau...payah lak nak lena malam..hihi

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "The forgotten island@ Jerejak Rainforest Resort, Penang"

  1. Jerejak Rainforest Resort offers 20 luxurious chalets, comprising 14 one-bedroom (Superior) and six two-bedroom chalets (Executive). See our Review at http://www.kidbuxblog.com/holiday/ideal-destinations

    BalasPadam
  2. Salam Sejahtera,

    Saya Jacklyn penolonog penyelidikan dari UTM Johor. Kami sedang menjalankan penyelidikan tentang pemulihan sejarah Pulau Jerejak, termasuk mengumpul sejarah lisan, fieldwork dan juga mengumpul segala maklumat lain yang dapat memulih sejarah yang kaya di atas Pulau Jerejak.

    Saya berasa kagum apabila terjumpa foto antik puan/cik di atas, kerana inilah foto yang tidak pernah dijumpai.

    Tujuan saya menulis adalah ingin tahu lebih tentang gambar ini. Adakah foto ini dari cetakan atau pemilikan persendirian? Kalau itu pemilikan persendirian, mungkinkah kami meminta kebenaran untuk penggunaan foto tersebut?

    Terima kasih kerana sudi membaca surat ini dan saya akan menunggu permulangan. Email saya adalah jacklyn326@gmail.com

    BalasPadam
  3. banyak berjalan luas pengetahuan..banyak ilmu dapat lihat bumi lain ciptaan Allah

    BalasPadam
  4. kak.. abah fifi dulu duduk sane.. arwah datuk kerja sane.. hari2 pergi sekolah naik bot..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai