Tapi...mana cikgu tak membebel pagi-pagi bila kehadiran ke sekolah pagi tadi menimbulkan tanda-tanya. Awatnya...bilangan yang tak hadir (awal tahun lagi...) nampak ketara ke"lompong"an walhal hari Ahad cuti Maulud, takkan nak cuti awal. Rupa-rupanya...selidik punya selidik..Tu dia, jam 1.30 pagi malam tadi ada anak murid berada di tempat shooting drama di sebuah surau di salah sebuah kampung . Hmmm..part time le..jadi pelakon tambahan..
Yang perempuan katanya berlakon dengan berbaju sekolah, yang lelaki khabarnya mengenakan jubah. Ada yang kata...shooting drama pontianak. Ada yang kata...drama ala-ala Nilapura. 3 hari cuti di Kedah, kena tunggu hari Isnin untuk edisi siasat. Berapa agaknya bayaran yang diperolehi sampai sanggup tuang sekolah...
P/S Seronok kot depa bila dapat masuk TV...glamer jap...
lakonan budak2 sekolah sekarang, hebat-hebat belaka=)
BalasPadamMoga x jadi hebat sangat!
aine~cita2 budak sek rendah skrg tak sama dgn generasi sek rendah kak dulu awal 1980an..
BalasPadamAssalam, tumpang tanya. kat mana tempat ni ye? kebetulan tgh cari lokasi percutian ala2 kampung untuk cuti sekolah ni... :)
BalasPadamtak tau le nak rekomen..takut tak berkenan dihati. kalau minat nak dok atas air sambil memancing leh le book chalet terapung segantang garam di merbok.
Padam