Home · About Me · Sitemap ·

Perut kosong pi sekolah...

  Muhyiddin syor jadual rehat anjal untuk murid Tahun Satu


2012/01/04

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini menyarankan sekolah menyediakan jadual rehat yang fleksibel untuk murid Tahun Satu bagi memastikan mereka mempunyai tenaga untuk belajar.

Beliau berkata, bagi mengelak murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan, jadual rehat sedia ada iaitu pada 9.45 pagi boleh diubah kepada 9 pagi atau 8.30 pagi khusus untuk minggu pertama musim baru persekolahan.

Bercakap kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan sempena hari pertama persekolahan di Sekolah Rendah Kebangsaan Bukit Pantai di sini hari ini, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata saranannya itu dibuat selepas diberitahu ramai murid yang ditemuinya bahawa mereka tidak bersarapan pagi sebelum memasuki kelas.
"Jadi saya minta sekolah, mungkin kalau ada keadaan sebegini, jadual untuk rehat boleh dibuat lebih awal, fleksikan, khususnya untuk minggu pertama supaya tiada murid memasuki bilik darjah dalam keadaan tidak bersarapan pagi.

"Bagi saya itu tidak boleh kita pandang ringan kerana boleh menjejaskan proses pembelajaran. Saya sendiri pun kalau ke pejabat tanpa sarapan pagi akan lesu, kita semua pun begitu, apatah lagi anak-anak kecil," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata, saranan itu tidak bermaksud semua sekolah perlu mengubah jadual rehat sedia ada, sebaliknya boleh dilaksanakan berdasarkan pertimbangan bergantung kepada kebijaksanaan sekolah.

Katanya, saranan itu bertujuan mengelak pelajar daripada menjadi lemah, letih dan lesu.
Mengenai bekalan buku teks, kerusi dan meja ke sekolah, Muhyiddin berkata semua keperluan itu telah disediakan dengan sempurna hasil persediaan awal yang dibuat sejak tahun lalu.

 - BERNAMA


-----------------------------------------------------------------------------------------------
Rehat jam 9.45 pagi? Ada sesetengah sekolah,rehat jam 10.15 pagi . Dari pengalaman 8 sekolah Anim mengajar...sama sahaja. Baik sekolah di bandar, mahupun di kampung...ramai murid yang datang ke sekolah dengan perut kosong..hatta setitik air masak@air panas mati kata orang Johor (air suam kata orang Kedah) pun tak masuk ke mulut mereka!!

Alasan anak yang biasa didengar ; emak tak buat sarapan, pagi-pagi dah pergi kerja.
Alasan si emak; anak tak lalu makan awal pagi.

Teringat zaman sekolah rendah dulu (emak kita kebanyakan suri rumah).., kuih karipap, kuih koci, apam dah tersedia di atas meja di atas meja dengan air teh@air kopi sebelum kita melangkah ke sekolah. Kadang-kadang dibekalkan dengan nasi berlauk yang dilapik plastik ( di dalam) dan dibungkus dengan suratkhabar. Sebelum Subuh emak dah bangun menguli tepung..menyiapkan sarapan.

Balik sekolah...sepanjang perjalanan mengayuh basikal pulang...tertanya-tanya menu emak yang ada di bawah tudung saji. Tak sabar-sabar nak tiba rumah.

La ni...ada anak-anak yang tak ada mood nak balik rumah. Tak ada siapa yang menunggu di rumah. Adakala mereka dibekalkan duit lebih untuk makan sendiri di kedai(emak tak sempat balik)... Sudahnya lunch pun tak serupa lunch...tengahari buta mengunyah keropok lekor, sosej dan sebagainya.

P/S Alangkah bahagianya jika ibu- ibu diberi gaji untuk tinggal di rumah mengasuh anak-anak.Tak perlulah kita keluar bekerja...


Artikel berkaitan:

9 Komen untuk "Perut kosong pi sekolah..."

  1. betul la tu... serapan di utamakan......

    BalasPadam
  2. perut kosong, alamat mengantuklah dalam kelas..

    BalasPadam
  3. Salam Anim,

    Bagus jugak la cadangan TPM ni,Kak Ros sokong sangat....pasai memang banyak anak2 yang pi sekolah ni dengan perut yang kosong..Zaman dah berubah...Zaman la ni dah tak macam zaman dulu lagi dah Anim...Kos sara hidup kita tinggi,kalau kita tak kerja sama bantu suami,memang tak cukup kan....Dulu Kak Ros pi sekolah berjalan kaki ja dari rumah,sejam jugak la nak sampai kat sekolah tu...tapi la ni kan mana boleh nak jalan kaki dah,bahaya macam2..kereta pun banyak,jadi secara tak langsung kita kena ambik jugak la bas atau van sekolah,sebulan dah berapa...kalau kita tak kerja sama,sapa yang nak bagi duit kat kita untuk tanggung semua ni kan Anim...?
    kerja kita tetap kena kerja,tapi cuma Kak Ros harap walau sesibuk macam mana sekali pun anak2 dan suami jangan lah kita abaikan....

    BalasPadam
  4. terima kasih atas ingatan k.ros..
    tunggu m'sia jadi macam arab saudi la.
    perempuan tak kerja, duduk rumah..
    insya-Allah takde masalah sosial berlaku

    BalasPadam
  5. insya allah tahun ni hari2 nak bawak bekal...ayu dah tahun 4...suh sarapan payah walau pun dah disiapkan...dia lebih selesa minum milo jek...tapi bekal tetap kene bawak la...makan kat kantin tu pun tak de la sesedap mana pun...tapi,tetap ada kawan yg ngendeng nanti bila dia makan...hehehhe

    BalasPadam
  6. rajinnya si emak..hihi..
    tapi budak perempuan ok je..
    tak kisah bw bekal

    BalasPadam
  7. betul!dulu pg msti mak buat sarapan kt rumah walaupun kt sekolah dpt mkn RMT.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ct_air tangan emak kita dululah yg buat kita jadi diri kita sekarang..:P)..penuh kasih sayang, penuh doa dan harapan..

      Padam
  8. Sedih baca tulisan akak yang ini sebab kena batang hidung sendiri. Biasanya masa anak2 sekolah pagi seboleh dapat Aina akan masak atau sediakan sarapan walaupun sekadar roti atau goreng sosej mahupun hanya cococrunch. Tahun depan akan bermula lagi edisi tersebut sebab skrg anak2 sekolah petang.

    Apapun syukur sangat sebab tinggal dekat dengan adik, jadi memang minta dia masakkan untuk anak2 jadi bila balik sekolah anak2 akan terus makan kat rumah adik.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai