Home · About Me · Sitemap ·

Doa kesejahteraan buat mereka "di sana"..

 Setiap kali memandang ke luar tingkap kelas bermula 2012.....inilah pemandangan yang menginsafkan diri. Baru teringat nak tinggi suara marahkan anak murid, automatik suara jadi slow. Teringat akan sepi dan sunyinya "dunia" satu lagi berdekatan kita. (Jarak dari tingkap kelas hanya 5 langkah!).

Nampaknya ada satu, dua lagi doa yang perlu masuk list untuk dihafal dalam tahun 2012 ini...
Budak-budak zaman la lagi terror bab menghafaz doa. Kita??Hari ni ingat ..esok lupa dah!!!
Tak lain tak bukan...ialah doa kesejahteraan buat mereka yang menghuni kubur bersebelahan yang diajar oleh Rasulullah SAW . Insya-Allah, tahun ini Anim berhajat nak mengajak anak-anak murid Tahun 3 kelas bersebelahan kubur ni berdoa bersama Anim setiap kali Anim masuk ke kelas mereka.

"Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin, semoga Allah memberi rahmat kepada orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian dari kami dan insya Allah kami akan menyusul"
Hadis riwayat Imam Muslim, no: 974

"Salam sejahtera hai penghuni kubur mukminin dan muslimin dan insya-Allah kami akan menyusulmu. Aku mohon keselamatan kepadaAllah bagi kami dan kalian"
Hadis riwayat Imam Muslim, no:975


P/S Mudah-mudahan kita tidak dilalaikan oleh harga dunia yang murah kerana selama kita mengejar akhirat, dunia juga akan mendekati kita.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Doa kesejahteraan buat mereka "di sana".."

  1. kene ingat2 la ye kak....misz kalo g sekolah lalukan byk kawasan perkuburan...tu pun kadang2 lupa gak...paling tidak pun hadiahkan fatihah pun bleh kan...

    BalasPadam
  2. ms dok bp...lalu sahaja,
    ini dok sebelah..
    toleh kanan nampak batu2 nesan ni..
    memang menginsafkan..
    belum lagi nmpk pengkebumian secara "live"

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai