Home · About Me · Sitemap ·

Mengapa ramainya wanita di neraka?

Discan dan diupload supaya dapat dishare bersama readers.

Doa di atas dibacakan bersama-sama jemaah dan seterusnya diedar dalam bentuk kad di Masjid Taman Keladi, Sabtu lalu. Ustaz minta doa ini diamalkan oleh para ibu, para isteri,para suami, para ayah, anak-anak, anak-anak murid supaya dapat sama-sama berlindung dari kerosakan akhlak dan mengelakkan dir ikita semua dari  berbuat kejahatan.


Rasulullah SAW bersabda,
"Aku melihat api neraka dan tidak pernah aku melihat seperti ini sama sekali. Ada pemandangan yang dahsyat. Telah kusaksikan kebanyakan ahli neraka terdiri dari kaum wanita"

Sahabat-sahabat bertanya, "Mengapa demikian wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawab:

1) "Wanita yang mengingkari suaminya dan menolak ehsannya. Tidak melihat akan kebaikan dan pengorbanan suami"

 Ustaz memberikan contoh : -
* Seorang suami yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya ditelefon oleh isterinya untuk singgah membeli lauk dipasar malam. Dipendekkan cerita, dia membeli ikan termenung untuk dibawa balik. Bila tiba di rumah, si isteri bukan saja tidak berterima kasih malah menyebut
" Termenung..termenung...termenung...termenung. Takde ikan lain ke kat pasar malam tu?"

* Bila berselisih faham dengan suami, si isteri kemudiannya mengeluarkan kata-kata "Sejak saya kahwin dengan awak...satu apa pun tak ada pada badan saya."

2) "Wanita yang menyakiti hati suaminya dengan lidahnya."
Kira mulut laserlah ni. Di hari kiamat nanti, Allah akan memanjangkan lidah wanita yang menyakiti suami dengan lidahnya sepanjang 70 hasta (1 hasta = 1 lengan). Bayangkanlah betapa panjang,  meleret-leret dan payahnya diheret di Padang Mahsyar. Jangan kata 70 hasta, kalau 1 hasta panjang pun kat dunia, mau tak keluar rumahlah jawabnya. Terjelir sampai ke lutut! Disebutkan lagi lidah itu akan diikat dan dililit ke belakang tengkuknya. Masya-Allah...

Namun begitu, berita baik untuk kaum wanita, ada sebuah hadis yang bermaksud:_

"Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka masuklah dia akan syurga mana-mana pintu yang dikehendakinya"

 P/S Syurga dan neraka seorang wanita bergantung kepada redha suaminya. Rakan-rakan yang masih single mingle belum bertemu jodoh...jangan risau, jangan terasa anda golongan tak laku...Anda bertuah kerana tidak dibebani tanggungjawab seberat mereka yang bergelar isteri!

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Mengapa ramainya wanita di neraka?"

  1. amin....

    memang kita sentiasa kena redha bersama pasangan kita... kalau yang tak baik kita anggap sebagai dugaan hidup...

    BalasPadam
  2. kazman...leh jadi suami mithali ni

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai