Home · About Me · Sitemap ·

Kalau sudah suratan...nak elak pun terkena jugak!!

Belum ada seminggu Bonda di SP, petang semalam dia minta dicarikan tiket bas untuk pulang ke Kluang . Plan asal nak bawa dia balik Johor hujung minggu ini tapi ada urusan penting yang memerlukan Bonda pulang segera. Si Abdul kecil merayu nak ikut temankan Bonda balik dengan bas.Memikirkan dia nampak sihat dan boleh menemani Bonda, kami pun mengizinkannya.

Hanya ada satu perkhidmatan bas express Sg.Petani - Kluang. Tapi,alamak! Buruknya bas Cepat Ekspress ni (ada satu biji di situ) . Membayangkan perjalanan ke Kluang makan masa lebih 8 jam..ish, kensel. Nak cari tiket di Stesen Bas Butterworth pulak ....dekat sejam jugaklah sampai. Kami duduk dalam kereta saja waktu Encik Suami mencarikan tiket. 10 minit kemudian, dia masuk semula ke kereta sambil menyerahkan tiket itu kepada Anim." Esok malam (Ahad) kul 10 "

Harga tiket warga emas sama dengan harga tiket kanak-kanak

"Cuba tengok bas apa tu?" Encik Suami bersuara. Menjerit kami dibuatnya. Laaaaa....bas Cepat Express yang kami reject di SP tengahari tadi. Rupa-rupanya bas CE itu bertolak dari Jitra, ambil penumpang di Butterworth kemudian ke Sg Petani. Hampeh!!! Kihkih....buat penat je mai Butterworth, bas yang sama jugak. Nak elak bas CE...terkena jugak!!!

Berhenti di Hentian Rehat Bagan Ajam untuk solat Maghrib di surau yang disediakan. (Bertudung purple is my mum!). My 2 Abduls baru keluar dari "pertapaan"...si adik dah boleh pakai seluar...si abang masih jalan terkangkang-kangkang.. Happynya depa..walhal cuma bawa jalan tepi Pantai Bersih (sorry kalau silap). Maklumlah...duk terperuk kat rumah sepanjang tempoh berpantang.

 Gambar ini diambil pada jam 8 lebih...

Cepat...cepat...nak balik. Nak tengok gerhana bulan di rumah.Bukan selalu dapat tengok gerhana bulan dulu. Masa kecik2 dulu Bonda kata, kalau ada gerhana bulan, orang kampung akan ketuk "beduk"...Meriah satu kampung!


Paksa 2 Abdul ni saksikan sendiri gerhana bulan di belakang rumah. Jangan p mana-mana...tunggu situ...orang dewasa nak solat gerhana jap (sunat muakkad) . Terdengar khutbah tentang kejadian dan kebesaran Allah ini dari surau di belakang rumah (Bandar Sri Astana)


Jam 9 lebih...hinggalah ter"tutup" semua hingga 10.03 malam kalau tak silap.


Yang ini waktu bulan "muncul" semula...jam 11 lebih. Tak larat nak tunggu penuh semuanya. Mengantuk dah mata...

P/S Lain kali kena cari teroponglah...

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Kalau sudah suratan...nak elak pun terkena jugak!!"

Komen anda amat dihargai