Home · About Me · Sitemap ·

7 kurma elak sihir dari 14 - 21 Muharram


 Topik Jumaat di Radio IKIM pagi semalam yang membawa tajuk "Hijrah : Jalan Mahabbah Rasulullah"
yang membawa  Al Fadzil, Sheikh Dr. Mahmud al-Maghlani (dari Madinah) sebagai tetamu di studio. Antara isi tazkirah yang dapat Anim salin ialah dia menyarankan makan 7 butir kurma sebelum makan apa-apa (sarapan pagi) dari 14 Muharram (Sabtu, 10/12) hingga 21 Muharram ini.
Tazkirahnya dalam bahasa Arab telah dialihbahasakan secara spontan oleh Ustaz Rahmat bin Muhammad yang berkebolehan berqasidah
Menurutnya ini ialah sunnah Nabi. Kurma yang paling afdal ialah kurma Madinah@Ajwa. Tak dapat kurma Madinah, kurma negara lain pun tak apa..tetap ada keberkatannya cuma menurutnya jangan makan kurma yang terlalu manis.
Fadhilat makan kurma ni yang disebut oleh Sheikh Dr.Mahmud ialah kita tidak akan terkena sihir seumur hidup (dengan izin Allah). Amalkan setiap tahun.
-------------------------------------------------------------
Satu lagi yang menarik ialah menurutnya, bayangkanlah dahulu seorang jemaah haji Malaysia yang pergi menunaikan haji...6 bulan duduk dalam kapal, 6 bulan di lautan, 6 bulan sanggup bersabar. Mengapa??? Kerana rohaniahnya cukup terisi.
Tetapi sekarang???
Menurutnya musim haji yang lalu beliau berada di Madinah. Beliau bertemu dengan jemaah haji Malaysia.Bila beliau bertanya mereka tentang manasik haji..mereka berkata, jammed, sakit, letih..
Beliau takjub dan berkata dalam hati...mereka menuju ke rumah Allah..berjumpa Allah..
Kalau jemaah haji ini mengisi kerohanian dahulu bahawa mereka agar pergi menuju Allah, melalui rumah Allah..tentu mereka tidak akan merasa keletihan..
 -----------------------------------------------------
Sheikh turut menyatakan, setiap kali selepas solat Tahajjud atau solat Fajar..
sebutlah Ya Rabbi...dan bertalbiahlah (Labaikallahhummalabaik.............)
Mudah-mudahan kita diberikan rezeki untuk menunaikan haji.

Masya-Allah...semoga menjadi pedoman buat diri ini dan readers sekelian.

~ Wallahualam~

P/S Intipatinya ada pada niat...setiap amalan bermula dari niat.

Artikel berkaitan:

5 Komen untuk "7 kurma elak sihir dari 14 - 21 Muharram"

  1. Alhamduliah,sa ya pun dengar ulasan radio ikim tadi.diakhir rancangan,masa berdoa tu,titis air mata. Satu lagi saranan beliau ialah berbanyakkan selawat.

    BalasPadam
  2. ya betul..saya juga sayu mendengar doa sheikh "jadikanlah kami umat nabi Muhammad (SAW).. juga jaga solat Dhuha ..

    BalasPadam
  3. tidak percaya langsung kepada ckp2 mahmud itu..selidik dahulu siapa dia...cakap tidak sama dgn perbuatan...

    BalasPadam
  4. nilah realiti sekarang..
    bila menyeru kpd kebaikan, kita membantah..
    kita membisu pula bila kemungkaran depan mata..
    kemudian, tak berani pula tonjol diri..nyatakan kebenaran
    bersembunyi disebalik "Tanpa Nama"

    BalasPadam
  5. jgn pandang siapa yg berkata tp pndanglah apa yg di kata... kalau baik tak salah nk ikut..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai