Home · About Me · Sitemap ·

Diari hari ini....

 Kalau tak kerana berpindah ke SP, sudah tentu tak "terposing" di tepi Sg.Gombak. Seberang hotel V*****a ni je ...kita pun bawa kaki ni jalan2 sebelum checkout. 13 tahun duduk di KL/Selangor sebelum ni, Sg.Gombak pun I tak kenal...huhuhu.. Bangunan baru berkaca di belakang nu ialah Ibu Pejabat JKR yang baru.. 

Dek kerana si abang masih takut "berendam" dalam pool....(dah masuk 12 hari dah pun)..kita tengok Sg.Gombak ni ajalah ya. Sempat lagi bercerita kenangan bersama menyelurusi sungai di Paris sedekad yang lalu. Satu persatu keluar....Aduhh..seolah-olah baru saja balik semalam!! Otak kita ni macam CPU...semua file, folder dalam kepala. Hebatnya otak kita!!! File terdelete bila kita mati...

Kalaulah si bangau lone ranger yang mencari makan di Sg.Gombak ni tahu..kawan-kawannya di Kedah hidup bebas bergembira, makan, bebas bersama di bendang (dahle tu....depa di Kedah badan putih bersih!!)...sure dia angkat kaki mahu pindah jugak!!

12.00 tengahari dah tiba di sini. Terpampang MUAR (Muo kata orang Johor) sebaik sahaja turun dari jambatan. Saya bukan orang Muar yaa...(Biasanya turun tol Pagoh, tapi hari ni kami turun tol Tangkak). Ada hajat besar...haha, bukan buang hajat!

Berhajat nak makan Mee bandung Muar. Restoran ini sekarang turut menyediakan nasi campur jugak rupanya. Menu utama apalagi...asam pedas pari lah.  Iyalah...tengahari buta mana orang nak mee, ye tak? Tapi, kami ni mai jauh..Mee Bandung yang dicari. Nasi ni dah biasa sangat jumpa kat SP, hihi. Oh ya..harga Mee Bandung Muar ni dah naik 50 sen ya..RM4.00 le sekarang.

Tahniahlah buat warga Muar. Macam tak percaya je bila tengok tabung ni. Siap tolak..tolak.. angkat.. angkat lagi kot-kot ada rantai atau tali yang menambat kotak tabung ni macam yang biasa pandang di SP. Elok terletak saja di tepi pintu masjid. Hmmm...tak ada tukang yang bawak "lari" gamaknya...

P/S Hujan emas di negeri orang...hujan batu di negeri sendiri. Waaaa...tak tau nak pilih!!!

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Diari hari ini...."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai