Home · About Me · Sitemap ·

Alhamdulillah....selamat semuanya..

Meja terpaksa disusun rapat. Hajat untuk memasang khemah terpaksa dikensel kerana kedudukan jalan yang tidak rata ( sendeng...berbukit). Silap-silap...senget khemahnya nanti.Bimbang juga majlis yang dirancang tidak sempurna dan mendatangkan ketidakselesaan kepada tetamu...maklumlah inilah pertama kali kami mengadakan majlis di SP . 

Dimulakan dengan bacaan tahlil staff tempat Encik Suami bertugas .

Silalah....

 Catering ikut menu Kedahlah mak...gulai daging batang pisang, rendang itik

Ayam goreng dan ulam-ulaman bersama sambal belacan...

Emak kata nape tak ikut menu Johor kita..ayam kicap@merah, gulai daging kentang, sambal goreng. Hmmm...di mana bumi dipijak...di situ langit dijunjung, masuk kandang kambing kena mengembek..

Alhamdulillah...dengan kawasan terhad, dapat juga menunaikan hajat untuk mengadakan majlis kesyukuran anak-anak...

Antara geng bas sekolah yang hadir...terima kasih Kak Lah, Kak Nasibah, Azimah and Kak Sadina. Juga Ustaz Zul, GB dan kawan-kawan lain yang tak terupload gambar...


P/S Dan tentunya "port" yang dikunjungi tetamu ialah "mini zoo" di kawasan belakang rumah sewaan kami ini...hihi...

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Alhamdulillah....selamat semuanya.."

Komen anda amat dihargai