Home · About Me · Sitemap ·

Matinya Dalam Keadaan Beriman (Husnul Khatimah)

Ihsan google

Malam tadi tertengok telemovie terbitan Sheila Rusly "Panggilan Baitullah" di TV3.
Ter tu sebab Anim ni kurang menontonTV sebenarnya.
Ringkas cerita, seorang lelaki kaya lakonan Ezlan Yusof yang berhajat ke Mekah untuk kali ke 12, bermimpi tentang seorang lelaki. Lelaki tersebut mendapat haji mabrur walaupun tak berkesempatan menunaikan haji. Hasil pencariannya, dia menemukan Haq (Fahrin), si tukang kasut, yang mendermakan keseluruhan hasil simpanan haji untuk membantu Mok De sekeluarga (anak perempuannya menghidap kanser dan 2 cucu).
Eizlan yang insaf (sebelum ni dia haji riak) mengajak Haq ikut menunaikan haji bersamanya.Dan endingnya.....tu yang menyentuh qalbu. Haq meninggal dunia dalam keadaan sujud seusai solat. So, betullah mimpi Eizlan tu..lelaki dalam mimpi tu dapat haji mabrur walaupun tak p haji!
------------------------------------------------------------
 Teringat seseorang yang kami kenali berpuluh tahun yang lalu..yang meninggalnya juga dalam keadaan sujud. (Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah).
Arwah yang baru sahaja bersara waktu itu merupakan rakan sepejabat Encik Suami (lebih senior)di Selangor.
Tak sampai setahun dia bersara, terkejut bila dikhabarkan dia ditemui isterinya meninggal dunia di waktu subuh hening, selesai bertahajud dalam keadaan sujud! Allahuakbar!!
------------------------------------------------------------
Menurut Encik Suami, sepanjang mengenalinya arwah sering melaungkan azan. Di surau tempat mereka bertugas, dia sering menjadi orang pertama yang tiba dan melaungkan azan. Begitu juga dengan di kawasan tempat tinggalnya.
Arwah juga tak bersungut akan kerja dan bercerita mengenai orang lain.
Satu lagi yang pasti, arwah tidak makan di luar dan sebarang kedai. Dia akan menikmati hidangan tengahari dengan bekal makan yang dibawa dari rumah. Isteri arwah merupakan seorang surirumah.
Walaupun arwah bukanlah penjawat awam berjawatan tinggi, keberkatan rezekinya membolehkan dia mampu membawa isterinya menunaikan haji sebelum pencen.
Yaaa...itu amalan yang kita nampak secara zahir, belum lagi amalan dan keikhlasan yang disembunyikan.
Semoga arwah terdiri dari golongan yang mendapat rahmat Allah SWT...Amin
-----------------------------------------------------
Tanda-tanda seseorang itu mati husnul khatimah
  • Sempat mengucap 2 kalimah syahadah sesudah nazak
  • Keluar peluh di dahi
  • Mati pada malam atau siang Jumaat
  • Mati di dalam perang kerana membela agama Allah
  • Mati dalam keadaan dalam peperangan fisabilillah
  • Mati kerana sakit perut
  • Mati kerana tertimbus runtuhan bangunan atau tenggelam dalam air
  • Mati hamil atau mati beranak
  • Mati terbakar
  • Mati dalam keadaan nifas
  • Mati kerana mempertahankan harta
  • Mati kerana membela diri
  • Mati ketika sedang bersiap-siap untuk berperang
  • Mati ketika sedang mengerjakan amalan soleh
  • Mati setelah mengislamkan orang bukan Islam
(Lambaian Wajah-Wajah Kematian oleh Ustaz Jaafar)

P/S Semoga kita dapat menyiapkan persediaan untuk hari kematian itu agar mendapat rahmat Allah SWT.



Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Matinya Dalam Keadaan Beriman (Husnul Khatimah)"

  1. mudah-mudahan kita semua tergolong dalam kumpulan husnul khatimah... aminnn

    BalasPadam
  2. mudah2an...Ya Allah, jauhkanlah kami semua dari mati dalam su'ul khatimah..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai