Home · About Me · Sitemap ·

Hidup Adalah Anugerah



Pada suatu hari.  ada seorang gadis buta yang sangat membenci dirinya sendiri kerana kebutaannya. Tidak hanya terhadap dirinya sendiri, tetapi dia juga membenci semua orang kecuali kekasihnya.

Kekasihnya selalu ada disampingnya untuk menemani dan menghiburnya. Dia berkata akan menikahi gadis buta itu kalau gadisnya itu sudah boleh melihat dunia.

Suatu hari, ada seseorang yang mendermakan sepasang mata kepada gadis buta itu. Yang akhirnya membolehkan si gadis buta itu boleh melihat semua benda, termasuklah kekasihnya itu .

Kekasihnya bertanya kepada gadis buta yang telah boleh melihat itu , 
" Sayangggg … sekarang kamu sudah boleh melihat dunia. Apakah engkau mau menikah denganku?” 

Gadis itu tergamam tatkala melihat bahawa kekasihnya itu ternyata buta. Dan dia menolak untuk menikahi si pemuda. kekasihnya yang selama ini sangat setia sekali mendampingi hidupnya selama si gadis itu buta matanya.

Dan akhirnya si pemuda, kekasih gadis yang kembali celik itu pergi dengan menitiskan air mata, dan kemudian menuliskan sepucuk surat singkat kepada gadisnya itu,
“Sayangku, tolong engkau jaga baik-baik ke dua-dua mata yang telah aku berikan kepadamu.”
------------------------------------------------------------------
Kisah di atas memperlihatkan bagaimana fikiran manusia berubah apabila status dalam hidupnya berubah. 
Hanya sedikit orang yang ingat bagaimana keadaan hidup sebelumnya dan lebih sedikit lagi yang ingat terhadap siapa harus berterima kasih kerana telah bersama-sama menempuh saat-saat kesusahan dan
di saat yang paling menyakitkan.

Hari ini sebelum engkau berfikir untuk MENGUCAPKAN KATA-KATA KASAR......
Ingatlah akan seseorang yang TIDAK MAMPU BERKATA-KATA

Sebelum engkau MENGELUH MENGENAI CITARASA MAKANANMU......
Ingatlah akan seseorang yang TIDAK PUNYA APA-APAPUN UNTUK DIMAKAN

Sebelum engkau MENGELUH TENTANG SUAMIMU....
Ingatlah akan seseorang yang menangis kepada Tuhan untuk meminta penyembuhan sehingga suaminya TIDAK LUMPUH seumur hidup.

Hari ini sebelum ENGKAU MENGELUH TENTANG HIDUPMU...
Ingatlah akan seseorang yang begitu cepat pergi ke alam kubur dengan masih menyertakan kemiskinannya.

Sebelum ENGKAU MENGELUH TENTANG ANAK-ANAKMU....
Ingatlah akan seseorang yang BEGITU MENGHARAPKAN KEHADIRAN SEORANG CAHAYAMATA, tetapi tidak mendapatnya.

Dan ketika ENGKAU PENAT DAN BERSUNGUT AKAN PEKERJAANMU...
Ingatlah akan PARA PENGANGGUR, ORANG CACAT dan mereka yang menginginkan pekerjaanmu.

Dan ketika beban hidup kelihatannya akan menjatuhkanmu..... 
Pasanglah SENYUMAN di wajahmu dan BERTERIMA KASIHLAH KEPADA ALLAH SWT 
kerana engkau masih hidup dan ada di dunia ini.

Hidup adalah anugerah, syukurilah, jalanilah, nikmatilah dan isilah hidup ini dengan sesuatu yang bermanfaat untuk umat manusia.

NIKMATILAH dan BERI YANG TERBAIK DI SETIAP DETIK DALAM HIDUPMU, KERANA ITU TIDAK AKAN TERULANG LAGI untuk waktumu selanjutnya !!!

P/S Translate dari sini


Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Hidup Adalah Anugerah"

  1. kami setuju sangat dengan cerita entri ni....

    BalasPadam
  2. Kazman~mudah2an tiada lagi keluhan yg keluar dari bibir ini lagi

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai