Home · About Me · Sitemap ·

Cepatnya depa buat kerja...

 Pagi-pagi anak-anak dah membontoti Encik Suami .
Tu dia...ibadah korban lagi. Kali ni di ofis pulak...

Kagum sebenarnya dengan orang Kedah ni. Kalau di Johor (kampung Anim...tak taulah tempat lain), bila lakukan ibadah korban...bergotong royong melapah daging korban..kemudian tuan badan yang membuat korban akan menerima bahagian masing-masing untuk diagih sendiri. Kalau ada "makan-makan" pun...selalunya kita masak dari rumah (mihun goreng@laksa atau apa-apa gak yang leh dijamu) ke majlis penyembelihan korban tu. Kemudian daging mentah itu dibawa balik ke rumah dan diagih-agihkankan.

 
Kat Kedah lain pulak. 1/3 bahagian dibuat kenduri, 1/3 bahagian sedeqah dan 1/3 bahagian untuk tuan badan yang membuat korban (agih-agihkan sendiri)
Bila selesai proses melapah dan dibahagi-bahagikan kepada semua staff (dalam 35 orang), penerima sedekah...selebihnya dibuat kenduri.
Staff lelaki yang masak..Bukan ramai pun yang hadir gotong-royong ni..tapi cekap dan pantas mereka melakukan tugas masing-masing.
Cepat betul mereka buat kerja...daging pun lembut selembut-lembutnya.Mula sembelih jam 9 pagi..melapah, memotong, selesai masak dan mula menjamu selera jam 12.00 tengahari.
Kata Encik Suami, dah budaya orang Kedah..masing-masing tahu peranan masing-masing bila buat kenduri.Dah terbiasa kot...dah dari kecil terdidik begitu.

 Tak leh cakap apa...memang kaw-kaw sup gear box/tulang, daging masak kicap dan sambal asam...nampak simple je, takde garnishing. 2 thumbs up..memang tak malu menambah 2 pinggan  tengahari ni.

P/S Dalam ceramah Radio Mutiara FM semalam, lembu yang dikorbankan ini ada nilai ibadah. So, tulang, daging dan segala-gala yang bersangkut dengannya janganlah dibuang merata-rata. Manalah tahu digonggong anjing atau sebagainya. Seelok-eloknya ditanam. Beliau memberikan contoh kopiah dan sejadah yang kita gunakan untuk bersolat. Adakah kita gunakan kopiah dan sejadah itu untuk lap meja atau lap kaki? Kenapa tidak? Kerana pada kopiah dan sejadah itu ada nilai ibadah..Begitu juga dengan daging korban...

Artikel berkaitan:

4 Komen untuk "Cepatnya depa buat kerja..."

  1. salam, pcl BW sampai ke sini...mmg semangat gotong royong memudahkan kerja...semangat tu yg kita mau!

    slmt menjamu selera..kenyanngnya tak terhingga..syukur pd tuhan dgn rahmatNya.

    BalasPadam
  2. salam Anim,

    Tu dia....syoknya depa dok menjamu selera.Kat kampong kak Ros pun lebih kurang macam kat Kedah jugak...

    BalasPadam
  3. k.ros@ ooo..tradisi org utara la noo..
    boleh dipraktikkan nnti bila kami balik selatan..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai