Home · About Me · Sitemap ·

Al Fatihah untuk Allahyarhamah Aisah

Ingat lagi akan pasangan kembar Siam, Ahmad dan Mohamamad yang telah dipisahkan dalam satu pembedahan di King Abdul Aziz Medical City National Guar ,Riyadh pada 17 September 2002?

Kes mereka berdua telah mendapat perhatian King Abdullah bin Abdul Aziz. Kos pembedahan mereka berdua ditanggung oleh Kerajaan Arab Saudi sepenuhnya. 

 Mereka berdua selamat meninggalkan Riyadh pada 4 Disember 2002 untuk pulang ke tanahair.
Ramai yang menyambut ketibaan mereka bersama ibu bapa mereka, Rosli Rahim and Aisah Kandar di airport waktu itu.
 -----------------------------------------------------------------
Setelah 9 tahun berlalu (Ahmad dan Mohammad kini berusia 13 tahun) sekali lagi keluarga ini diuji oleh Allah SWT..

SUNGAI BESAR: Ibu kepada pasangan kembar Ahmad dan Muhammad Rosli, Aisah Kandar, 35, meninggal dunia di Hospital Putrajaya pagi Isnin selepas setahun bertarung dengan barah payu dara. Jenazah Allahyarhamah dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Sungai Haji Dorani di sini selepas Zohor.

Rosli Abdul Rahim, 40, bapa kepada pasangan kembar berusia 13 tahun itu, berkata beliau akan menunaikan amanah untuk menjaga lima anaknya termasuk Ahmad dan Muhammad sebaik mungkin seperti dilakukan arwah sebelum ini. "Pesanan terakhirnya ialah supaya saya tabah dalam membesarkan anak-anak.

"Saya akan ambil semangat isteri yang tidak pernah tunjuk sakit depan anak-anak walaupun beliau menderita kesakitan, termasuk terlantar tidak boleh bergerak sejak dua bulan lepas," katanya ketika ditemui di rumahnya di sini. Ahmad dan Muhammad mendapat perhatian media kerana dilahirkan bercantum pada bahagian dada dan punggung pada 1998, sebelum menjalani pembedahan pemisahan di Hospital King Fahd National Guard di Riyadh, Arab Saudi, pada September 2002.

Ahmad, selaku abang sulung kepada adik-adiknya, berkata dia akan selalu ingat pesanan arwah ibu supaya belajar bersungguh-sungguh dan menjaga adik-adiknya. "Saya sedih sebab ibu pergi ketika Hari Raya Aidiladha, tapi bersyukur kerana sempat bacakan surah Yasin untuk ibu bersama Muhammad malam tadi.

"Saya bercita-cita menjadi seorang arkitek dan adik (Muhammad) mahu jadi pelukis. Kami akan berusaha mencapai impian seperti janji kami kepada arwah ibu," katanya. - BERNAMA

~ Takziah buat keluarga Encik Rosli Abdul Rahim. Mudah-mudahan mereka bersabar dan redha dengan ujian Allah ini. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allayarhamah Aisah. Al fatihah ~

P/S Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Al Fatihah untuk Allahyarhamah Aisah"

  1. Salam Anim,

    Al Fatihah untuk allahyarhamah Aisah dan takziah buat keluarga En Rosli,dari allah kita mai kat allah jugak kita balik.

    BalasPadam
  2. kak ros..mudah2an keluarga ini tabah mennghadapi kehilangan insan sabar yg mereka sayangi..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai