Home · About Me · Sitemap ·

Mek, teman baru si Jalak Lenteng

Lebih seminggu si Mek yang dibawa khas dari Kuala Ketil ini menemani Si Jalak Lenteng.
Terima kasih buat Mat Dhani (staff Encik Suami) yang sudi mencarikan teman buat si Jalak Lenteng (ambil di rumah ibunya). Ditanya berapa...tak mahu pulak duit.
Camnapun Mek bukan "mek sunti" lagi...dah pernah bertelur ni...hihi.
Berani semacam....walaupun 1st time bertamu di tempat asing.

 Naluri haiwan, mahluk Allah yang tak pernah diajar sesapapun...
Resah dan sibuk bebenor si Jalak Lenteng ke sana ke mari...
Sana tak kena...sini tak kena.
Mengorek "lubang" untuk dijadikan tempan bertelor teman barunya.
Wahai si Jalak Lenteng...ayam mana bertelur kat tanah..
Lainlah emak itik ( dia tengok pengalaman duduk bersama mak itik depan mata kot!!)
Kenalah cari tempat tinggi...huhuhu...


P/S  Seekor berkokok..seekor lagi berketuk...kami dah lebih kampung dari orang kampung!

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Mek, teman baru si Jalak Lenteng"

Komen anda amat dihargai