Home · About Me · Sitemap ·

Jadikan bubur itu lebih hebat dari nasi....


"KALAUlah dari dulu saya ikut cakap kak Nim, tentu hal ni tak berlaku. Sekarang, nasi dah jadi bubur kak. Saya tak sangka dia sanggup buat saya begini"
Puas Anim menasihatinya agar mengisi borang mengikut cik lakinya bertukar ke KL. Kalau kerjayanya menyukarkan untuk bertukar tak apa...Tapi cikgu?? Alahai..mana tempat tak ada sekolah? Bandar? Kampung? Pedalaman? Tak ada masalah. Sedar tak sedar 6 tahun berlalu cik lakinya menjadi weekend husband. Macam-macam nasihat Anim berikan:
"Kita ni isteri. Tempat kita di sisi suami. Tanggungjawab kita siapkan makan minum, pakai, jaga sakit pening suami. Kalau bukan kita....ada orang ambilalih nanti"
"Orang lelaki ni payah nak urus diri sendiri...lagi-lagi yang sibuk memanjang ni.Rumah ibarat hotel..At least, kalau dia balik rumah ada muka bini, muka anak nak dijengok,Abis tu...dia tau kat rumah tu dah tak de siapa, kurang bersemangatlah balik. Duk melepak sana sini.Dapat kawan ok, dok masjid, dok kedai kopi. Dapat tak okey...silap2 berkaraoke"
 "Hari-hari nampak muka oranglain...walau hitam walau gedempol, boleh terpikat tau! Lagi-lagi dok KL, ramai perempuan cantik dan bergaya!!
---------------------------------------------------------
Namun..dia hanya tertawa mendengar bebelan Anim di telefon. Sesekali kami bersms.
"Payahlah kak. Rumah dah beli kat sini (Pantai Timur). Nak sewakan...tak lepas bayar loan. Tak sewa...dok KL pun nak kena sewa. La ni cik laki sewa bilik...jimatlah sikit. Tak cukup duit nanti"
"Payah nak cari pengasuh macam sekarang. Kat KL nanti ntah apa-apa kak. Lagipun sekarang, kalau saya berkursus...boleh hantar rumah emak saya."
"Hish..nak tukar2 sekolah ni kak. Pening kepala nanti...dah selesa sekolah sini.Anak-anak pun terurus. Malas nak pening-pening kepala. Lagipun..sayangkan bini..tinggal-tinggalkan"
------------------------------------------------------------
Kalau cik laki kita tu cikgu sama kita...senang nak merancang masa depan. Bina rumah banglo kat kampung (balik kampung...rumah besar, rumah banglo milik cikgu lah), boleh simpan duit.
Kita ni bersuamikan orang yang for sure kena pindah randah. Terimalah kenyataan.
Orangtua kata, 7X pindah papa...Kami ni dah 12X tukar rumah??? Bukan papa...masuk kedana nih!
Namun tetap bersyukur...tak kaya duit, tapi ni kaya pengalaman.
Jangan dihitung "kerugian" yang bakal dihadapi. Niat kita lakukan semua itu kerana Allah SWT.
Jangan difikir masalah yang belum kita hadapi dan tempuhi. Ibarat belum berperang...kita sudah mengangkat bendera putih!! Kepayahan dan kesusahan itu sebenarnya yang menguatkan kita.
-----------------------------------------------------------------
Alkisah cik laki sudah bersuara dan menghulur borang minta disign...
Puas diungkit...tak fikir pengorbanannya menjadi isteri dan ketua keluarga sewaktu ketiadaan cik laki
Pengorbanan menjaga anak sakit waktu cik laki tiada di sisi
Menguruskan semua keperluan sewaktu cik laki belum muncul di hari minggu
Menjadi penunggu setia cik laki di muka pintu saat tahu cik laki balik
Apakandaya.....bila CINTA ke2 sudah bersarang di kepala..
Semua sudah tak masuk di kepala...nasihat tak berguna, tangisan sudah tak bermakna
AKU MAMPU BERISTERI 2!!! itu alasannya.....

P/S Merintihlah pada Allah SWT...mintalah ketenangan dan petunjuk dariNya.

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Jadikan bubur itu lebih hebat dari nasi...."

  1. sebenarnya duduk jauh ke dekat antara suami isteri ni banyak dugaannya...alasan boleh dicari...
    tumpang simpati dengan kawan anem...

    BalasPadam
  2. tak berani komen byk2..
    diri sendiri pun belum pasti lagi..
    manalah tahu diuji Allah..
    berdoa saja pd Yang Esa

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai