Home · About Me · Sitemap ·

Bahana Minuman Penguat Tenaga


Terserempak dengan kawan lama Encik Suami sewaktu menikmati roti canai di gerai "Abang Tabligh".
Nampak lebam wajahnya. Bila ditegur.."Dah 2 hari tak pergi buat hemodialisis" .
Dia sepatutnya menjalani hemodialisis 3 kali seminggu.
Sambil menunjukkan kesan tangan hasil suntikan hemodialisisnya (nampak berketul-ketul tapi bila ditekan...lembik..) dia menasihati suami agar jangan mengambil minuman penguat tenaga (R** B***) yang popular di pasaran...."effect buah pinggang"
----------------------------------------------------------------------
Kata Encik Suami, kawan lamanya ini adalah orang sukan. Selain aktif di dalam bola tampar, aktvititi lasaknya bermotor scrambler membawa dia ke pelusuk negara.
Olehkerana selalu berkonvoi bersama geng motor scramblernya...dia mengambil R** B*** sebagai alternatif penambah tenaga (dah iklan sebut begitu kan?).

Kini....sudah 7 tahun mesin hemodialisis bagi mengubati sakit buah pinggangnya menjadi penemannya.
"Kawan abah ni dulu...putih, tinggi, handsome orangnya..."

P/S  Dia berpesan kat Anim...jangan ambil jamu sebarangan juga 

Artikel berkaitan:

2 Komen untuk "Bahana Minuman Penguat Tenaga"

  1. peerghhh... tengok tangan sampai macam tu sekali... mari kita lebihkan makan ulam dan air suam... baik untuk kesihatan...

    BalasPadam
  2. betul tu..patutlah 2,3 kali terserempak..dia asyik pakai long sleeve sahaja..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai