Bubur lambuk Taman Keladi
"Aik , awalnya dapat bubur lambuk" tegur Anim bila lihat si Abdul kecil menjinjit masuk sebungkus bubur lambuk selesai bersolat Jumaat di Masjid Taman Keladi (10 minit dari rumah ) tengahari tadi.
Rezeki ini miliknya seorang, ujarnya
Kata Encik Suami, bubur lambuk akan diedarkan selepas solat Asar. Alkisahnya selepas solat Jumaat tadi, depa mula membungkus bubur lambuk ni. Si Abdul kecil ni pulak...dengan muka selamba berdiri berdekatan "atok-atok" di situ. Agaknya kesian tengok budak debab ni...dihulurkannya satu kepadanya. Seronoklah dia...diakan peminat bubur lambuk no.1 !

Tapikan...bukan si Abdul kecil sorang je dapatlah hari ni. Rezeki untuk Ummi, abah dan si abang pun tiba tengahari tadi walaupun dari masjid berlainan (si pemberi macam tau-tau saja kami ber3 bakal gigit jari nanti).
P/S Bubur lambuk pelembut tekak kala berbuka...
Belum ada komen untuk "Bukan 1 tapi 4...."
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai