Home · About Me · Sitemap ·

Muzium Sejarah@Kota Tinggi

Mereka yang mengaku anak Johor WAJIB ke Muzium Kota Tinggu. Sejam berada di sini (hujan di luar) pengunjung mampu menggarap sejarah awal Kerajaan Johor, khususnya mulai pemerintahan Sultan Allauddin Riayat Shah II sehingga Sultan Mahmud Shah II. . Mulai 2001, Muzium Sejarah ini diselenggara oleh Yayasan Warisan Johor (YWJ). Masuk free dan ia dibuka  setiap hari dari jam 9 pagi hingga 4 petang, kecuali Jumaat.

 12 jenis batu nesan yang terdapat di Kota Tinggi di luar perkarangan muzium.
Ada batu nesan Makam 12 , Sayong Pinang ; Makam Bendahara, Kg Makam;
Makam Tanjung, Johor Lama; Makam Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Makam Tauhid dan lain-lain.

Artifak, peralatan lama,alatan muzik , lukisan (kami melihat koleksi wang lama) yang dipamerkan  memberikan suatu pengalaman yang menyeronokkan. Bagi anak jati Johor khususnya, lawatan ke muzium berkenaan amat berguna dalam memahami sejarah negerinya sendiri terutama pada era pasca kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.

 Di sinilah juga sumbangan Tun Sri Lanang terhadap penulisan Sejarah Melayu dapat diapresiasi.Tun Sri Lanang adalah lambang kebangkitan intelektual di Johor. Beliau telah menyusun Sejarah Melayu dengan bantuan penulis dan beberapa orang pembantunya..

Si gagah perkasa, Badang ni rakyat Johor rupanya....

Si kaki buku ni tak lepas peluang membeli buku-buku sejarah terbitan Yayasan Warisan Johor di muzium ini. Mudah-mudahan dapat menambah maklumat yang lebih mendalam mengenai sejarah awal dan moden Johor Darul Takzim.


P/S Tahniah buat YWJ. Segala aspek penting dalam sejarah awal Johor dapat difahami bila berada di dalam bangunan ini. Sejarah adalah sesuatu yang indah dan perlu diperluaskan kepada tontonan generasi muda supaya mereka dapat mengenal sejarah diri, bangsa dan negara.


Artikel berkaitan:

6 Komen untuk "Muzium Sejarah@Kota Tinggi"

  1. nak tanya lah..muzium ni opening hours dari jam berapa ke berapa ye?

    BalasPadam
  2. ada saya tuliskan dlm entry saya

    BalasPadam
  3. 4 daripada 5 buku tu ialan reka bentuk design saya. bangga..masih ada org yg nak baca buku ilmiah gitu :D

    BalasPadam
  4. 4 daripada 5 buku yg di gambar ini ialah rekabentuk design saya. bangga ada yg masih berminat membaca buku sebegini. syabas. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniahlah...saya rasa bertuah memilikki buku2 tu. bukan senang nak dapat

      Padam

Komen anda amat dihargai