Home · About Me · Sitemap ·

Perjalanan Ke Tanah Suci

Sibuk sedikit kebelakangan ni kerana tugas-tugas wajib yang perlu dibereskan sebelum cuti persekolahan bermula. Alhamdulillah....setakat ini semua sudah beres. Ujian pertama juga baru sahaja selesai. Siap marking dah pun.[kalau terdesak...satu hari boleh siap! Kalau tak....duduk tercongok dalam beg sekolah!} Insya-Allah..mudah-mudahan urusan pemergian ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada hari Jumaat ini, 4 Mac 2011 berjalan lancar. Ya Allah...Kau permudahkan urusanku dalam perjalananku menjadi tetamu Mu...

Urusan cuti ke Makkah sebelum cuti persekolahan pun Anim serahkan kepada pentadbir. Kak Faridah [kerani] belum dapat berikan kata putus tentang cuti 5 hari sebelum cuti ni. Maklumlah...cuti persekolahan bermula 11 Mac ini. Cuti Rehat Khas [CRK} 7 hari yang diperuntukkan bukannya boleh diambil berturutan hari. 2 hari dah diambil semasa si Abdul admitted hospital tempohari.

"Rasa-rasa cuti Anim ni kena tanpa gaji ni.... Anim dah ambil 3 hari sebelum ini " dia memberitahu.

Hmmmm...ikutlah kak. Ada juga yang mencadangkan Anim mengambil MC tapi bila difikir-fikir kembali...menipulah pulak.

Anim ikut kata Encik Suami. "Dah, jangan fikir apa-apa dah. Sekarang...fikir nak pergi je. Potong gaji ke ada gaji ke...serahkan semua tu pada Allah. Mudah-mudahan perbelanjaan yang dikeluarkan bagi mengunjungi rumah Allah ni..menerima ganjaran di sisi Allah"...

Anim ingin memohon ribuan ampun dan maaf buat readers yang mengenali diri ini. Doakan pemergian kali pertama  ke tanah suci kali ini diberkati dan dilimpahi Rahmat hendaknya. Insya-Allah , Anim akan berada di tanah suci selama 15 hari sehingga cuti persekolahan berakhir.

P/S  Semoga perjalanan ini dapat mendidik Anim  menjadi yang lebih baik dan menjadi di antara hamba Allah yang beriman dan beramal soleh , isteri yang solehah dan taat kepada suaminya, anak yang solehah serta mentaati orang tua..ibu yang solehah dan mampu membimbing kedua-dua anaknya menjadi anak yang soleh.Insyallah , semoga kita akan berjumpa lagi nanti, insya-Allah.


Artikel berkaitan:

3 Komen untuk "Perjalanan Ke Tanah Suci"

  1. Salam..........semoga selamat pergi dan selamat kembali.....Amin

    BalasPadam
  2. semoga akak sekeluarga selamat pergi dan balik...
    amin...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai