Home · About Me · Sitemap ·

Jejak Musafir Hari 1

Jam 12 tengahari sudah berkumpul di KLIA untuk urusan check in dan boarding pass. 2 Abdul cukup seronok tolak troli..depa tak tau Ummi depa ni dah sayu semacam. Tak pernah meninggalkan mereka lebih seminggu. Nak dibawa sekali...inilah pengalaman pertama buat kami ber2. Eloklah kami mengutip pengalaman pertama ini tanpa anak-anak. Mudah-mudahan mereka tidak menyusahkan emak dan adik-adik yang menjaga mereka sepanjang pemergian kami ber2.

Urusan berjalan lancar...jam 3 petang semua jemaah Andalusia travel (dalam 40 orang) sudah berada dalam pesawat Saudi Airlines.. Perjalanan ke Jeddah (transit di Riyadh) mengambil masa 8 jam. Tiba di Airport Jeddah, hanya rombongan Malaysia dan beberapa kumpulan kecil jemaah dari negara lain berurusan di kaunter imigresen. Macam-macam cerita yang didengar sebelum ini mengenai kakitangan imigresen Arab Saudi...namun Allah telah mempermudahkan segala urusan group kami hari ini. Tak sampai sejam, kami sudah berkumpul di luar airport untuk dibawa dengan bas ke Madinah.  Khabarnya group Malaysia sehari sebelum kami tersangkut 3 jam di imigresen...begitu juga group sehari selepas kami

Sepanjang 5 jam perjalanan menuju ke Madinah, hati diruntun rasa sayu dan hiba. Tidur pun tidur-tidur ayam. Menghampiri kota Madinah, muttawif (anak muda dari Indonesia) mengejutkan kami untuk bersama-sama membacakan doa . Airmata mengalir deras tanpa dipaksa. Ya Allah... syukur atas nikmat rezeki yang Kau berikan yang membolehkan kami sampai ke sini. Syukur atas gerakan hati yang Kau tiupkan untuk kami tekadkan hati menziarahi kota Nabi Muhammad s.a.w ini. Al Madinah al Munawwarah (Kota yang bercahaya) adalah Tanah Haram (Suci) kedua selepas Mekah al Mukarramah.

Ya Rasulullah s.a..w..walaupun diri ini tidak pernah menatap wajahmu..bagai terasa kehadiranmu dan diberikan ketenangan jiwa bila menjejakkan kaki ke kota kesayanganmu ini....

Bas kami tiba di hotel Durrat Al Fayrous (200m jarak ke masjid Nabawi) jam 4 pagi. Alhamdulillah...diberi kesempatan untuk Allah bersolat Subuh buat pertama kalinya di masjid Nabawi (masjid Nabi). Pemilihan lokasi Masjid Nabawi berdasarkan tempat berhentinya unta Rasulullah s.a.w ketika sampai di Madinah dalam peristiwa hijrah.

Masjid Nabawi~ masjid yang dituntut untuk diziarahi.

Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya,
"Janganlah kamu bersusah payah musafir untuk sembahyang kecuali ke 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram di Mekah, masjidku ini (masjid Nabi) dan Masjidil Aqsa' (Riwayat Al-Bukhariy)

"Satu waktu sembahyang di masjidku ini adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak 1000 kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram (Riwayat Al-Bukhariy)

"Sesiapa bersolat 40 waktu solat dimasjidku tanpa luput satu waktu pun, maka akan dikurniakan untuknya keselamatan dari api neraka, keselamatan dari azabnya dan terlepas dari sifat munafik" (Riwayat Ahmad)


P/S Bumi Madinah terpelihara dari fitnah Dajjal dan wabak taun.


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Jejak Musafir Hari 1"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai