Cuti hujung minggu, dapur pun ikut cuti. Musim sibuk dengan assignment (mahasiswi tua) penyakit M memasak melanda semula. Pusing2 SP cari port nak makan, Dari jauh ternampak restoran yang pernah Ani Ramai pulak pengunjung di tingkat bawah. Ternampak tangga menuju ke atas.
Terkejut bila naik ke tingkat 2....macam galeri perabot Jati..
Anim dan Encik Suami siap posing sementara tunggu order tiba. Kami 4 beranak saja ada di atas.
Si Abdul siap baring lagi...
Salahuddin bebas berlari ke sana sini. Dari mula datang sampai selesai makan, kami sahaja di atas ni. Wah..privacy sangat2 nih...seronoknya. Cuma kena pasang@letak kipas lebih sebab atas tak airconditioned. Kalau penuh ruang atas ni...rasa2 keluar segala peluh jantan dan betina masa makan
Bawal 3 rasa dia memang sedap. The best part bila Encik Suami kata "macam makan kat rumahlah".
P/S Kalau dah rasa macam kat rumah, apakata kita jadikan ini dapur ke 2 kita, bah???
As Salam, ni kat mana ni?
BalasPadam