Hari ni masak asam pedas kepala ikan mayong (orang Kedah kata ikan duri). Ikan mayong memang famous di Johor. Murah sedikit di sini berbanding di Johor.
BAHAN-BAHAN:
1 kg kepala ikan mayong ~ direndam dgn asam jawa@limau nipis
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
15-20 biji lada kering (bergantung kepedasan) ~ direbus
1" halia
1/2 " kunyit hidup
Semua bahan di atas dikisar
daun kesum
1 batang serai (tak ada pun tak apa)
air asam jawa
sayur bendi (tak payah masak sayur lain dah)
garam
CARA:
Tumis bahan kisar dan serai hingga wangi. Masukkan air asam jawa dalam 2 sudu. Masukkan kepala ikan dan tambahkan air. Masukkan daun kesum. Biarkan mendidih. Tambah garam secukup rasa . Masukkan sayur bendi. Tunggu sebentar...nampak dekat2 masak, tutup api. Sedia untuk diserve.
P/S Asam Pedas Muo (Muar) tambah sedikit lada hitam kisar.
Belum ada komen untuk "Asam Pedas Kepala Mayong"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai