Home · About Me · Sitemap ·

Tak Baik Berprasangka..

Siapa pun makcik ini, sorry kerana gambar ini disnap oleh Encik Suami..hihi

Sudah 2 minggu gambar ini tersimpan di dalam hp Encik Suami. Eh, siapa pulak nih? Kalau si lelaki berbaju belang ni,memang Anim kenal. Si Aziz ni. Tapi apa kaitan dgn gambar ini? Encik Suami ambil gambar Aziz wat apa? 

Seimbas lalu, rasa-rasa gambar perempuan ni yang diambil. Anim dan Encik Suami tak berahsia fasal hp. Feel free to put anywhere..feel free to check what's inside. Dah perkara biasa tolong jawabkan sms dia..kalau dia terlupa pakai cermin mata. Rajin juga tengok gallery picture dalam hp dia. Kadang2 jumpa gambar2 menarik waktu dia masuk kampung check projek pam air.

Anim tunggu2 jugak kalau2 dia buka mulut..Mmm..malaslah nak tanya. Agaknya perempuan ni lawa kot. Good looking ker..mak we lama ker..macam2lah bersarang di kepala. Syaitan pun dok cucuk kita sana sini. Tapi Anim masih bersabar  tidak membuka mulut. Malas nak panjangkan cerita. Biarlah sapapun perempuan itu. Iyalah tu..

Kemudian, satu malam waktu kami bersiap hendak keluar makan...Anim pun nak ironlah satu blouse (gambar atas). Encik Suami tiba-tiba bersuara, "Haa, lupa la nak tunjuk kat Anim satu gambar yang abah ambik masa p makan dengan Aziz." 

Anim pun apalagi..kura-kura dalam perahu..buat-buat tak tahu. Encik Suami pun capai hp dia dan menekan2 sesuatu. Dia kemudian menunjukkan gambar yang Anim dah "explore" sebelum tu...huhu..

Bila Anim kata tak nampak sama, Encik Suami minta Anim transfer kat komputer untuk lebih jelas. Beriya-iya dia kata baju tu sama sambil menambah yang memakainya sebaya dengan emak.

Laa...sah sama bila dah transfer ke laptop. Awatla tak terfikir dulu nak wat lagu tu?. Sebenarnya dari dulu lagi Encik Suami selalu menegur citarasa warna dan corak baju Anim ~ taste orang tua katanya. Nak ketawa pun ada..lucu. Sedih pun ada ~ buruk sangka kat dia.. Malu pun ada..pada diri sendiri dan pada Encik Suami. Maafkan Anim ..

P/S Bataskan prasangka buruk terhadap seseorang setakat dalam hati tanpa meluahkan atau memberitahu orang lain, apatah lagi meyakinkan orang lain supaya mempunyai perasaan serupa. Insya-Allah...kita terhindar dari melakukan fitnah..

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Tak Baik Berprasangka.."

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai