Dah lama tak pekena teh tarik . Selesai menghantar anak2 ke kelas Al-Quran, Aneem dan hubby pergi port biasa. Niat asal nak pekena teh tarik dan tose sahaja..
Tapi bila dah masuk sini...mmmm..lupa dah niat asal. Nasib baik bukan waktu kemuncak. Kalau tak, berbaris panjang menunggu giliran. Waktu kemuncak; waktu lunch dan selepas maghrib.
Teringat usaha 2 bulan ini..ambil lauk simple je..ayam goreng dan terung madu. Kuah kicap aja.
Dlm kereta nak balik. Baru terperasan..Wah, kalau mamak pun dah jual tomyam, nampaknya org Pattani tak leh cari makan. Awe Tomyam kena jual capati la pulak..Strategi pemasaran tu..hahaha
P/S Mmmm..takut menu tomyam dia letak daun kari
Belum ada komen untuk "Nasi Kandar vs Tomyam"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai