Home · About Me · Sitemap ·

Spaghetti Bolognese

Sejak 3 hari lepas 2 Abdul request spaghetti "merah". Itulah nama yg mereka berikan untuk spaghetti bolognese. Spaghetti "putih" pula bahasa mudah untuk spaghetti carbonara. Bukan nak menolak permintaan anak2 tapi nak menyinggah pasar malam tu tak sempat2. Kat SP ni boleh dikatakan hari2 ada pasar malam. Disitulah bahan mentah segar menjadi pilihan..Kena tahu tempat dan taman sahaja.. Anim siap print dan tampal di fridge lagi. Tak payah pening kepala memikirkan hari ini pasar malam di mana.

Resepi simple ni ada dalam simpanan Anim berbelas tahun jugalah..sejak budak2 tu lum lahir lagi. Asalnya Adik Anim, si Gee yg balik dri UK suruh Anim try. Masa tu lum fofular lagi spaghetti bolognese kat M'sia. Pizza Hut pun tak kuar lagi...Memang tak pernah diubah walaupun ada yg suggest letak itu ini atau terpandang resepi ini di majalah dsbnya. 

Encik Suami mahu rasa yg ini jugak...Apa nak buat..La ni anak2 mewarisi pulak rasa yg satu ini...Cuma kali ni penambahan pada meat ball sahaja.Anim memang tak pernah guna minced meat frozen dr supermarket. Daging segar tu Anim masukkan dalam food processor.

  
Bahan-bahan lain yg Anim gunakan untuk spaghetti bolognese meat ball:
~ bawang besar - didadu
~ tomato buah di potong kecil
~ lada kisar
~ tomato puree
~ sos Prego
~ cendawan butang , dicincang (beli siap lg senang)
~ minyak zaitun utk menumis(optional). kebetulan myk zaitun pemberian kawan Encik Suami dr Turki banyak lagi...
~ meat ball


Cara: 

Tumiskan bawang besar dan lada kisar.  Dah layu bawang, masuk daging cincang. 

Tambah air bagi empukkan daging. Jangan banyak sangat..Ini bukan nak buat mee rebus atau mee tomato. 

Rasa2 dah dekat2 nak empuk daging tu,masukkan meat ball.  

Kemudian tuang sos prego bersama-sama tomato puree. 

Bagi mendidih elok, bau pun dah naik, barulah masukkan cendawan. 

Perisakan dengan sedikit garam dan gula. Gula tu beri imbangkan rasa masam tomato puree. 

Last sekali masukkan tomato buah di dadu tadi. Masukkan cebisan oregano pun boleh.Tabur cheese pun buleh..

Tadaaaaa...siap dah spaghetti bolognese simple Anim nih...

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Spaghetti Bolognese"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai