Home · About Me · Sitemap ·

Sandwich Telur

Pagi Jumaat ini ber3 lagi dengan anak-anak.  Pagi2 nak kuar cari benda untuk dikunyah..malasssss. Nak salin baju malas, nak buka gate malas, nak start enjin kereta malas. Tengok apa ada dalam fridge. Sayuran dari Cameron Highlands banyak lagi ni, tak boleh membazir. Stok roti banyak lagi. Mulalah timbul idea sandwich telur. Bahan-bahan untuk sebungkus roti gardenia panjang..

  • 4 biji telur rebus
  • 2 camca besar mayonis
  • sdkt garam dan lada sulah
  • perahan limau nipis ..(dlm fridge ada limau kasturi je, bolehlah)
  • salad, timun, tomato ~ dihiris nipis
Hancurkan telur rebus, masukkan mayo , garam dan lada sulah. Jangan hancur sangat telur tu..jangan terlebih mayo..cair tak sedap. Perahkan asam limau. Siap dah...tinggal sapu je atas roti. Part ni 2 Abdul suka sangat nak menolong. Ikut suka depa lah mana nak letak dulu. Kita kan kena bagi anak2 kreatif dalam melakukan sesuatu... Alhamdulillah, 2 Abdul tiada masalah dengan sayur-sayuran. Semua mereka bedal. 

Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Sandwich Telur"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai