Home · About Me · Sitemap ·

Perkongsian

Pada suatu hari , sepasang suami isteri yang sudah lanjut usianya mengunjungi pejabat pusat bagi mengingati kembali kenangan suka duka semasa mereka aktif bekerja dahulu. Kesempatan bernostalgia ini dimanfaatkan oleh mereka dengan menikmati sup ekor terkenal di kantin, yang terletak dalam pejabat pusat berkenaan. Kebetulan pada masa itu juga masa makan tengahari, maka ramailah pegawai-pegawai yang makan di kantin itu.

Suami isteri itu mula berbaris memesan sup ekor mereka. Mereka memesan satu mangkuk sup ekor, sepinggan nasi dan 2 gelas teh ais serta satu piring dan mangkuk kosong. Semua yg memerhatikan gelagat mereka berasa hairan. Mgp mereka hanya membeli satu pesanan sup dan nasi sahaja? Malah beberapa org pekerja sedih melihat kedaifan kedua orgtua itu kerana hanya mampu makan tengahari di kantin sahaja, itu pun hanya mampu membeli makanan bagi seorang sahaja.

Si suami mula membahagikan nasi dan sup ekor itu kepada 2 bahagian. Satu bahagian utk dirinya dan satu lagi diserahkan kpd isterinya. Kemudian mereka pun makan. Namun yg makan hanyalah si suami, manakala si isteri hanya mampu tersenyum menunggu dan melihat suaminya menjamu selera.

Seorang pekerja tiba-tiba berdiri dan berjalan menuju ke meja mereka. Dgn rasa sedih, pekerja itu mempelawa mahu membelanja pasangan berkenaan semangkuk sup ekor lagi. Dia terharu meihat pasangan suami isteri yg difikirkannya hanya mampu membeli satu hidangan sup ekor dan nasi sahaja, sdgkan dia sendiri hidup dlm keadaan mencukupi. Namun pelawaan itu ditolak dgn lembut dgn menggunakan bahasa isyarat sambil keduanya tersenyum mesra.

Si suami menyambung menikmati makanannya.sementara isterinya hanya memandang sambil tersenyum sehinggalah sup ekornya sendiri menjadi sejuk. Selepas beberapa lama,pekerja tadi datang semula ke meja pasangan berkenaan kerana gelisah melihat gelagat mereka berdua. Si isteri masih lagi tidak makan, hanya menunggu suaminya menghabiskan makanan. Betapa besarnya cinta isteri kepada suami sehingga rela berkoran menunggu suami selesai makan.

Pekerja tadi sudah tidak dapat lagi menahan rasa hairannya, lalu bertanya, "Makcik,saya tengok dari tadi, makcik tidak makan tetapi hanya menunggu dan melhat pakcik makan. Boleh saya tahu, mengapa makcik tidak makan dan apa yg makcik tunggu?" Dengan tersenyum, si isteri menjawab, "Makcik tunggu gigi palsu yg sdg dipakai oleh pakcik itu!"

{Dipetik dari buku "Setengah Berisi, Setengah Kosong" oleh Palindungan Marpaung}

P/S Allah meletakkan dalam hati manusia keinginan supaya sentiasa berkongsi. Semakin banyak memberi, semakin kita tidak akan merasa kekurangan.Berbicara menunjukkan kita berkongsi sementara mendengar menunjukkan kita ambil peduli. Perkongsian yg berlandaskan cinta yg tulus membuahkan keserupaan. Seorang penasihat keluarga mengatakan suami isteri yg ssntiasa berkongsi, lama kelamaan menunjukkan wajah yg semakin mirip. Mereka yg saling berkongsi memiliki kepekaan yg tinggi bg memahami keperluan dan keinginan pasangannya. 


Artikel berkaitan:

Belum ada komen untuk "Perkongsian"

Catat Ulasan

Komen anda amat dihargai