Masa tinggal di Batu Pahat, banyak cendawan goreng dijual di pasar malam@gerai goreng pisang. Walaupun sedap tapi quite berminyak...Tang tu yg buatkan Aneem seisi keluarga kurang berminat nak cuba buat di rumah.Bagaimanapun sejak berpindah ke SP, terjumpa satu kedai ikan bakar di Bakar Arang yg menampilkan menu cendawan goreng di dalam belasan lauk pauknya. Eh,sedap. Rangup..tak berminyak.
Apalagi, jadi menu pilihan kalau ke sanalah. Tapi..jgn terlambat sedikit..jam 11 pagi pun kadang2 langsai..Dah sejuk pun masih sedap dimakan..apalagi panas2 agaknya.
------------------------------------------------------
Sejak itu Aneem bertanya kawan2 kat SP macamana cara mereka membuatnya. Macam2 cara yg Aneem dapat. Ada yg memberi idea bancuh tepung macam bancuhan goreng pisang.Kemudian celup cendawan dan goreng. Ada pula yg mengatakan celup dalam telur dipukul dan golekkan pada tepung Kentucky..Aneem dah cuba kedua2 cara. Cara pertama tu jadi berminyak. Cara kedua pun sama.. Kali ni Aneem nak cuba tepung serbaguna yg Aneem beli di pasar malam. Kalau ikut cara penggunaan, Aneem kena bancuh dgn sdkt air, kemudian celupkan dalam bancuhan dan biarkan seminit.
Aneem nak try cara sendiri menggunakan tepung serbaguna tu..First, Aneem basuh dan toskan. Kemudian Aneem masukkan dlm bekas dan gaulkan dgn tepung serbaguna tu. Tak payah letak telur..tak payah tambah garam..semua siap dah. Lepas tu goreng terendam. Api mesti panas..Nak kata sama tak sama dgn gerai di Bakar Arang..tapi sekali goreng 3 bungkus cendawan tu...aikk..licin licau pinggan tu dibuatnya.
P/S Boleh jadi salah satu souviner dh tepung serbaguna ni kalau balik Johor. Takde lah asyik2 Rojak Buah Mak Bee sahaja..
Lain-Lain Artikel:
Belum ada komen untuk "Cendawan goreng"
Catat Ulasan
Komen anda amat dihargai