Home · About Me · Sitemap ·

Bertemu empat mata akhirnya..

Assalamualaikum warohmatullah...

Anim memenuhi satu undangan perkahwinan yang dihantar melalui WhatsApp di Jeniang, Gurun. Sebenarnya, yang mengundang tak pernah bertentang mata mahupun mendengar suara Anim.

Alhamdulillah, Encik Suami setuju ikut sekali (suke..suke, boleh jadi cameraman tak bergaji). Begitu juga dengan si Abdul sulung walaupun asyik bertanya, macamana kami berjumpa. Anim buka balik kisah "pertemuan" kami (di sini).

Sebaik tiba dan "mengesahkan" rumah pengantin (bertanya tetamu yang baru balik), Anim menuju ke arahnya. Hallo, tengok pakaian, sapa pun tahu yang mana satu pengantin.

Saja nak suprisekan pengantin. Namun, belum sempat menyapa lagi, dari jauh dia sudah dapat meneka "Kak Anim kan?"

Dah minta izin upload gambar tapi kena blur kan:))

Anim diperkenalkan kepada ahli keluarganya.."kawan maya".  Kalau orang lihat kami bersembang, macam dah kenal lama. Mana taknya, ibu pengantin kata wajah Anim menyerupai wajah kerabat mereka. Tapi rata-rata mereka anak Mami. Eerrr..Makcik, saya orang Jawa Johor, hidung pesek ni, heee.

Siapa sangkakan...hajat untuk bertemu sudah diungkapkan dua tahun lalu. Akhirnya kami bertemu di hari bahagianya..

P/S Semoga ukhwah kami berpanjangan.

Artikel berkaitan:

    38 Komen untuk "Bertemu empat mata akhirnya.."

    1. Tahnian Kak Anim....silaturrahim di alam maya ke alam nyata kini....

      BalasPadam
    2. tak 'berani' lagi nak jumpa kawan maya... tak cukup mancung...

      BalasPadam
    3. alhamdulillah diizinkan Nya ... saya masih malu2 kucing nak jumpa kwn maya ... heheheee

      BalasPadam
    4. Bunda ada juga hasrat....tapi tak berani lagi.... malu pun ada...hehe...nanti2 lah kot...

      BalasPadam
    5. saya penah sekali jumap kawan maya
      memula rasa segan juga tau
      tapi lelama terasa cam sahabat yang dah lama tak jumpa kan

      apapun buat pengantin, moga berbahagia hingga ke akhir hayat =)

      BalasPadam
    6. ALHAMDULILAH.. bahagiakan kalau dapat kenal2 cam ni..kita bila lagi akan bersua. hee

      BalasPadam
    7. belum pernah jumpa kawan maya lagi setakat ni

      BalasPadam
    8. Salam Anim,

      Lama sungguh tak dapat tinggal jejak di sini. Sibuklah semenjak dua menjak ni. Yang personal lain, yang rasmi sibuknya lain ^_^

      Selamat pengantin baru buat kawan alam maya, Anim ni. Semoga ukhuwah yang dibina akan berkekalan hendaknya. Itulah salah satu kebaikan berblogging ni ya, tau-tau boleh jadi kawan baik di alam nyata.

      BalasPadam
    9. Assalamualaikum Kak Anim,
      Kadangkala persabatan maya terasa begitu rapat walaupun xpernah bersua.
      Tapi kalau jumpa saya, kelu lidah...sebab saya ni pendiam orangnye... hehe

      BalasPadam
    10. Tercapai juga cita-cita untuk memanjangkan ukhwah tu...

      BalasPadam
    11. Salam sis..
      Hihi.. Mesti seronok kan..

      BalasPadam
    12. alhamdulilah bertambah kukuh ikatan ukhwah setelah alam maya menjadi alam nyata
      bila lah agaknya giliran nekcik ye

      BalasPadam
    13. sayapun silent reader gak.. hehe.. x sangka akak pernah duduk sp.. heee

      BalasPadam
    14. Semoga ukhwah yang terjalin terus berkekalan..

      BalasPadam
    15. dapat jumpa sahabat maya...memang teruja..

      BalasPadam
    16. Blogger sapa ni Nim? Selamat Pengantin Baru untuk pengantin, Selamat Pengantin Lama untuk Anim jugak hihi....

      Seronoknya dpt berjumpa kawan maya kan Nim...Cik abang pun sporting! Mmg terbaiklah.
      Uniklah goodiesnya tu

      BalasPadam
    17. Salam ... wah seronoknya dapat berjumpa 4 mata depan2 ni.. moga hubungan silaturrahim terus berpanjangan yer

      BalasPadam
    18. Bila lah pulak agaknya nak bertentang mata dengan nekcik ye Anim..he..he

      BalasPadam
    19. merapatkan lagi ukhwah bukan sekadar di alam maya. cool dear

      BalasPadam
    20. Tahniah kak anim. Salam saya blog walking ada masa berkunjunglah ke blog saya - http://www.gerobokbuku.com/

      BalasPadam
    21. Salam 2016, sweet Anim, teringin juga nak kawan maya ni. Cantik goodiesnya..

      BalasPadam
    22. waaa seronoknya.. persahabatan dunia maya bawak ke realiti =)
      ehehe.. ada iras2 dah tu kak mami pengantin kata gitu..

      BalasPadam
    23. Asaalam Anim..apa khabaw..mana peegi nekcik dahvrindu ni..no hilang hpnrosak .hu..hu...selalu teringat kat Anim

      BalasPadam
    24. Askm..lamanya menghilang tanpa berita..nekcik nak contact Anim takvdapat sebab hp nekcik rosak..banyak number yg hilang..nekcik doakn Anim baik baik jer insyaallah

      BalasPadam
    25. Apa khabar Nim... Lama tak dengar cite? Dah tak sudi nak menulis lagi ke?

      BalasPadam
    26. Lamanya tak singgah blog akak... Mesti gembira sangat kan pertama kali jumpa orang yang selalu kita sapa di alam maya. Moga Allah merahmati ukhwah yg terjalin.

      BalasPadam
    27. Asalam..Anim pe kabo..kenapa terus mrenghilang..nekcik da tak ada no Anim..hp rosak

      BalasPadam
    28. assalamualaikum kak.. lama tak menyinggah... siapa tu kak?

      BalasPadam
    29. Apa khabar Nim....lama tak dengar cerita

      BalasPadam
    30. selamat ya ...bisa berjumpa empat mata ...

      BalasPadam
    31. Bau berjinak2 dgn dunia blogger ni

      BalasPadam
    32. Salam Kak Anim..
      lama tak jenguk sini..hihi..harapnya akan sihat...
      seronok bila dpt jumpa sahabat blogger ni..alhamdulillah, ukhuwah makin erat..:)

      BalasPadam
    33. kak.. CT datang ni.. knock2.. lama sepi..
      selamat hari raya aidilfitri =)

      BalasPadam
    34. Selamat Hari Raya maaf zahir batin Nim...

      BalasPadam

    Komen anda amat dihargai