Home · About Me · Sitemap ·

Catatan dari katil hospital


Assalamulaikum wbt...

Masih di atas katil wad 14A hospital di SP. Baru dua malam, tak sabar nak balik. Tak larat nak baring, duduk atas katil tonton TV. Masa nilah semua channel diterokai. Tengahari kelmarin, jiran sebelah katil discharged. 

Sebenarnya nak jadi cerita, petang semalam masa tengah layan TV, tiba-tiba TV katil sebelah "on" sendiri. Mana tak pucat muka..haha. Sambil bangun mencapai remote TV katil sebelah dan menutupnya, sejukkan hati mungkin masa depa tukar cadar katil dan bantal tengahari tadi, depa terusik kot remote tu. Bila Encik Suami datang melawat lepas Maghrib, tak berani nak buka mulut...hihi. Takut tak boleh tidur malam...Penakut betul.

Jam 9 malam dah kepung katil. Tirai disekeliling ditutup rapi. Harap-harap malam ni takde nurse yang off  lampu macam malam sebelum. Gelap gelita bila terjaga malam. Tiba-tiba pintu bilik diketuk. Seorang jururawat muncul di pintu sambil berkata "Kak ada kawan tidur malam ni". Alhamdulillah, lega rasanya tambah-tambah bila dapat tahu dia orang kita juga.


     Kami serasi sebilik!

Dia minta dipindahkan dari bilik lain. Mulutnya tak berhenti kata syukur sebab dapat masuk dalam bilik sama kerana senang nak bersolat. Maklumlah, bukan semua kaum lain memahami tentang tuntutan bersolat 5 waktu sehari walaupun dalam keadaan sakit. 

P/S  Pagi ni baru dapat bersembang panjang. Patutlah kami serasi sebilik. Rupa-rupanya jiran sebelah bertugas di Pejabat Pendidikan Daerah belah Penang nu ( daerah mana...rahsia!) sudah seminggu di wad. Simpati dengan kesakitan saraf di bahagian kepalanya dan memerlukan rawatan terapi. Nampaknya bukan cikgu saja rasa terbeban dengan kerja...mereka yang berada di Pejabat Pendidikan pun dua kali lima saja rupanya, kan. Moga Allah berikan kesembuhan penyakitnya.

Artikel berkaitan:

    21 Komen untuk "Catatan dari katil hospital"

    1. salam kak..moga cepat sembuh hendaknya..memang tak best duk lama2 kat ward, pandai rasa bosan..huhu... syukur lah dpt teman sebilik yg ngam...

      BalasPadam
      Balasan
      1. Kita dah biasa ligat bekerja..bila duduk, makan, baring saja atas katil..bosanle atie..heee

        Padam
    2. Masya-Allah... Anim sakit apa ni? Moga diberi kekuatan dan kesabaran yg tinggi.
      Ada kala kita diuji utk membuat kita lebih dekat padanya
      Doa dari kakak moga cepat sembuh.

      Selamat Hari Guru dari kakak.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Tqvm kakzakie...
        Masa sakit..barulah kita hargai nikmat sihat..
        Sibuk camna pun di rumah, masih lebih nikmat berbanding di hospital..huhu

        Padam
    3. OK kakak baca N3 sebelum kakak dah tahu sakit apa
      Harap-harap dpt discarge cepat.

      BalasPadam
    4. Sesekali dapat relax rasa bosan pulak x buat apa no?
      Entry semalam cikgu tutup kotak komen ka?makchaq kena komen kat entry sebelum tu.

      BalasPadam
      Balasan
      1. Makchaq salah masuk rumah. Makchaq komen dalam entry lain..huhu. Cuba check balik, haha

        Padam
    5. teringat pula seorang kawan pernah cerita di fb nya..rakan sekerjanya meninggal dunia akibat sakit saraf.. kerana bebanan kerja dan masalah peribadi

      BalasPadam
      Balasan
      1. Kesian tengok. Pusing sana sakit, gerak sini sakit...

        Padam
    6. Salam Anim,

      Awat sampai masuk hospital ni? Apa sakitnya?

      Semoga Anim beransur sembuh dari sakit dan dapat keluar dari hospital secepat mungkin ya!

      BalasPadam
      Balasan
      1. Sakit perut je..tak sangka jadi serius, huhu

        Padam
    7. Semoga cepat sembuh sis...InsyAllah, sakit itu menyucikan dosa...

      Jemput singgah ke blog saya:
      http://blogmummyrifqiy.blogspot.com

      BalasPadam
    8. semoga cepat sembuh kak... syafakillah...

      BalasPadam
    9. nekcik doakan dari kejauhan ni semuga Anim cepatlah sembuh...amiin.mmg takde orang yang suka dok sepital nii.../

      BalasPadam
      Balasan
      1. Terima kasih atas doa nekcik. Iyalah...sapa suka dok hospital. Bukan makin sihat..hihi. Tambah sakit sebab tak lena tidur

        Padam
    10. syafakillah kak anim...

      Dah discharge ke kakak?

      BalasPadam
    11. Kak Anim kadang2 remote kita tu pon boleh jadi on kan tv sebelah tu, sebab Aina pernah terkena masa warded dulu tapi bila kena kali kedua baru perasan...

      BalasPadam
    12. semoga dipermudahkan kedua- duanya . sabar dan redha dgn ujian Nya ...

      BalasPadam

    Komen anda amat dihargai