Home · About Me · Sitemap ·

Saya dapat hadiah


Assalamualaikum wbt...

Tersenyum lebar bila ternampak bungkusan atas meja di staff room. Dah boleh agak dari siapa....

Menang Mini GA yang dianjurkan Anies. Dapat 2 buah buku comel berisi santapan rohani edaran Ana Muslim. Boleh masuk dalam handbag dek saiznya.Terima kasih Anies. Menunggu dalam bank pun boleh belek.

Pada hari yang sama....

Lepas projek muffin bersama murid Tahun 2 dan 3, Marta tunjuk barang yang dibawanya. HANDBAG!!!  Actually, cuti sekolah lepas, dia balik "kampungnya"di Budapest, Hungary. Sebelum ni dia beritahu, dia ada handbag yang baru sekali dua dipakai dan tak mahu digunakan lagi kerana besar.

Dia bertanyakan adakah Anim dan Teacher Fauziah mahu. Haha...kecil tapak tangan, nyiru saya tadahkan. Takkan tak mahu. Masih nampak baru. Tak nampak cacat celanya. Lagi-lagi bila tengok brandnya, COACH!  Nak harap gaji cikgu cabuk ni, aduhai...tak sanggup nak keluar ribu raban untuk satu handbag. Tak kisahlah kalau bukan new design, janji bukan fake, heee. Satu untuk saya, satu untuk Teacher Fauziah.

Actually, Marta ni bersuamikan orang US. Dia beli handbeg tu kat US.  Suka agaknya dengan COACH. Handbag comel yang selalu diusungnya juga brand COACH. Ala, ramai juga orang kita dok kirim COACH kat sesiapa yang ke US atau student kita kat sana kan, hee. 

Ada lagi souvenir dari  Marta. FM dari Vienna, Austria. Dia sempat bercuti bersama suaminya di sana.


Dan lagi untuk kami setiap seorang...


P/S  Orang memberi kita merasa. Orang berbudi kita berbahasa. Setiap pemberian yang diberi, akan dikenang selamanya:-))

Artikel berkaitan:

19 Komen untuk "Saya dapat hadiah"

  1. murah rezeki Anim, tahniah, beg pun cantik, praktikal tu Anim, asyik sebut nama cikgu Anim ja sedap pula nama Anim kan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Heee...panggille apa saja, tak kisah bp:-))

      Padam
  2. Rezeki jgn ditolakkan Nim...mau tak nak hehe......tgk brand lew.....
    kslau cikgu cabuk yg gaji ribu riban pun tak mampu apatah lagi seorang surirumah yg tak bergaji....huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ish hainom, selalunya surirumah yg lebih bergaya tau.. Lebih ikuti pekembangan fesyen. Kami ni sibuk sgt kerja sampai pakai ikut hentam saja..huhu

      Padam
  3. kak, ada cerita donut kat astro tu kata.. coach tahap org gaji je pakai.. hihi..
    kita mint juga. beli fake pun fake lah.. bag mahal, duit tak ada dlm bag.. hihi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tule pasal. Tiba malaysia, dgn tax dgn promo gila2, jadi ribu raban. Kalau tak murah kat sana, dengan USD depa yang 3x duit kita, dengan senang hati bagi kat kami kan, hee
      P/s haah, kak pn br ingat dialog tu. Donut lakonan sheika rusly tu kan:-))

      Padam
    2. bukan org gaji , cashier kat supermarket ... heheheee . tak pe lah . sekrg2nya dpt glamer kat negara sendiri . kan org m'sia boolat jer mata tgk coach .

      Padam
  4. alahai comel nya teacher marta... pemurah betul...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tule, tak sangka dia bermurah hati bagi. Dia kata dia suka bekerja dengan kami ber2:-))

      Padam
  5. Wahh...Hungary tu. Dah banyak movie yang dia punya set kat sane buatkan saya teringin nak pergi! Banyak tempat lama dan bersejarah. Harap2 lepas ni cikgu la pulak boleh g melawat sana ye :)

    BalasPadam
  6. rezeki..dapat la bergaya dengan coach..suka le tu...

    BalasPadam
  7. Bestnya:) Murah rezeki betul ni Anim
    Org memberi kita merasa..

    BalasPadam
  8. Wah rezeki tu Anim..nekcik dari kerja sampai pencen hbag nekcik ttak lebih dari rm100....kalau ada yg termahal sikit tu..adallah orang sedekah tu..he..he
    dah pencen ni lagilah pakai yg polyester jer..ringan dan tak sakit bahu..he..he..

    BalasPadam
  9. wah wah....murah rezeki akak ...coach tu...

    BalasPadam
  10. alhamdulillah ... rezeki anim .

    BalasPadam
  11. untuk saya tak ada nampak gayanya uh....best ni bolah baca sambil menunggu ya

    BalasPadam
  12. Murah rezeki, Anim dapat banyak hadiah dari rakan taulan. Tentulah gembira tak terkata bila dapat hadiahkan.

    BalasPadam
  13. terlepas cerita akak yang lepas2..marta tu sapa kak? murah reseki akak...sebab akak murah dengan orang lain jugak..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai