Home · About Me · Sitemap ·

Gara-gara ICT Pantai Teluk Ketapang


Assalamualaikum wbt...

Hari ke 5 di Kuala Terengganu. Masa untuk bertolak balik Ipoh. Bonda dan my little niece ikut serta  .

Sempat ziarah besan Bonda di belakang Desa Murni Batik 

Terpampang SALE di  Desa Murni Batik. Bonda kata tak payah ke Pasar Payang. Dia nak shopping saja di situ. Anak perempuan dia ni sejak ada "dua rumah" dan kena tepikan bajet ulang alik Sp-Ipoh setiap minggu, memang kena cut bajet shopping. Tu yang hobi menyopping jatuh ke laut. Makan dan makan angin je tak leh nak cut, huhu.

Balik Ipoh nak ikut Lebuhraya Timur Barat (Grik-Jeli Highway). Kalau boleh tak nak sampai Ipoh lewat malam. Highway kat situ taulah , bukan macam Highway Utara Selatan, ada banyak Hentian Rehat. Kiri kanan hutan. Kalau siang okle lagi.

Aduhai, ingatkan Bonda shopping untuk dirinya tetapi mencari sesuatu yang dipesan oranglain. Ish, ole ole tu lainlah. Tak sampai hati nak tanya , hamba Allah tu kirim duit sekali @ kirim dengan air liur saja sebab tau ajalah, orangtua ni sensitif sikit. Takut dia ingat tindakannya itu menyusahkan kita.

Selesai shopping, minta Nabila bawa kami ke satu tempat. Tak boleh tidak, nanti teringat-ingat. Ini hajat Anim, huhu. Kempunan nanti...

Alkisah, menikmati ICT (Ikan Celup Tepung) kat Pantai Batu Buruk malam sebelum tak berapa menyengat walaupun harga boleh tahan mahal.

Teringin mencuba ICT Pantai Teluk Ketapang berdekatan airport yang dikhabarkan Nabila jauh lebih ummmph dan murah.

Memilih D'Coconut Cafe. Rambang mata memilih ikan, ketam, sotong, udang, cendawan, keropok lekor dan fish cake/ball yang dicelup tepung . Ada pari celup tepung tau! Marvellous!!! Jujurnya, lebih sedap dari ICT di Penarik. Walaaaa...tempat wajib diterjah next visit. Makan 7 orang plus air tak sampai RM50.

Tqvm Nabila. Di sini kami berpisah dengan Nabila. Dia memandu pulang ke UniSZA manakala kami meneruskan perjalanan pulang ke Ipoh.

Manusia hanya mampu merancang. Hujan lebat sewaktu menghampiri Tanah Merah lebihkurang jam 8 malam. Encik Suami masih meneruskan pemanduan. Menghampiri Jeli, kenderaan makin banyak di jalan. Esok Jumaat agaknya, ramai nak balik Utara.

Bila nampak lori balak dan segala mak nenek lori muatan berat, Anim pun rasa tak boleh memandu bergilir dalam cuaca gelap dan hujan begini. Orang muda gagah lagi kot.

Kami berhenti di depan hotel di tepi jalan di Jeli .Alhamdulillah, dapat 2 bilik kosong di tingkat bawah. Kesiankan Bonda kalau menapak naik tangga. Biliknya besar dan bersih. RM105 semalam dengan caj tambahan tilam RM15 serta free Wifi . Qas Hotel ni kepunyaan orang kita (Kelantan). Receptionistnya pun bertudung dan berjubah. Ada restoran pulak tu depan hotel. Elok benarlah, hujan-hujan begini, perut cepat lapar.

P/S  Bila check in hotel dalam keadaan tak plan ni, masalah timbul ialah nak pilih pakaian dalam beg-beg yang sudah disusun dalam hujan lebat (tak de parking berbumbung)..huhu. Sabar ajalah...Yang penting, tidur lena dan boleh rehatkan badan.

Artikel berkaitan:

20 Komen untuk "Gara-gara ICT Pantai Teluk Ketapang"

  1. Panjang juga perjalanan akak & family.. murah jugak makan D'Coconut Cafe tu kak tak sampai rm50 utk 7 org.. berbaloi lah kan dengan pelbagai pilihan makanan..nampak pun mcm menyelerakan.. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tang makan waktu meronda ni atie..apa pun sedap..

      Padam
  2. Tersangatlah murahhhh... kalau dekat mau sy terjah sekarang...


    p/s akk nnt check hp ya ;-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah..kak pun nak lagi..lagi..dan lagi

      Padam
  3. Dekat Pantai Teluk Ketapang tu jumpa kuda berhias tak Anim?
    Anak dara kecik kakak sibuk nak naik tapi panas tak jadi hihi..

    Seronok betul kalau ramai-ramai jenjalan. Mak pun boleh tahan juga ye:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jumpa kereta berhias kat pantau batu buruk saja kakzakie,,
      itupun saya kempunan tak naik sebab anak2 dan anak saudara sibuk main wau..hihi

      Padam
  4. mmg sedap kat pantai teluk ketapang tu . pernah gi sekali bertahun dulu sblm ada blog ... klu tak silap , airport baru siap masa tu .

    BalasPadam
    Balasan
    1. saya pulak dah banyak kali p terengganu tapi tak tau situ lagi sedap dan murah

      Padam
  5. Menarik betul ICT tu ye kak. Nasih takda gambar kalau tak mau jugak terliur. Hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi..adakala tak tersnap gambar bila makanan sudah ada atas meja..

      Padam
  6. As Salam. Selamat berkenalan. Saya follower baru. Menjejak dari blog Pakcik Hassan Al-Manar. ICT di Telok Ketapang biasanya banyak orang tempatan yang pergi. Sebab tu lah murah dan sedap. Dekat dengan banyak institusi pendidikan pula tu kan....

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasuh kerana sudi singgah, aziela. jangan lupa terus berkunjung:-))

      Padam
  7. Saya pernah try sekali ICT kat Tganu..kat Warung Poknong tu...ok, sedap...harga berbaloi..:)

    BalasPadam
  8. Saya pun suka shopping tudung kat Desa Murni tu…. Jauh lebih murah dibandingkan dgn mana-mana kedai :)
    ICT teluk ketapang tu dah dekat dgn rumah saya…
    Rindunya Terengganu….

    BalasPadam
    Balasan
    1. nur orang terengganu rupanya...
      haah, kat desa murni batik, tudungnya murah2..cantk pulak tu

      Padam
  9. Arggh... ni yang menggebu-gebu nak gi Terengganu ni Anim. Dengan penuh terperinci Anim bercerita, saya dah tak tahan. Nanti kalau ke sana, saya google nama-nama tempat best dalam blog Anim jelah ye :)

    Murahnya makan dan minum utk 7 orang tak sampai RM50. Macam tak percaya pulak (tapi dah orang kata ya, mestilah ya kan...) Makan apa tu yang tak sampai RM50? ICT... first time saya dengar. Ingatkan ICT yang satu tu .... Saya ni jarang pekena makanan dari Pantai Timur, itu yang ada banyak ke-blur-an berlaku.

    BalasPadam
    Balasan
    1. makan ala2 minum petang je MD. kan baru dijamu dirumah besan mak saya ;-))
      2 piring sotong, satu piring udang, 2 piring cendawan, ikan , fishball 3 batang, fish cake bulat besar entah berapa batang...air saya lupa, teh o ais, air kelapa dan apntah lagi..hihi. tak sampai rm50. rm47 kalau tak silap

      Padam
  10. Nekcik pun plan jugak nak meronda JJCM ni..cuma kna tnggu encik angsa ni sihat...bunyi pun macam angsa tercekik..he..he

    BalasPadam
  11. datangle kat Pok Nong Mengabang Telipot yg ada msk JJCM tu;-)

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai