Home · About Me · Sitemap ·

Allah lebih menyayangimu


Assalamualaikum wbt...

Allahu Rabbi...apa nak jadi dengan Anim hari ni. Perasan tak Anim publish entry Rabu Yang Senyap? Macamanalah Anim boleh ingat hari ni hari Rabu, haaah? (Anies...macam tak perasan je, dok tinggal komen..hee).

Pagi tadi Anim dan anak-anak murid ada projek buat muffin bersama Marta. Ingat nak buat entry hari ni tapi esok sajalah ya,in sha Allah.

Masa sibuk-sibuk tulah, dalam jam 9.48 pagi Anim dapat berita tentang kemalangan maut yang menimpa pakcik Bahtiyar (wife dia adik Bonda) di Cheras. Dia nak p kerja dengan motor. Kes langgar lari -dipercayai kenderaan berat . Kalau ikut blog http://ondescene.my/ kemalangan terjadi akibat mengelak dahan pokok yang terjuntai ke arah jalan. (Update : keluar dalam Metro pagi ini)

Jenazah selamat dikebumikan di Cheras lepas Asar tadi. Sedih tak dapat melawat arwah tadi. Encik Suami ada di Sarawak. Jumaat ni dijangka balik dan kami rancang nak menziarahi makcik Nina dan anak-anaknya, in sha Allah selepas itu. Masha Allah..tenangnya suara makcik Nina waktu Anim menelefonnya tadi. Redha dengan ketentuanNya. Sungguh tak sangka. Kami baru je bertemu 2 minggu lalu, di majlis perkahwinan anak sulungnya di Cheras. (di sini )

Arwah pakcik Bahtiyar (kanan sekali) bersama Bonda. Tapi kami perasan, dia tak banyak bercakap pada majlis tersebut. Kami agak, dia kepenatan melayan tetamu.

Semoga roh pakcik Bahtiyar dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan para solihin..

@@@@@@@@@@@@

Semalam juga, seluruh warga sekolah dikejutkan dengan pemergian suami kepada salah seorang geng bas sekolah Anim. Arwah yang menunggang motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan pulang menemui isterinya di SP (awal cuti persekolahan) pada 28 Mei lalu terlibat dengan kemalangan di Kuantan.

Selepas 20 hari di Hospital Tengku Ampuan Afzan, akhirnya Allah lebih menyayanginya.Bersabarlah sahabatku dengan ketentuan dan ujian Allah ini. Arwah dipinjamkan sementara untuk memberi kebahagiaan buatmu. Sebenarnya pasangan ini baru 6 bulan berumahtangga. Arwah suaminya bekerja di Kuantan .

Walaupun berjauhan dan dapat bertemu seminggu atau 2 minggu sekali, Allah rezekikan dia dapat menjaga suaminya selama 20 hari hingga akhirnya arwah meninggal dipangkuannya.

@@@@@@@@@@@

Awal cuti persekolahan lalu, kami juga kehilangan seseorang yang begitu banyak menolong kami sekeluarga di SP. Dia adalah staff ofis lama Encik Suami yang digelar Abu Hurairah. Bagi mereka yang mengikuti entry Anim, pasti ingat akan haiwan-haiwan peliharaan yang kami bela di zoo belakang rumah. Arwah Mawardi lah yang selalu membantu memberi makanan pada haiwan-haiwan tersebut jika kami tiada di rumah.

Arwah Mawardi jugalah yang kami beri Bella, dia jugalah yang ternampak kucing bisu Anim yang terperangkap dalam bilik sewaktu kami mengerjakan umrah dan terakhir sekali pada awal tahun lalu (Anim dan si Abdul kecil saja di SP) dialah yang kami called untuk bantuan apabila kereta antik (my Waja) tak boleh start enjin di satu kedai runcit di SP. Mintalah bantuan apa saja...dia sedia membantu.

Waktu hidupnya tak suka menyusahkan orang, dia sakit sekejap katanya dan meninggal dunia di hospital. Sungguh, kami teringat sikap arwah (masih bujang) terhadap binatang. Kata Encik Suami, setiap kali dia masuk perkarangan ofis...meluru kucing-kucing lebih 10 ekor ke arah motornya. Tau dah...ada makanan. Malah kata Encik Suami, dia tak malu membungkus sisa-sisa makanan waktu makan di luar untuk kucing-kucing yang berkeliaran di ofis. Yang peliknya...bila arwah tak ada...kucing-kucing yang banyak tu juga sudah tak nampak kelibat.

~AL FATIHAH buat mereka bertiga~

P/S Tak ingat di blog mana Anim komen, dekat-dekat bulan puasa, kerap kita dengar orang meninggal. Malah ada yang rapat dengan kita. Dan ....mereka semua adalah orang BAIK dan disayangi semua. 

Artikel berkaitan:

11 Komen untuk "Allah lebih menyayangimu"

  1. Idah baru jer tengok gambar kemalangan Arwah pakcik Bahtiyar yang dihantar oleh rakan melalui whatsapp petang tadi... Semoga roh semua arwah diatas ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman... amen

    BalasPadam
  2. al - fatihah utk mereka semua . semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh mereka .

    BalasPadam
  3. Amin. Semoga roh pakcik Bahtiyar dicucuri rahmat dan beroleh kebaikan.

    BalasPadam
  4. Sebenarnya saya pun perasan entri hari rabu tu. Ingatkan Kak Anim saja ja, rupa-rupanya tersilap ya.

    Moga, insan yang Kak Anim sebutkan dalam entri ini di tempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin.

    BalasPadam
  5. as salam.al fatihah rasa sebak pula say abaca entri sis aneem ni..

    aik..bila mau jumpa meh heee...jom..jom jumpa md sis ngheee..ceh muka tak malu ar pula sy nie nheeee...

    BalasPadam
  6. al fatihah...semoga ahli kelurga mereka tabah menghadapi nya...yg saya sedih...pasangan yg baru 6 bulan berkawen tu

    BalasPadam
  7. Innalillahi wainna ilaihirojiuun... begitulah Anim.
    Qullunafsin zaa iqotulmaut... kita pun akan menyusul juga yg entah bila
    Moga roh-roh mereka ditempatkan dikalangan para solihin.
    Kita yg hidup hanya mampu mendoakan dan berziarah pada keluarga yg ditinggal.

    BalasPadam
  8. Begitulah kehidupan ada permulaan ada pengakhirannya..
    semoga mereka semua mendapat tempat yang mulia disisiNya..

    BalasPadam
  9. Al-Fatihah buat mereka semua. Moga mereka ditempatkan bersama-sama orang yang beriman.

    BalasPadam
  10. iyalah Anim..nekcik pun rasa ngilu bila dengar beberapa kemalangan ngeri motor dan lori ni..dah berapa kes kat cheras ttu kan..mula yg suami isteri..lpas itu yg istri hancur bawah lori ..aduhaiii rupayanya pak sedara Anim pun salah seorang mangsa..semuga Allah limpahi rahmat ke atas rohnya dan diberikan ketabahan dan kesabaran pada ahli keluarga yang tinggal..amiin

    BalasPadam
  11. betul kak.. selalunya dekat2 puasa ramai yang pergi.. kena selalu doa semoga ini bukan ramadhan terakhir buat kita...
    al fatihah buat semua yang telah pergi...

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai