Assalamualaikum wbt...
Takziah diucapkan kepada keluarga 3 mangsa nahas bas ekspres di Yong Peng petang Ahad lalu. 4 hari sebelum, terbaca juga di akhbar tentang kemalangan bas ekspres di Hentian Taiping arah selatan.
Bagi yang menggunakan perkhidmatan bas ekspres setiap minggu seperti Anim, setiap kali membaca berita tentang kemalangan bas ekspres sebegini memang membuat kita berdebar. Walaupun sedar ajal maut di tangan Tuhan, tapi dalam hati berharap agar kematian kita bukan akibat kemalangan jalanraya. Ngeri memikirkannya..
Siapa sangka, ditakdirkan petang Khamis lalu, dalam perjalanan ke Ipoh (3 hari cuti), Anim pula mengalami saat-saat yang mencemaskan dan waktu itu Anim sempat membayangkan, "Mungkin hari ini Izrail akan cabut nyawaku".
Alkisah, bas ekspres SP-Ipoh kami dijangka bertolak 3.15 petang. Tunggu punya tunggu, jam 4 baru muncul. Alasan bila tanya di kaunter, bas ekspres itu menggantikan bas lain yang rosak. Kami ber2 duduk betul-betul belakang driver. Seronok si Abdul kecil dapat duduk depan. Boleh nampak semua, katanya.
Sebaik bas transit di Pt Buntar dan meneruskan perjalanan ke Ipoh, bas dah lain macam. Anim yang duduk belakang driver naik risau bila gear bas menunjukkan "bunga-bunga" mengalami kerosakan. Punyalah payah driver nak masuk gear. Sudah jatuh ditimpa tangga! Itulah peribahasa sesuai yang boleh digambarkan apabila kesesakan pula berlaku beberapa km dari Terowong Menora (terowong ni lagi!!).
Terdengar driver bas mengeluh. Gear bas tak berfungsi. Nak free gear pun tak boleh. Signal kecemasan bas dipasang. Dalam kesesakan teruk begini ( ada lori bawa muatan berat masuk longkang lepas terowong) , bila kenderaan di hadapan bas berhenti, driver bas terpaksa mematikan enjin. Bila kenderaan mula bergerak, enjin dihidupkan semula. Nampaknya kami semua menaiki bas yang rosak (alasan ganti bas yang rosak seperti yang diberikan sebelum ni tak boleh pakai) . Naik cemas mendengar perbualan hp driver bas dengan seseorang mengenai masalah yang dihadapi. Tambah cemas bila terdengar driver menyebut "..tak tahu bas boleh sampai ke tak. Entah-entah aku pun tak sampai" .
Terasa seolah-olah di ambang maut. Kami akan menuruni bukit selepas terowong tersebut. Called Encik Suami dan terangkan apa berlaku. Sempat chat di Whatsapp (geng bas sekolah dan family). Minta mereka doakan keselamatan kami semua. Dalam keadaan genting seperti itu, hanya doa keluarga dan teman-teman diharapkan,
Sungguh, selama ni hanya baca pengalaman orang, tapi bila kita sendiri yang mengalaminya, pada masa itu yang termampu dilakukan ialah beristighfar dan berselawat . Sempat berbisik dengan si Abdul, kalau apa-apa jadi pun, kami ber2 masih dalam wudhuk, malam Jumaat pula. Terbayang-bayang cerita yang dibaca dari buku "Saat Izrail Cabut Nyawaku" yang baru dibeli di Terminal Bas SP dan menjadi bahan bacaan di dalam bas tersebut!!! Ya Allah, seram sejuk membayangkan kita ni salah seorang darinya.
Dah masuk waktu Maghrib. Bas bergerak perlahan-lahan dalam terowong. Kami akan menuruni bukit. Setahu Anim, kalau kereta, kita akan pastikan brek kita okay tapi berbeza pula dengan kenderaan besar dan berat. Depa kena pastikan gear rendah...Suasana di dalam bas sunyi sepi. Sebaik melepasi terowong, rupa-rupanya laluan ditutup. Laluan kenderaan ke selatan dilencongkan. Kenderaan ke selatan menggunakan satu lorong laluan ke Utara.
Rasanya laluan yang dilencongkan itu memberi kesan besar pada driver bas. Dia menarik nafas lega dan mematikan signal kecemasan bas. Walaupun selepas tol Ipoh, kami terbau hangit (istighfar berpanjangan) , akhirnya kami selamat tiba di Terminal Bas di Amanjaya jam 8 malam (lewat 2 jam).
P/S Sempat ucap terima kasih pada driver bas yang dapat membawa kami ke destinasi dalam keadaan bas yang bermasalah.
Ya Allah..Alhamdulillah..kak anim dan abdul selamat..kalau saya pon cuak kalau baca berita kemalangan yg babitkan bas ni..takutt...
BalasPadamJalan menuju Terowong Menora tu memang selalu sgt ada masalahnya. Paling geram bila rosak betul2 dalam terowong.
BalasPadamSyukur alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian yang tak diingini berlaku. Saya ni pun dah lama tak naik bas dek kerana cerita-cerita ngeri begini. Memang ajal maut di tangan Tuhan, tapi bila mendengar kisah-kisah begini jadi sedikit takut pulak.
BalasPadamMy bonda bila masuk jer dlm kenderaan , mulutnya x berhenti berzikir . Sebenarnya itulah yg kita perlu lakukan . sekurang - kurangnya klu sesuatu berlaku , kita berada dlm melakukan ibadah ...
BalasPadamYa Allah seram sejuk bila baca N3 akak ni.. mmg menakut kan... tapi Alhamdulillah akak & abdul selamt sampai.syukur sgt kan...
BalasPadamAlhamdulillah Kak Anim dan Abdul selamat.. Erin pun risau kalau naik bas.. malang tidak berbau.. memang takut..
BalasPadamWah, kena buat bancaan nii...Teringat anak CM yg study Uitm Penang..nak balik raya cina nanti naik bas... serah pada Allah je lah..hasbunallah wa ni'malwakeel.
BalasPadamSeriau membaca entri akak ni...terasa pula disituasi sebenar. Penceritaan akak sungguh terkesan sekali. Apa pun...alhamdulillah, syukur...selamat akhirnya. Takut ke nak naik bas lagi? hehe
BalasPadamAstaghfirullahal'azim... Alhamdulillah selamat sampai. Kakak rasa berdebarnya tak terkata nak habiskan membaca N3 Anim ini. Syukur alhamdulillah masih dalam perlindungannya. Tiap minggu ke Anim travel macam ini?
BalasPadamtegak bulu roma sy bc entry akk ni
BalasPadamAlhamdulilah..Terasa pula saya seolah2 di tempat akak...tak taruam ke kak..
BalasPadamakak sendiri seolah merasai situasi getir dan mendebarkan tu Anim...syukurlah tiada apa2 yg tak diingini terjadi..
BalasPadamsyukur alhamdulillah semuanya selamat yer !
BalasPadamaiza membaca entri ak anim dengan perasaan yang berdebar-debar.. cuba bayangkan aiza berada dalam situasi itu.. alhamdulillah kak anim dan abdul selamat..
BalasPadamal-fatihah kepada mangsa tragedi bas ekspres di yong peng itu..
cahayacinta gerun taku semua bercampur bila jemput nak pohon patah balik tidak berdaya.al fatihan.
BalasPadamDengar cerita Anim ni pun dah seriau....Tulah sejak kebelakangan ni banyak balik pulak cerita pasal bas eksiden
BalasPadamHanya yang pernah naik bas dan pengguna tegar saja dapat melaluinya dengan sabar. Satu bahan bacaan yang bermanfaat kak anim.
BalasPadamMmg cemas baca cerita aneem ni...saya follow sini...
BalasPadamalhamdulillah... semua dah selamat...
BalasPadamsaya baca pun rasa cemasnya... huhuhuhu
lamadah tak naik bus kak
BalasPadamdulu sebelum ada Irfan...selalu naik bus balik Johor/seremban
mcm2 pengalaman ada..
tapirasa rindu juga nak naik bus