Ada raya adalah marhaban aka bara'an (Jawa kata, heee) ..dah sinonim dengan budaya beraya di Johor. Selagi masih ada lagi baki hari di bulan Syawal...selagi itulah marhaban dari rumah ke rumah di adakan di kampung, di taman perumahan, marhaban sekolah, marhaban kawan sepejabat dan .....
Marhaban keluarga macam kami ni haaa. Lepas sesi bermaaf-maafan, Anim 9
beradik (2 bujang) and the gang ke rumah Pakcik Mail (adik abah) di
Kulai. Nasib baiklah Pakcik sendiri. Kalau oranglain, HARUS tutup pintu
dan tingkap..heee. Mau taknya..di sini kami menghabiskan 3 jug besar air
oren (sampai tuan rumah kehabisan ais), berbalang-balang biskut raya
dan "berebut-rebut" melicinkan ketupat dan rendang di meja makan sekali hadap...huhu
Dari Kulai, Encik Suami mengajak ipar dan birasnya ke rumah MIL dan FIL di Kota Tinggi. Terkejut family kecil Encik Suami agaknya bila diserbu rombongan marhaban dari Kluang .Pendekata, ketupat dan rendang MIL kat dapur tu tak berbaki le sampai ke malam...heeee.
Malam Syawal ke 5 ..ada marhaban kaum wanita taman perumahan rumah Mak . Lama tak merasai suasana "marhaban"ni. Mak kata rombongan marhaban ini akan singgah rumah penduduk yang terbuka pintu rumahnya. Kalau tertutup tu bererti tuan rumah tak bersedia menyambut rombongan marhaban ni. Lepas Maghrib depa mai...dimulakan dengan bacaan Marhaban. Selawat dan salam ke atas Junjungan Nabi Muhammad Sollallahu Alaihi Wassalam.
Ketua rombongan marhaban mengetuai doa ke atas tuan rumah.
Ucapan wakil tuan rumah (adik lelaki Anim yang paling tua)..menyatakan penghargaan terima kasih kerana sudi hadir dan memohon maaf andai ada kesalahan bagi pihak ahli keluarga.
Kat rumah makan ringan-ringan dulu. Makan dihidang secara kelompok (rumah jiran paling last depa bermarhaban). Kata Mak, nak elak pembaziran. Kalau setiap rumah depa masuk makan..makan. Alamat tiba rumah ke5, pakat pandang sajalah. Kesian tuan rumah, penat je masak. So, kalau kelompok...ada 2,3 tuanrumah boleh share juadah. Contoh si A buat roti jala, si B buat kari ayam. Buat kami lak..macam tahun-tahun lalu jugak..
m a k a r o n i s u p ; cepat, senang dan mudah.(lupa nak snap gambar). Dan katanya...itulah yang licin dulu :D))
Kanak-kanak juga yang beruntung....banyaklah dapat kutip duit raya.
P/S Sesetengah tempat...disediakan cenderahati tanda ucapan terima kasih kepada tetamu yang sudi berkunjung.
tempat kami di simpang 5 batu pahat ... hari raya kedua pagi dah start marhaban dan satu kampung.... semoga amalan ni dapat dikekalkan...
BalasPadamrumah MIL raya pertama tapi kami tak berkesempatan "bertembung"..satu kampung lagi seronok..bermotor-motoran!
Padamkalau raya belah en abg munna...merasa juga menyambut rombongan baraan ni kat rumah MIL....
BalasPadamoo..bersuamikan orang johor jugak ke? sesekali je dapat "bertembung" dgn rombongan baraan ni..mmg best
Padambagus ya ada marhaban. pasti ada zikirullah dan qasidah membesarkan Allah..tahniah ya anim
BalasPadamselain itu, dptlah berkenal mesra dan bermaaf-maafan dgn jiran setaman yg jarang2 jumpa...
PadamYe, kat johor mmg aktif marhaban masa raya....
BalasPadamKulai kat mane tu?
Saya pun dok dikulai...
AA, kadang2 terlajak sampai "31 Syawal"..huhuh.. pakcik dok kg.melayu, tak jauh dari masjid.
Padam