Olehkerana Encik Suami masih lagi bertugas hari ni, plan nak balik esok. Nak balik malam ni lepas berbuka..takut mengantuk bila badan letih. Nak harap Encik Suami drive sorang, tak bolehlah...faktor usia dan kesihatan. So...keputusan sepakat dicapai, kami balik pagi Jumaat.
Kalau ikut schedule yang dikeluarkan PLUS (dari Lembah Klang), kami kena keluar sebelum 12 tengahari. Perjalanan dari SP ke KL dalam 4@5jam. Ni bermakna,dari Sg.Petani kami kena bertolak lepas makan sahur dan solat Subuh di perjalanan. PLUS menjangkakan trafik akan meningkat sebanyak 30% iaitu 1.4 juta kenderaan sehari sempena cuti Hari Raya berbanding 1.1 juta kenderaan pada hari biasa.
REBAT TOL
- Tawaran kepada pengguna yang membayar tol secara letronik via kad PLUSMiles, kad Touch ‘n Go atau SmartTAG hanya di Lebuhraya Utara-Selatan, NKVE, Federal Highway Route 2, Lebuhraya Seremban-Port Dickson , Lebuhraya ELITE , Lebuhraya Linkedua dan Lebuhraya Butterworth-Kulim
- 20 % rebat tol pada 15, 16, 22, 23 dan 31 Ogos ini.
- Bagaimanapun pengguna yang melalui tol plaza Tanjung Kupang, Bukit Kayu Hitam, Jambatan Pulau Pinang dan Bangunan Sultan Iskandar tidak berpeluang menikmati rebat tol ini.
P/S Nampak macam tak berpeluang je dapat rebat tol ni...
salam...slmt hr raya. Moga selamat sampai.
BalasPadammaaf zahir batin.
salam...slmt hr raya. semoga slmt sampai.
BalasPadammaaf zahir batin.