Home · About Me · Sitemap ·

Panduan Solat Menghormati Waktu Dalam Pesawat


TAKRIF SOLAT MENGHORMATI WAKTU 

~ Solat fardhu yang didirikan seseorang yang tidak ada kemudahan @ kemampuan untuk bersuci atau berhalangan air. Memandangkan di dalam pesawat, masalah kemudahan air dan tempat adalah terhad. Tambahan pula persoalan keselamatan pesawat dan penumpang adalah diutamakan, maka Islam mengharuskan seseorang itu mengerjakan solat tanpa wuduk dan tanpa menghadap kiblat.

SOLAT DALAM KENDERAAN

Niatnya sebagai contoh: "Sahaja aku solat fardhu Subuh dua rakaat menghormati waktu kerana Allah Taala"
~ Seseorang yang melakukan solat menghormati waktu WAJIB MENGULANGI SOLATNYA apabila sudah memperolehi kemudahan atau kemampuan untuk bersuci atau tidak berhalangan menggunakan air jika waktu solat tersebut masih ada.
~ Jika waktu solat itu sudah luput, wajiblah seseorang MENGQADA'KAN SOLAT tersebut.

PERLU DIINGAT, BIAR BETAPA SUKAR DAN SULIT SEKALIPUN, SOLAT TETAP TIDAK BOLEH DITINGGALKAN. JIKA TIDAK BERUPAYA MENUNAIKAN SOLAT DI DALAM KEADAAN BIASA, HENDAKLAH DITUNAIKAN SECARA YANG TERMAMPU OLEH SESEORANG

1. Duduk dengan menegakkan badan sambil memasang tali pinggang keledar di tempat duduk. Hendaklah dibuka kasut semasa solat kerana dibimbangi terkena najis. (Lihat gambar A)

2. Tidak perlu menukar posisi tempat duduk untuk menghadap kiblat kerana pesawat yang kita naiki itu sering mengubah arah, memadailah dengan berada di tempat duduk asal.

3. Niatkan solat yang hendak ditunaikan semasa Takbiratul Ihram.

4. Bacaan-bacaan dalam solat ini adalah sama seperti solat biasa.

5. Rukuk hendaklah dilakukan dengan isyarat, iaitu dengan menundukkan kepala ke bawah sedikit serta badan dan kedua tangan diletakkan ke lutut. (Lihat gambar B)

6. Sujud pula peru dilakukan dengan menundukkan kepala dan badan terkebawah sedikit dari isyarat rukuk tanpa menggunakan meja makan atau menggunakannya seperti dalam gambar C.

7. Duduk di antara 2 sujud, duduk tahiyat awal, tahiyyat akhir dan memberi salam, adalah duduk seperti biasa semasa berada di tempat duduk pesawat. (Lihat gambar D)

~ Risalah ini diterbitkan oleh Pusat Maktamar Islam MAS(PMIM) & MAS Hajj &Charter Services dan mendapat kelulusan daripada Panel Kajian Syariah , Jabatan Kemajuan Islam, JAKIM  dan kerjasama Lembaga Tabung Haji  ~

P/S Anim menaiki Saudi Airlines, so berkesempatan solat Subuh berjemaah di ruang solat berdekatan kawasan crew cabin menyediakan makanan (muat 6 orang) yang ditutup oleh tirai kain. Pramugari Saudi Airlines yang dok buka dan katup tirai untuk kami.. Tapi waktu Subuh saja dibenarkan kerana waktu lain menyulitkan pergerakan cabin crew menjalankan tugas penyajian dan sebagainya.

Artikel berkaitan:

Maaf, tak berniat buat akak menangis!

Bapak ni...kat mana-mana disapa orang. Kat Safa Tower, ada yang datang bersalam dengannya. Kat hotel..sampai ke bellboy jadi kawan. Kat Jeddah Airport,  jemaah dari Indonesia ni menghampirinya dan bersembang macam dah kenal lama...

8 jam kami berada di Jeddah Airport. Alhamdulillah, segala urusan check in berjalan lancar. Penat duduk, kami berdiri. Penat berdiri, lepak, baring-baring di Prayer Area. Lepas tu...laparlah pulak. Makan le apalagi. Tak yah buat-buat terkejutlah time nak membayar. Dah nama airport, bukan kata KLIA saja, mana-mana pun sama. So, membayar SR 120 untuk 2 set nasi Arab yang dikongsi ber4 (MIL dan FIL berlaukkan ayam dan kami lak berlaukkan ikan) ...layan ajalah.

Yang teramat heran...tahun ni bawa duit sama banyak macam tahun lalu (SR3000 sahaja)...tapi Saudi Riyal masih banyak berbaki (walhal kali ni kalau makan , membayar untuk 4 orang). Ada dekat SR1000 dalam kocek beg....huhu.. Kalau orang lain dok perabih saki baki duit riyal tu kat airport, bagi Anim lak...udah-udahle tu bershopping.

Di dalam pesawat, Encik Suami duduk bersebelahan MIL dan FIL di ruang tengah. Anim pula duduk bersama 2 jemaah wanita segroup. Dapatlah berbual panjang dengan seorang kakak yang 7 tahun lebih tua dari Anim. Maklumlah....kat Mekah dan Madinah, masing-masing sibuk dengan urusan sendiri. Jumpa dalam bas atau lif atau time makan pun hanya dapat tegur sepatah dua ayat. Tak sempat sembang lama.

Terkejut bila dia beritahu jemaah yang Anim sangka adik perempuannya itu adalah MADUnya! Anim sangkakan dia buat umrah bersama keluarga adik perempuannya. Yalah, anak kecil yang selalu diusungnya ke sana sini pun rapat betul dengan kakak ni. Mana nak perasan! Hebatkan... boleh p umrah bersama-sama. Dahlah tu mereka tinggal sebilik, makan semeja, ke mana-mana bersama.....

Dia menyatakan terkilan kerana kunjungannya ke Madinah kali ini (tak tahu yang ke berapa) dia tidak berpeluang mengunjungi Raudhah. Dia dan madunya ke Raudhah malam tadi (lepas Isyak), tapi jemaah terlalu ramai . Akhirnya bila dah terlalu lewat....mereka terpaksa mengalah. Dia ingat nak cuba lagi pagi tadi tapi dah awal bertolak keluar dari Madinah, tak dapat jugak. (Sebenarnya dia lah jemaah yang memberitahu Anim yang dia serik untuk ke Ladang Kurma dalam entry terdahulu).

Jemaah yang sorang lagi beritahu dia pergi dengan jemaah sebilik. Mereka ber4 dapat masuk ke Raudhah (dia dan seorang jemaah lagi first time buat umrah). Mereka membuat kepungan untuk membolehkan rakan sejemaah bersolat. Mereka keluar dari masjid jam 12 malam. Lapar dan letih jangan cakaplah....maklumlah, ada di masjid sejak Maghrib lagi.

Anim tak berniat nak tunjuk pandai, tunjuk alim..kakak di sebelah Anim tu pun lebih tua dari Anim. Lebih berpengalaman, mengenali Nabi Muhammad Sallallahu Alahi Wassalam lebih lama dari Anim. Anim buka bicara. " Kalau orang datang rumah kita kan kak, dia duduk, dia masuk dapur, buka fridge, minum air, tengok bilik kita.. Lepas tu, baru dia bagi salam. Mesti kita kata dia tak ada adab, betul tak kak?" . 

Tanpa menunggu jawapannya, Anim sambung lagi.."Kita tiba di Madinah, kita kata nak menziarahi Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam . Tapi sebaliknya berlaku. Kita dah masuk Madinah. Kita ronda  dulu, tengok kawasan sekitar, beli kurma, ambil gambar sana-sini...lepas tu baru kita nak ziarah Nabi, baru nak bagi salam kat Nabi. Beradab tak kita?" Dia menyelubungkan badannya dengan selimut yang tersedia di pesawat Saudi Airlines dan terdiam.

Nak saja rasanya menyambung tentang "Adab-adab Berziarah ke Madinah" dalam Ringkasan Ihya' Ulumuddin karangan Imam Ghazali yang dibaca:-

~ banyakkan berselawat kepada Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam semasa dalam perjalanan
~ sebelum masuk Madinah, hendaklah mandi, memakai harum-haruman dan pakaian cantik
~ setelah masuk Madinah, hendaklah merendahkan diri sebagai penghormatan kepada Nabi.
~ setelah itu, terus ke masjid dan dirikan solat 2 rakaat berhampiran mimbar.
~ ziarah makam Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam dan memberi salam serta berdoa
~ kemudian mengucapkan salam buat Saidina Abu Bakar ash-Siddiq Radhiyallahu Anhu dan seterusnya mengucapkan salam kepada Saidina Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu Anhu
~ seterusnya beranjak ke Raudhah dan di situ dirikan 2 rakaat solat dan memperbanyakkan doa.
~ disunatkan berziarah ke makam para syuhada dan ke perkuburan Baqi serta menziarahi makam orang-orang terpilih.
~ kemudian pergi ke Masjid Quba' dan mengerjakan solat di situ.

Namun....tak sampai hati  bila Anim menyedari airmatanya berlinang. Sambil menyeka airmata  dengan selimutnya, dia bersuara, "Betul...betul kata awak  tu!"

~ THE END ~

P/S Teringin nak bersolat di Masjid Al-Aqsa ....

Artikel berkaitan:

Terbukakah hijabnya di Maqam Rasulullah?

 Pintu Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam serta sahabat . Gambar ihsan google

Nampaknya entry perjalanan umrah 2012 Anim sudah hampir nak tiba ke penghujung (last entry ada...cerita atas kapalterbang...heeee). Anim mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi berkunjung. Jauh disudut hati..niat Anim hanya ingin berkongsi dan semoga ada yang boleh dijadikan panduan dan teladan.

KESABARAN..itulah kesimpulan yang dapat dipelajari pada umrah kali ini. Setiap insan berhadapan dengan ujian cuma bentuk ujian saja yang berbeza. Dalam Quran pun dah banyak sebut tentang ujian. Bak kata Encik Suami, ibarat nak masuk U terbaik . kita sendiri akan menduduki peperiksaan. Dapat keputusan baik, barulah terpilih. Takkan senang-senang saja nak diterima masuk. Motivasi itulah yang menguatkan kesabaran di sana.

Setiap kali berdepan dengan kesukaran dan masalah, doa Nabi Yunus a.s yang menjadi amalan.

 لا إِلهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحانَكَ إِنّى‏ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمي
"Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau. Sesungguhnya daku adalah termasuk orang yang menzalimi diri sendiri" 

Dalam entry terdahulu, ada Anim beritahu kami akan bertolak ke Jeddah Airport jam 8.00 pagi. So, seawal 6.30 pagi. selesai solat Subuh, masing-masing menurunkan beg di lobby. Kami kemudiannya berkumpul diperkarangan hotel jam 8 pagi. Bas masih tak muncul-muncul. Kemudian muttawif memberitahu bas hanya akan tiba jam 10 pagi. Allahu Akbar...rasa ralat sangat.

Kami ada masa hampir 2 jam lagi untuk menunggu.  Encik Suami menghampiri Anim dan memberitahu yang dia nak ke masjid. Dia minta Anim bawa Mak dan Bapak naik semula ke bilik (dah check out...minta semula kunci, heee..sib baik bagi!).

@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Sewaktu hampir tiba di Masjid Nabawi, dia didatangi seorang perempuan. Perempuan itu menunjukkan isyarat tangan yang disuap ke mulutnya.Dia seluk kocek jubah, terkeluar SR10. Dihulurkannya kepada perempuan itu tadi,

Tak lama kemudian, datang lagi seorang perempuan yang membawa anak kecilnya. Perempuan ke2 ini menunjukkan isyarat menyuapkan tangan ke mulut anaknya. Seluk kocek lagi. Terkeluar lagi SR10. Dihulurkannya lagi dan terus menuju ke Raudhah.

Setiba di Raudhah, semua jemaah lelaki yang ada di situ sedang duduk mendengar tazkirah oleh seorang Tok Sheikh (Arab). Tak ada siapa pun dibenarkan masuk ke Raudhah. Masing-masing diarahkan duduk dan mendengar tazkirah tersebut. Dia yang kebetulan baru sampai, teruslah ke depan.Elok saja dia tiba di saf hadapan, tazkirah itu selesai dan polis kemudian memberitahu Raudhah dibuka sekarang!

Dah dia berdiri paling depan ...dia teruskanlah langkah. Ya Allah...dia berada betul-betul di barisan paling depan..di depan polis berkawal. Dia terus solat 2 rakaat. Syukur...hajat nya sejak semalam tertunai. Lepas solat. polis berkawal tak kata apa-apa. Dia pun terus sambung 2 rakaat lagi. Ambil kesempatan berdoa lama. Memikirkan dia akan bertolak ke Jeddah, dia pun bangkit untuk keluar dari Raudhah.

Dia pun berjalan menuju pintu Maqam Rasulullah dan mengucapkan Selamat Tinggal buat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan sahabat-sahabat. Dia menjengok ke arah lubang jeriji di pintu Maqam. Dia terpaku dengan apa yang dilihatnya. "Eh, betulkah apa yang aku nampak ni?" . Dia undur balik. Dia lihat lagi melalu jeriji yang lain. Allahu Akbar! Di sebalik cahaya samar-samar (seperti lampu yang diletakkan di balik kelambu, katanya) dia ternampak susunan batu-batu di situ. Ya Allah....beginikah rupa Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam dan para sahabat? Apakah memang disediakan lampu di Maqam tersebut? Tahun lalu semasa kunjungannya ke Madinah, dia turut menjengok juga ke sini tetapi gelap...tak nampak apa-apa.

Ya Allah...Dia tak henti bersyukur kalau itulah kurniaan rezeki dariNya ( yang pastinya melebihi dari segala hajatnya sebelum ini). Dia masih ragu-ragu dengan apa yang dilihatnya. Masih tergambar suaranya yang terputus-putus menceritakan peristiwa yang dialaminya. Perasaan gementar yang membuatkan bulu roma Anim berdiri sewaktu mendengar ceritanya itu...tetap ada tatkala tangan menaip entry ini.

~ Inilah rupa susunan bongkah batu-batu yang dilihatnya disebalik jeriji Maqam Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasalam dan sahabat . Dilukiskannya dengan pensil dan Anim "melukiskannya" dengan komputer semula~

P/S Hanya Allah SWT Maha Mengetahui. Kepada Allah kami memohon keampunanNya.

Artikel berkaitan:

MUHAMMAD dan AHMAD


Keluar masjid Nabawi, kami ber3 bersarapan dengan samosa besar berinti kentang , roti nan bersama kuah daging cincang (kima), kopi dan teh panas. Lama menunggu Anim dan MIL, Encik Suami menghantar Bapak balik bilik dan kemudian datang semula ke masjid. Encik Suami dan Bapak ambil keputusan tak ikut ziarah luar dan menunggu kami ber2. Walaupun hari ni, Encik Suami takde rezeki nak ke Raudhah, Anim beritahu Encik Suami , insya-Allah, hari lain, waktu lain...pasti Allah tunaikan permintaan hambaNya.

Disapa oleh MUHAMMAD, pelajar Mechanical Engineering di sebuah universiti di Mekah. MUHAMMAD ni asal Mekah, mai Madinah jalan-jalan. Macam-macam yang kami bualkan. MUHAMMAD mencadangkan kami mengambil teksi di depan jam Masjid Nabawi untuk menziarahi Masjid Quba dan lain-lain. Teksi di situ memang menunggu penumpang untuk berziarah katanya. Tq..tq...

Selepas menukar wang di Money Changer (kat Mekah, tak de Money Changer. Puas meronda. Tak jumpa macam tahun lalu. Nasib baik cukup duit yang dibawa untuk 6 hari di sana), kami p ke kedai kurma yang ditunjukkan MUHAMMAD. Kurma berinti kacang almond special untuk my anak murid. Kurma ajwa....plan nak beli di Pasar Kurma selepas ke Masjid Quba dengan teksi.

Selepas menjemput Bapak di bilik, kami mencari teksi seperti yang dimaklumkan MUHAMMAD. Teksi pertama, teksi baru. Serius perwatakan pemandunya. Try menawar tapi dia berkeras nak SR 80. Berjalan ke depan sikit, bertanya teksi ke dua di situ. Pun same rate..SR 80 jugak. Teksi buruk sikit tapi orangnya friendly. Mana pilihan hati? Teksi baru@teksi lama...pemandu serius@senyum memanjang? Sepakat.....kami memilih teksi lama itu!

Misi pertama, Masjid Quba. Sewaktu di dalam perjalanan, Encik Suami bercerita tentang sejarah Masjid Quba kepada Mak dan Bapak. Seolah-olah "macam faham" je apa yang kami perbualkan,AHMAD si pemandu teksi ikut menyampuk dalam bahasa Arab. Bila Encik Suami menyebut nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam..AHMAD turut berselawat atas Nabi. Mulutnya tak berhenti-henti menyebut Bismillah, Allahu Akbar, Masya Allah dan Subhanallah...Lucu jugak bila satu ketika  terkeluar perkataan "Majnun"dari mulut AHMAD kerana aksi satu pemandu lain yang memandu secara berbahaya...

Tahun lalu (Mac) , pokok kurma masih berbunga. Bulan Mei ni dapat tengok dia berputik. Insya-Allah, buat mereka yang berkunjung Ramadhan nanti...dapatlah dapat tengok dia berbuah. Lepas solat 2 rakaat, sesi mengenal pkok kurma. Seronokle Bapak....tak dapat tengok di Ladang Kurma, kat Masjid Quba pun jadilah. Sama jugak..heeeee

Ahmad, pemandu teksi, anak jati Madinah...macam Wahid Satay laa dia nih!

Bila kami minta AHMAD, menghantar kami ke Ladang Kurma, dia menggeleng-gelengkan kepala sambil menyatakan sesuatu dalam bahasa Arab.

AHMAD kemudiannya berhenti di depan sebuah kedai. AHMAD tunjuk ibu jarinya. Ooo..agaknya AHMAD  nak beritahu kurma kat kedai nilah yang paling best sekali. Tepat sekali...kurmanya tip top. Kurma ajwa ada 3 saiz, S (SR 60), M (SR 80) dan L (SR 100).Rasanya memang yang terbaik. Lembut kurmanya. Masih baru. Jauh berbeza yang kami beli di L a d a n g  K u r m a tahun lalu. Semua pelanggan kedai ni orang Arab. AHMADlah yang sibuk sama menimbang dan mulutnya sibuk mengarahkan toke buat itu dan ini. Si Tok Arab, toke kedai ni tak abis-abis menyebut "Malaysia, masya-Allah". Suka tengok orang Malaysia borong kurma agaknya, hihi. Sengih lebarlah dia bila kami membayar lebih SR1500 untuk kurma!

Tahun ni memang banyak borong macam2 jenis kurma. Ole-ole lain tak beli sangat (Barangan di Madinah tak murah macam tahun lalu. Sama je dengan Mekah. Adakala lebih mahal!! ) Ramadhan tahun ni kita tak cari kurma Yusuf Taiyoob yaaa...heeee.

Alhamdulillah...lega sangat. Tiba hotel sebelum Zuhor. Mak pun senang hati. Kurma dah beli. Group yang berziarah luar tak nampak bayang lagi. Apa cerita depa agaknya. Kalau ada rezeki ke Madinah, singgahlah kedai kurma ini. Tak jauh dari Masjid Quba...Memang puas hati.

P/S  MORAL : Senang Tok Arab namakan anak2 lelaki mereka. Rata-rata yang kami temui bernama MUHAMMAD dan AHMAD.


Artikel berkaitan:

Rezeki kita di Raudhah, Mak.

 Pinjam google. Bawah kubah hijau terletaknya Maqam Rasulullah. Bawah kubah putih tu Raudhah!
     (Kamera dan smart phone tak dapat bawa masuk di bahagian wanita...so no picture was taken..)

"Ana, Raudhah. Malaysia" sambil menunjukkan telekung yang dipakai kepada petugas Masjid Nabawi usai solat Subuh. Dia kemudiannya menunjukkan satu arah. Nun di sana, lebihkurang 4 saf jemaah bertelekung putih disatu sudut dengan papan tanda di tiang masjid "MALAYSIA". Indonesia  ada. Singapore ada. Rupa-rupanya kumpulan yang bercakap Bahasa Melayu diletakkan di bawah MALAYSIA.Kumpulan MESIR  juga ada papan tanda . Yang lain-lain, Turki, India, Pakistan, Iran tak nampak pulak.

Menyapa jemaah dari Gombak yang datang bersama anaknya (nama anaknya juga Hanim you...),  Anim mendapat tahu mereka telah mencuba tengah malam tadi untuk ke Raudhah tapi tak berjaya kerana bilangan yang ingin masuk ke Raudhah  terlalu ramai dan mereka tertewas semasa berasak-asak dengan jemaah dari negara lain yang lebih kuat dan besar saiz badannya! "Kaedah baru" mengasingkan jemaah mengikut kumpulan negara baru pagi ini dilakukan katanya.

Pengalaman menyaksikan dome ini terbuka macam pintu sliding. Tak de suara bising pun macam yang dikatakan. Ramai jemaah tak perasan. Bila kami mendongak ke atas, barulah depa turut sama mendongak!

Hampir sejam menunggu... jam 6 pagi kalau tak silap, Kubah Masjid Nabawi di atas kepala kami dibuka perlahan-lahan seperti sliding door. Masya-Allah, pengalaman baru tahun ini. Ralit mata memandang langit biru terbentang. Terasa angin masuk menyejukkan badan kami. Masih tak ada tanda kami akan dibenarkan masuk ke Raudhah. Sorang demi seorang jemaah bertelekung putih surrender. Bangun meninggalkan masjid. Mungkin ingin mencuba di waktu lain. Anim dan MIL tetap menunggu di situ.

Telefon Anim berbunyi. Encik Suami mengatakan dia sudah berada di hotel menghantar Bapak balik bersarapan pagi. Tambahnya lagi, jemaah travel group kami akan melakukan Ziarah Luar ( ke Masjid Quba, Masjid Qiblatain dan Ladang Kurma) jam 6  pagi. Terkejut juga bila plan berubah. Ikut plan asal, pagi ni Ziarah Dalaman dulu, melawat sekitar Masjid Nabawi dan Raudhah. Anim beritahu Encik Suami "kaedah" ke Raudhah sudah berubah pagi ini. Anim pun tak pasti jam berapa kami akan dibenarkan masuk.Anim minta izin untuk terus menunggu. Hajat nak berpuasa Khamis di Madinah tak tercapai, izinkan Anim menziarahi Makam Rasulullah dan ke Raudhah pagi ini.

MIL gelisah bila dapat tahu group kami akan melakukan Ziarah Luar pagi ini. MIL risau hajatnya nak membeli kurma di Ladang Kurma tak tercapai. Maklumlah...kat Mekah, MIL hanya membeli barangan lain. Risaulah MIL kerana jiran tetangga turut mengirim kurma Ajwa! Anim memujuknya. Kalau sempat kita pergi. Kalau tak, anggap saja tak ada rezeki kita ikut depa. Kita cari kurma kat tempat lain.

2 jam menunggu, Anim mengajak MIL mengerjakan Solat Dhuha. Kawasan sempit, solat di celah-celah jemaah bertelekung putih duduk. So, laluan diberikan kepada MIL dahulu. Kemudian giliran Anim. Anim mengajak Makcik dari Gombak tadi bersolat Dhuha. "Mudah-mudahan dipermudahkan urusan kita ke Raudhah, makcik". Dia kemudiannya mengambil giliran. Tak lama kemudian, menderu jemaah dari negara lain berlari ke satu arah. Pintu ke Raudhah dibuka! Masya-Allah, situasi yang cukup mencemaskan. Mereka menuju ke situ tanpa menghiraukan apa yang ada dihadapan mereka. Seorang budak kecil yang sedang baring di kawasan karpet, hampir dipijak! Menjerit kecillah kami, jemaah bertelekung putih!

Ada beberapa jemaah bertelekung putih bangun dan ingin turut serta bersama kumpulan tadi namun dihalang oleh petugas Arab berpurdah. "Duduk dulu Ibu, duduk..duduk". Bila jemaah bertelekung putih kembali duduk, petugas memuji-muji "Good. Malaysia Good". MIL terkejut dengan apa yang disaksikannya di depan mata. "Dulu masa Mak pergi, tak macam ni. Mak boleh pergi hampir ke Maqam Rasulullah, boleh sentuh jeriji di situ". Anim pun beritahu MIL, pengalaman ini juga berbeza dengan pengalaman Anim t a h u n  l a l u. Anim beritahu MIL, kita ikut sajalah. Petugas kata tunggu, kita tunggu. SMS masuk sekali lagi. Encik Suami memberitahu group kami telah berangkat melakukan Ziarah Luar. Dia juga sedang berjalan semula ke masjid. Bapak ditinggalkan di bilik kerana tak mahu ikut.

Tak lama kemudian, kami diarahkan untuk bangun dan mengikut petugas masuk. Rupa-rupanya ke satu lagi stop. Duduk lagi di situ. Makcik Gombak bersama anaknya ntah ke mana. Sebelah Anim pula seorang jemaah dari Kajang yang peramah (muda dari Anim) . Tempat kami duduk dipisahkan oleh tabir-tabir plastik putih. Hanya tiang-tiang dan kubah hijau Maqam Rasulullah kelihatan. Kami kemudiannya "berbincang" bersama seorang lagi jemaah Malaysia, yang mana satu Makam Rasulullah, yang mana Makam Sahabat, Abu Bakar dan Umar. Jemaah dari Kajang tu baru balik Umrah bulan Mac. Tak sampai 3 bulan sudah datang semula. Rezeki Allah bagi....seronokla kami bersembang. Bukan isu kosong, isu international, isu agama. Anim terpandang 2 jemaah "Minah Salleh" dalam kumpulan MALAYSIA. Kata jemaah Kajang, jemaah "Minah Salleh" ni petugas Arab masukkan dalam group MALAYSIA sebab kita ni lembut sikit. Tak kasar, senang diberi arahan, mudah mengikut, tak melawan!! Oooo...gitu rupanya. (Note: di sebalik tabir putih tu kedengaran riuh rendah kumpulan wanita negara lain, yang menangis kuat, yang menjerit...aduhai, kenapalah mereka berkelakuan begitu berhampiran Maqam Rasulullah dan sahabat)

20 minit berlalu. Kami kemudiannya diarahkan bangun dan bergerak mengikut petugas (papan tanda MALAYSIA masih ditangannya). Kami sudah menghampiri Maqam Rasulullah...sudah hampir ke Raudhah. Airmata bagai tak mampu dibendung. Tiba-tiba kami diarahkan duduk di stop ke3 di sebelah kanan (Raudhah di kiri!). Terpinga-pingalah kumpulan bertelekung putih yang setia. Ada beberapa jemaah bertelekung putih terlepas dari pengawasan petugas. (Anim sentiasa ingat...Anim bawa MIL, tak boleh ikut kata hati Anim). Tak apalah...sabar ajalah. Robbi Yassir Wala Tu' Assir..Wa Tammim Bil Khair. Alangkah gembiranya, dalam 10 minit kemudian, kami diarahkan bangun dan menuju ke Maqam Rasulullah dan sahabat. Anim mengajak MIL berdiri di satu sudut dan memberi salam kepada Rasulullah dan sahabat. Kemudian, kami menyampaikan salam dari rakan-rakan yang mengirim salam. Alhamdulillah, kami telah berada di atas karpet hijau (hijau-hijau kekelabuan) Anim menunggu giliran di satu kawasan berhampiran tiang. Pada mulanya Anim ingin memberi ruang kepada MIL dahulu (Anim jaga MIL solat) tapi rezeki di Raudhah..hamba Allah yang bersolat di sebelah tempat Anim berdiri bangun dan ini memberi ruang untuk MIL bersolat di sebelah Anim.

Anim bersolat 2 rakaat. Aduh....tak boleh nak gambarkan perasaan Anim waktu itu. Benarlah. Hanya mereka yang telah ke Raudhah saja dapat menggambarkan ketenangan bersolat di sana. Selesai solat 2 rakaat, tak ada siapa yang menanti untuk mengambil tempat Anim. Tak ada pulak petugas yang "menghalau". Anim ambil keputusan menyambung 2 rakaat lagi. Setelah selesai, ruang solat tadi masih lagi kepunyaan Anim. Syukur Ya Alla..Anim ingin bersolat lagi. Anim menoleh ke sebelah. MIL sudah tak ada. Rupa-rupanya dia bangun setelah selesai 2 rakaat. Dia berada di belakang Anim. Anim yang berniat untuk jaga MIL solat, rupa-rupanya sebaliknya terjadi! (Note: Ada sekumpulan jemaah yang membuat kepungan supaya jemaah segroup tidak dilanggar, ditolak ketika solat)

Anim kemudiannya mengambil keputusan untuk membawa MIL keluar. Rasa syukur yang tak tergambar diucapkan tatkala keluar dari kawasan Raudhah. Jam 9 pagi kami dapat keluar dari masjid, dalam redha ditinggalkan oleh group travel yang berziarah luar, Allah berikan sesuatu yang bagi Anim jauh berharga dari itu semua. (Moral : Kesabaran membuahkan hasil). Next time bagi yang nak ke Raudhah...ikutlah group MALAYSIA. Insya-Allah....ada ruang untuk kita melakukan solat dengan penuh ketenangan, tidak bertolak-tolak, tidak berhimpit-himpit!

P/S Apa cerita bila keluar masjid? Panjang dah n3 ni...next entry, kay.

Artikel berkaitan:

Perjalanan ke Madinah....ampunilah kami!

 Doaku supaya dapat ke sini lagi bersama ibubapa dan saudara2 kandungku...

Dalam banyak ceramah agama/haji, sering diperingatkan agar jemaah membetulkan nawaitu masing-masing ke Tanah Suci. Ada jemaah yang berniat untuk beribadah,ada yang ingin mencari ketenangan, ada mencari hidayah (dan jodoh barangkali), ada yang berniat untuk melancong, ada yang datang kerana mencari peluang perniagaan dan ada juga yang mencari "sesuatu" bagi membantu hidupnya agar bertambah rezeki walaupun "sesuatu" itu dilarang dalam Islam . Sesungguhnya Allah akan sentiasa menunaikan permintaan hambanya.

Sukar nak menceritakan sesuatu yang tidak elok berlaku apatah lagi jika cerita kita itu mengaibkan individu lain. Namun memikirkan niat untuk memberikan pengajaran dan iktibar, keampunan dari Allah yang dipohonkan andai niat disalahtafsir  

Setelah tawaf wada' selepas Zuhor, kami dijangka bertolak ke Madinah dalam jam 3 petang. Tapi kerana kelewatan bas, kami bertolak sejam kemudian. Perjalananan ke Kota Suci Madinah dimulakan dengan doa dan selawat ke atas Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam .  Doa "Robbi yassir wala tu'assir, wa tammim bil khair" Ya Allah, berilah segala kemudahan kepadaku, janganlah Engkau beri kesusahan dan sempurnakanlah semua hajatku dengan sebaik-baiknya" tidak putus-putus dibaca.Rindunya untuk bertemu denganmu, Ya Rasulullah...


Alkisah, ada seorang hamba Allah ni dari mula masuk bas dah mula menunjukkan kelakuan yang kurang menyenangkan. Ada saja yang diperkatakan. Pendekata berhenti sekejap...lepas tu sambung semula. Mula2 jemaah lain dok gelak, gelihati tapi makin lama terasa pelik. Keluarlah ayat yang bukan-bukan...perjalanan dah sampai Nilai, sampai Ayer Keroh (Ya Allah...dia menyamakan perjalanan ke Kota Suci Madinah dengan highway Utara-Selatan). Hingga ke satu tahap dia bercerita tentang "toyol" di dalam beg sandangnya.

Menjelang Maghrib, dia masih lagi tak berhenti bercakap. Kali ni dia ke depan duduk bersama pemandu. Pada mulanya, kedengaran bacaan ayatul Qursi dan beberapa bacaan Al Quran. Kemudian keadaan menjadi tak "terkawal" bila lagu dari Wali Band "Mencari Jodoh" berkumandang. Ya Allah, Anim yang duduk di tengah-tengah bas bersama Encik Suami hanya mampu beristighfar. (Tak pasti dari mana lagu2 itu diperolehi, CD? Pen-drive? Handphone?)

Bagai nak pecah gegendang telinga bila lagu itu diperdengarkan. Ya Allah.. perjalanan ke Madinah untuk berkunjung ke Kota Suci Madinah, untuk menziarahi Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasallam yang sepatutnya dipenuhi dengan selawat ke atas Baginda dicemari dengan perkara-perkara mungkar ini. Siapakah yang akan bangun untuk menegurnya?

Perjalanan terasa begitu lambat sekali. Perjalanan dari Mekah-Madinah dijangka mengambil masa 7 jam. Berlalu waktu Maghrib, menjelang pula waktu Isyak. Tiba-tiba kedengaran lagu "Madu Tiga" oleh Allahyarham P.Ramlee di dalam bas. Anim berbisik kat Encik Suami,jangan kerana dia seorang, 36 penumpang(termasuk driver) dalam bas dapat DOSA. Encik Suami terus bangun dan berjalan ke arah mutawwif yang duduk di hadapan dan minta tutup radio. Keadaan menjadi sunyi sepi buat seketika. Dalam menahan kemarahan tak taulah samada didengari atau tidak oleh jemaah lain.. terkeluar juga dari mulut Anim "Ini bukannya rombongan nak ke Genting Highlands atau Cameron Highlands"..Ya Allah, ampunilah kami semua. Selamatkanlah perjalanan kami....

Kami tiba di Kota Madinah lebihkurang jam 11.30 malam. Suasana sunyi sepi kembali riuh. "Macam bandar Muarlah" , "Oooo ...... shopping..shopping". Dan kemudiannya bila bas berhenti untuk menurunkan jemaah di depan hotel...sekali lagi kami beristighfar bila terdengar.."Ok. Kita dah sampai dah. Sini Chow Kit, sana Bukit Bintang"

P/S Mulut jangan celupar baik di Kota Mekah mahupun Kota Madinah Al-Munawwarah.

Artikel berkaitan:

Doa siapa yang maqbul agaknya?

Diberi masa 15 minit saja oleh pemandu bas untuk turun di Jabal Thur. Di Jabal Thur  itulah terletaknya gua Thur yang menjadi tempat Nabi Muhammad Sallalahu Alaihi Wasallam bersembunyi dengan Saidina Abu Bakar r.a. dari kaum Quraisy . Banyak unta berhias dan ramai peniaga pulak tahun ni kat sini..tahun lalu tak ada!

Kami kemudiannya diberikan masa lebih sewaktu ke Jabal Rahmah (bukit penuh rahmat). Ada tugu monumen di atas sana. Berbeza dengan Jabal Thur dan Jabal Nur (gua Hira' di situ), di Jabal Rahmah sudah tersedia anak tangga untuk tiba di puncaknya.  Di Jabal Rahmah nilah tempat pertemuan semula Nabi Adam a.s dan Hawa yang terpisah setelah diturunkan ke bumi. Kerana di Jabal Rahmah ni dikatakan tempat terbaik untuk berdoa meminta jodoh (dan jodoh lagi..dan lagi...faham-faham sendirilah !)..maka ramai yang mengambil kesempatan untuk naik ke atas.

Tiada unta di Jabal Rahmah tahun ini. Bersih sedikit kawasannya dari najis unta. Mana unta  sudah pergi? Pedagang tetap ada...MIL ni ramai kawan, ramai saudara, jiran tetangga.....ada peluang lontar duitlah!

Teringat pengalaman lucu yang diceritakan oleh penceramah haji berkenaan Jabal Rahmah ni waktu dia bertugas membawa jemaah ke sini tak lama dulu.

Kejadian itu menurutnya berlaku semasa jemaah nak pulang semula ke bas . Semua dah ada di tempat duduk masing-masing kecuali sepasang suami isteri dalam lingkungan 50an.Ustaz ni mulalah mencari sana sini.Akhirnya, muncullah si suami seorang diri. Ustaz bertanyakan lelaki itu, di mana isteri beliau? Dia terkejut lalu mengatakan dia sangkakan isterinya sudah turun dan menuju ke bas. Tambahnya bila dia berada di atas Jabal Rahmah dan berdoa di sana, isterinya ada di situ. Bila selesai berdoa, kelibat isterinya tiada. Dia pun terus turun.

Mana pulak pergi makcik ni kata Ustaz. Takkan sesat dan salah bas  kot. Ustaz risau, si suami risau. Lebih kurang 10 minit kemudian,barulah nampak makcik ni muncul. Si suami sibuk bertanyakan si isteri ke mana dia pergi tadi tapi si isteri hanya diam membisu. Sewaktu si suami bergerak naik ke bas, Ustaz menghampiri makcik tadi dan bertanya di mana dia berada sewaktu dicari. Jawapannya menggelikan hati Ustaz, "Lepas suami saya selesai berdoa di puncak Jabal Rahmah tadi dan turun, dia tak sedar saya naik atas semula untuk berdoa pula supaya Allah tak makbulkan apa yang didoakan oleh suami saya tadi "

P/S Boleh faham maksud tersirat ?




Artikel berkaitan:

Bekalan ke Tanah Suci

Bagitau Bapak...kalau musim haji lagi ramai dari ini. Biar dia tak terkejut...

Pertama, ILMU.

Anim ni jahil, banyak kekurangan ilmu. Kerana itu setiap hari Anim berniat untuk menuntut ilmu (Sentiasa ingat, kalau kita mati dalam menuntut ilmu dikira mati syahid..) Walaupun ini umrah kali ke 2 buat Anim, pengalaman, dugaan dan ujian yang diberi adalah berbeza. Bukan bertujuan untuk membuka aib sesiapa, kadang-kadang terjumpa ayat-ayat berbagai nada dari mereka yang menziarahi sahabat handai yang baru pulang dari Tanah Suci. Contohnya:
1- "Laa,  tak dapat buat 7 kali umrah? 7 kali umrah kan dapat haji kecil".   
2- " Dapat kucup Hajarul Aswad tak?"
3- "Sekali je pergi Hijr Ismail. Jiran saya 7 hari kat Mekah, 7 kali dapat masuk Hijr Ismail"
4- "Berapa kali dapat pergi Raudhah?.Kawan saya p...hari-hari dapat masuk"

Alhamdulillah, ada jemaah yang kuat tubuh badannya. Dalam sehari, 2X buat umrah. Rasa-rasa bukan 7X umrah dapat, lebih dari itu. Of course sudah bergelar Haji Kecil! Namun dalam tazkirah beberapa Ustaz yang dianjurkan pihak travel, ada menasihatkan jangan kita tamak dalam melakukan ibadah umrah itu. Sedekahkan pahala umrah itu kepada mereka yang kita sayangi, ibu bapa kita contohnya baik yang telah meninggal dunia mahupun yang masih hidup (kalau masih hidup, kita minta izin). Janganlah kita bermegah dengan ibadat kita kerana berbangga dengan ibadat sendiri menjadi racun buat diri kita.

Kat Mekah, kalau nak wakaf Al-Quran di Masjidil Haram kena cari kedai buku. Kata nak "Wakaf Masjidil Haram", dia akan bagi yang SR50 senaskah (kecil). Lepas dia cop "wakaf", kita boleh bawa sendiri@minta dia tolong hantar ke Masjidil Haram. Di Madinah senang sikit, depan Masjid Nabawi tu ada penjual menunggu. SR50 dapat naskhah besar, yang kecil SR20 sahaja.

 Setiap kali memandang Baitullah, pasti ternampak tangan-tangan yang bergayut di sekeliling Kaabah dan multazam. Bagi jemaah lelaki, soal aurat tidak menjadi masalah. Berbeza dengan jemaah wanita. Dalam ceramah haji ada ditekankan, dalam mengejar yang sunat, jangan dilakukan yang haram. Mustahil kata Ustaz, badan wanita tak tersentuh oleh lelaki bukan mahram dalam keadaan bersesak dan bertolak itu. Tak dapat kucup, kita istilam saja dari jauh! Namun jika ada jemaah wanita yang dapat mengucup Hajarul Aswad dalam keadaan sempurna, dipermudahkan perjalanannya..itu rezeki dan kurniaan dari Allah SWT.

Begitu juga dengan bersolat dan berdoa di Hijr Ismail serta di bawah Panchur Emas. Apalagi di Raudhah. Ada yang hanya dapat berdoa, tak dapat bersolat. Ada yang dapat bersolat tetapi tak dapat melakukan dengan sempurna. Ada yang diberi kelapangan, bersolat seperti biasa.Ada yang bersolat dengan penuh ketenangan. Ada pula yang dapat mencium bau wangi yang tiada tolok bandingnya di Raudhah.  Itu semua rezeki dari Allah..

Ibadah bukan setakat solat, beriktikaf , membaca Quran dan berzikir. Memberikan sedikir ruang solat kepada jemaah lain, menghulurkan air zamzam kepada jemaah yang menunggu di belakang kita tatkala kita sibuk memenuhkan botol air kita pun dikira ibadah apatah lagi jika dapat membantu jemaah yang kurang upaya atau lebih tua dari kita. Ingatlah yang kita ni semua HAMBA Allah. Kalau ikut tafsiran HAMBA, bermaksud paling miskin, paling bodoh, paling lemah. Dari mana pun kita, banyak mana pun harta kita, besar mana pun pangkat kita, mulia mana pun keturunan kita...kita tetap HAMBA Allah.

Kedua, KESIHATAN

Kat tempat kita, kalau panas pun ada pokok. Kat Mekah, hanya ada bangunan. Tu bahang cuaca panas boleh buat muka putih jadi merah, macam udang masak. Orang Malaysia ni kata satu doktor, kurang minum air zamzam kat Mekah. Walhal air zamzam dahle free, banyak pulak tu (Tapi kat Malaysia, sanggup beli walau mahal). Alasannya takut rasa nak terkencing kat dalam masjid, susah nak p toilet yang jauh di luar. Tu sebab bila jemaah masuk hospital, yang dikesan ialah kekurangan air dalam badan. Jemaah dinasihatkan minum 10 botol air 500ml atau 5 botol air 1liter SEHARI di sana.

Salah satu sebab jemaah masuk hospital ialah kerana paru-paru berair. Kalau kat Malaysia, bila mandi malam, baru kena paru-paru berair. Tapi di Mekah sebaliknya. Mandi siang kena paru-paru berair (kerana badan kita panas). So, dinasihatkan mandi malam@awal pagi. Kalau rasa panas waktu tengahari...lap-lap aja. Satu lagi, dek kerana air kat hotel tu adalah air laut yang diproses (bahan kimia) maka doktor menasihatkan kalau boleh tak payahlah mandi dengan sabun. Ala, kat sana cuaca kering, peluh kita tak berbau macam kat Malaysia. Bukan apa, kalau tak kena gaya boleh gatal-gatal badan.

Satu lagi, janganle balik ke hotel dalam cuaca panas, terus masuk bilik buka air-conditioned. Rehat-rehatlah dulu, duduk-duduk kat lobi, kat dewan makan. Mau tak terkejut badan kita, dari panas membahang kat luar...tiba-tiba sejuk! Insya-Allah...kalau ikut nasihat, sihatlah kita sepanjang masa di sana. Namun jika diuji juga, redhalah.

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."   (Surah Ali Imran, ayat 142)



P/S Bekalan DUIT...nak beli ole-ole untuk orang kampung!

Artikel berkaitan:

Ribuan orang bersolat untuknya....

Rezeki umrah tahun ini .........(tahun lalu tak berpeluang langsung menyaksikan sendiri depan mata)


Kalau mukanya tidak ditutup, jenazah masih dalam keadaan berihram. Ihram itulah kapannya. Ramai yang berebut untuk mengusung jenazahnya. Ribuan pula yang bersolat dan berdoa untuknya.Cuma tak dapat jawapan mengapa ada yang berkapan hitam, berkapan hijau dan berkapan putih..

P/S  Bagaimanakah keadaan kita bila nafas ditarik nanti?


Artikel berkaitan:

S.A.B.A.R

S.A.B.A.R hanya 5 huruf tapi terlalu mahal harganya dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkataan SABAR banyak diulang-ulang dalam Al-Quran dan betapa hebatnya SABAR kerana ada disebut akan janji Allah SWT  bersama orang-orang yang sabar.

Ada jemaah yang mengatakan ujian sabar mereka hebat kerana membawa anak kecil. Memang kita tak nafikan, bukan kat Mekah sahaja, kat Malaysia sendiri pun...kita boleh tengok payahnya membawa anak kecil ke mana-mana. Namun...anak kecil mampu diuruskan bila kenyang dan tidur.

Ada pula yang membawa anak-anak dalam lingkungan umur 12 tahun ke bawah mengatakan mereka juga diuji sabar. Namun...seperti anak-anak kita juga, jika kena ganjaran dan pujukan, mereka boleh ikut kata kita. Ada jemaah yang memberi ganjaran kepada anaknya (9 tahun) menaiki kerusi roda kawalan sendiri di Tingkat 2. Ibu Farid (seiras Salahuddin) yang gambarnya ada dalam entry sebelum ini pula memberitahu "Uddin" diberi ganjaran makan.

Seorang jemaah  mengatakan sabarnya diuji kerana membawa ibunya yang berkerusi roda . Pergerakannya agak terbatas.Namun tidakkah dia tahu dia beruntung kerana ibunya yang duduk di kerusi roda hanya mengikut arah orang yang menolaknya..ke kiri atau ke kanan, malah di Raudhah sendiri ada laluan khas untuk mereka yang menggunakan kerusi roda bersama pembawa.

Lantas, adakah mereka yang membawa ibu bapa yang sihat tidak diuji dengan sabar? Jawapan Anim, kalau budak, dia ikut kata kita. Kalau orang tua..kita kena dengar kata dia...Haaa...dalam maksudnya. Kerana itu Encik Suami selalu ingatkan Anim, niatkan ke Tanah Suci kali ni "bersama-sama" dan bukannya "membawa" MIL dan FIL menunaikan ibadah umrah. Pada MIL dan FIL juga diingatkan "bersama-sama" dan bukannya "mengikut@dibawa" anak mengerjakan umrah. 

 
Olehkerana FIL ni banyak angin, wuduknya tak boleh bertahan lama.Dari hotel ke Masjidil Haram pun dah terbatal wuduknya. So, kalau datang awal ke masjid,kena pilih kawasan solat tak jauh dari kawasan air zamzam. Pilihan FIL, masuk ke Masjidil Haram ikut laluan atas jambatan (Tingkat 2).

FIL pun tak boleh solat tempat sesak, ramai orang. Dia bingung bila berasak-asak keluar. Maklumlah ini kunjungan pertamanya.Musim umrah kali ni, Top Roof dibuka untuk jemaah lelaki (hanya dibuka masa musim haji). Sesekali Encik Suami bawa bersolat di sini, berbumbungkan langit.

MIL pula suka bersolat kat Underground Gate 92 ni. Sejuk...tak ramai orang. Tak bersesak-sesak masuk dan keluar. Jemaah pun tak berhimpit-himpit macam ruang solat di Gate King Abd Aziz. MIL cukup gelabah kalau Anim hilang dari pandangan matanya.Setiap kali p toilet, MIL akan pesan tunggu dia dulu, jangan ke mana-mana . Anim agak "ketakutan"nya itu kerana cerita-cerita yang didengarnya di tanahair sebelum ini. Ada sekali seorang jemaah India mencuitnya, MIL sudah tak keruan memanggil Anim walhal jemaah itu ingin memberitahu MIL barangnya tercicir.

Di ruang solat Underground ni, tak ramai jemaah jadi saf hadapan, kiri kanan selalu "rongak" . Anim beritahu MIL, Anim tak boleh duduk menanti saf-saf di depan, di kiri, di kanan dipenuhkan. Anim wajib bergerak memenuhkan saf kerana tersusunnya saf adalah menjadi syarat untuk mendapatkan solat berjemaah yang sempurna. Mula-mula MIL bimbang. MIL akan tunggu saja di tempatnya dan menanti Anim "menjemputnya". Alhamdulillah....masuk hari ke5 dan ke6, Anim perhatikan MIL sendiri sudah mula bergerak ke depan memenuhkan saf.

P ber2 dulu, kami tak memilih makan. Apa pun tibai..Kalau bercadang tak nak balik bilik, cari donut, cari kebab, kenyang sampai malam. Try bawa MIL dan FIL ke sini tapi selera orang tua ni lain. Kat Malaysia, FIL pekena teh tarik, kat kedai Tok Arab, teh susu. MIL pulak petang2 cari Milo panas, kat sini Hot Chocolate.Tak kena tekak..pahit katanya.

Sukanya MIL dan FIL bila dibawa ke restoran Felda D'Saji.Teh tarik ada, Milo panas ada, roti canai ada, Nasi Ayam ada . Tapi waktu lunch@dinner kena balik hotel, tak payahle nak belanja depa makan Nasi Mandi kedai Tok Arab. Tak kena dengan tekak depa. Depa nak cari nasi putih berlaukkan style Malaysia (Indonesia sebenarnya) juga kat hotel. TSo, lepas Zuhor dan Isyak, jalan kena pantas (tapi anak menantu selalu tercicir belakang!)

Kami ber2 kenalah banyak-banyak bersabar. Kebajikan orangtua perlu diutamakan melebihi keperluan diri sendiri. Sentiasa istighfar bila kadangkala kesabaran diuji. Selalu bermuhasabah, beri semangat dan dorongan antara satu sama lain. Insya-Allah apabila kita sabar berhadapan dengan kesulitan yang Allah uji pada kita, mudah-mudahan kesabaran itu nanti menjadi bekalan termahal buat kita di akhirat kelak

Artikel berkaitan:

Mereka yang kutemui di Mekah

Wak Lan, toke sate Sri Medan, Batu Pahat, Johot. Dia satu travel tour, satu hotel dengan kami cuma lewat sehari tiba Mekah dan lewat sehari tiba Malaysia sebab flightnya transit di Colombo. 

Terjumpa geng bas sekolah di Batu Pahat, 7 tahun lalu, Kak Zaharah. Kak Zaharah ni GPK SK Mampan.

Farid yang berusia 10 tahun (sebaya Salahuddin) satu hotel dengan kami.  Tak tertanya pulak dari mana. Kami teringat Salahuddin bila terpandang dia.Saling tak tumpah persis Uddin. Tinggi, tembam. Asal jumpa je, mesti dia tengah makan.. Setiap kali terserempak, kami akan panggil dia "Uddin"

Artikel berkaitan:

Bapak sesat di Masjidil Haram!

Jemaah umrah Jun 2012 mengerjakan tawaf selepas Isyak.

Kejadian ini berlaku di hari ke6 , hari mereka menziarahi Hudaibiyah dan hari Anim berpuasa sunat Isnin. Selesai menunaikan umrah bersama kedua ibubapanya dan bersedia untuk solat Isyak, Encik Suami bergerak ke ruang solat berhadapan Kaabah bersama Bapak. Anim dan MIL berpindah ke ruang solat Underground juga tetapi tak jauh dari tempat mereka bersolat. (Umrah kali ni explore banyak ruang solat wanita!). Kami berjanji untuk bertemu semula di rak kasut 6.

Selesai solat Isyak, Anim dan MIL menuju ke rak kasut 6. Berbuka puasa tadi hanya dengan tamar dan air zamzam saja, mulalah kepala ni berangan-angan nak ajak Encik Suami cari Nasi Mandi dan pekena jus buah keluar masjid nanti. Tak lama kemudian, ternampak kelibat Encik Suami tetapi dia seorang sahaja! Mana Bapak? MIL dah memanjangkan leher....mukanya berubah...mana bapak? 

Kata Encik Suami, semasa bersolat di depan Kaabah, Bapak ada di belakangnya. Olehkerana dia bergerak memenuhi saf dihadapan yang kosong, dia beranggapan Bapak akan tunggu ditempatnya setelah selesai solat. Terkejutlah dia bila didapatinya Bapak tak ada di situ. Bapak terus bangun lepas solat! Sebenarnya bukan Encik Suami sahaja berbuat begitu. Anim juga tak akan duduk di satu-satu tempat bersama MIL. Anim akan bergerak memenuhi saf-saf kosong dihadapan. Tapi dalam kes Anim, MIL selalunya akan berada  di tempat yang sama sehingga Anim datang "menjemputnya" selesai solat.

MIL dah tak keruan. Macam-macam yang difikirkannya. Anim memintanya bersabar dan anggap ini ujian dari Allah. Allah akan jaga Bapak sepertimana Allah jaga kita semua. Anim mencari Bapak di bahagian lain, Encik Suami mencari di bahagian lain. MIL pulak kami minta tunggu di rak kasut 6, jangan ke mana-mana (Kasut Bapak masih ada di situ!). Puas mencari atas bawah...masih tak berjumpa. Memikirkan Bapak memakai tag nama yang mengandungi maklumat diri dan mutawwif, Anim memujuk MIL, insya-Allah...kalau dia sesat, ada yang membantunya. Aduhai...perut yang lapar jadi kenyang..Nasi Mandi ke mana...jus buah ke mana...

Anim minta Encik Suami pulang ke hotel. Manalah tahu kot-kot Bapak sudah pulang ke hotel penginapan . Anim dan MIL pula akan tunggu di Masjidil Haram. Lebihkurang 20 minit kemudian, dapat panggilan dari Encik Suami...........Bapak dah duduk rehat-rehat di sofa di lobby hotel. Heeeee....kan betul dah! Dia cuma tak naik bilik sebab tak ingat no.bilik (kad bilik ditinggalkan di kaunter receptionist)

Kata Bapak...bila selesai solat, dia cuba cari rak kasut 6 tapi tak jumpa. Bayang abang (Encik Suami) pun tak nampak. Dia ambil keputusan balik ke hotel. Sungguh tak sangka, ingatan Bapak kuat. Walaupun inilah ziarah pertama buat Bapak tapi Bapak ingat jalan balik hotel walaupun jauh 800m. Dek kerana malu berkaki ayam, dia sempat singgah membeli selipar SR10. Hmmm...kami memuji tindakannya yang tak mengelabah dan mencari kami sana sini. Tak jumpa, Bapak terus ambil keputusan balik hotel. Haa, sapa kata Bapak tak tahu apa-apa..Bapak ni pandai sebenarnya!!!

Hajat nak ajak Encik Suami cari Nasi Mandi tak kesampaian. Tapi rezeki yang diberikan Allah jauh lebih baik dari yang diidamkan! Malam itu rupa-rupanya ada kenduri aqiqah yang ditaja oleh beberapa orang jemaah travel di ruang makan hotel. Menunya...Nasi Kambing/Kibas. Khabarnya tumbang berbelas ekor sehingga dijemput students Malaysia dari Jordan (bercuti dan buat umrah) makan bersama. Seronok tengok depa mengerjakan kepala kambing/kibas tu. Apalagi menu tu dimasak oleh Tok Arab sendiri.

P/S Kena banyak-banyak bersabar.......



Artikel berkaitan:

Hijr Ismail..Panchur Emas..


Sejak di Malaysia lagi Anim menyatakan hajat kepada Encik Suami untuk berpuasa di Mekah dan di Madinah. Tahun lalu, walaupun pakej 15 hari..tak berkesempatan berpuasa sehari pun. Tahun ini, walaupun hanya 11 hari, Anim sering berdoa agar diberi keberkatan masa sepanjang berada di Mekah dan Madinah.

Susu unta di ladang unta  (ehsan Encik Suami)

Isnin (hari ke 6), jemaah travel akan dibawa menziarahi Hudaibiyah untuk melawat ladang ternakan unta dan jemaah boleh berniat ihram di Miqat Hudaibiyah. Sejak 6.30 pagi, para jemaah sudah diarahkan menunggu di lobby. Penat menunggu di dalam hotel, kami cuci mata di luar (kedai). Jenuh menunggu bas yang disewa pihak travel. Kaki pun dah naik lenguh. 2 jam menunggu sambil berdiri, letih pulak rasanya. Anim meminta izin Encik Suami untuk "menarik diri" dari ikut serta, balik ke bilik dan meneruskan hajat untuk berpuasa (bersahur dengan sebiji pisang dan 2 teguk air zamzam).

Anim juga minta izin untuk ke Masjidil Haram lebih awal. Untuk tidak membimbangkan Mak, Anim bagitau Mak, Encik Suami akan hantar Mak di ruang solat, Gate 92 (underground) untuk solat Zuhor nanti bila balik dari ziarah. Anim akan tunggu Mak di situ. Mereka bertolak ke Hudaibiyah jam 8.30 pagi sudahnya..

Anim terus tawaf sunat sebaik tiba di Masjidil Haram. Anim atur langkah sendirian. Jam baru tunjuk 9.30 pagi tapi bahang panas macam dah tengahari. Ya Allah.. kuatkan semangatku untuk meneruskan puasa hari ini. Bulatan tawaf menjadi semakin jauh kerana ada kerja-kerja menukar tiles berdekatan Maqam Ibrahim.

Selesai tawaf, sempat curi-curi  ambil gambar kerja pembaikan tiles di Maqam Ibrahim sebelum ditegur pengawal bertugas.Punyalah cepat mereka bekerja.....menjelang Asar sudah siap!

Selesai 7 keliling, Anim merapati laluan ke Hajarul Aswad. Teringin nak lihat lebih dekat rupa Hajarul Aswad. Bagai mengetahui niat dihati, 2 lelaki Indonesia menghampiri Anim dan bertanya "Bu, mau kucup Hajarul Aswad?" . Allah, peluang depan mata...namun teringat akan pesan supaya berhati-hati akan sindiket yang membawa jemaah mengucup Hajarul Aswad. Anim hanya memberikan isyarat tidak mahu.

Anim meneruskan pusingan untuk ke Hijr Ismail pula. 2 lelaki lain pula mendatangi Anim dan turut bertanya samada Anim mahu mengucup Hajarul Aswad. Anim tetap mengatakan enggan. Tak sanggup nak membiarkan diri "dibawa" oleh mereka yang bukan mahram untuk mengucup Hajarul Aswad walhal sepanjang pusingan tawaf, Anim sentiasa berdoa agar aurat dan wudhuk Anim terjaga. Anim ingin bersolat di Hijr Ismail!!

Pinjam Google punya

Suasana di Hijr Ismail hari ini tidak sesesak sewaktu membawa Mak tempohari. Anim masuk ke dalam Hijr Ismail dan mencari ruang untuk bersolat. Di hadapan Anim berdiri, ada seorang jemaah wanita sedang bersolat. Melihat dari pakaiannya, dia dari Pakistan barangkali. Anim menunggu giliran untuk mengambil tempatnya. Usai bersolat , dia mahu bangun dari duduk tahiyat akhir dalam kepayahan. Orang dah mula bersesak. Anim mengangkat tangannya, membantu dia berdiri dan mengambil tempatnya.

Anim mendongak ke atas..Subhanallah, Panchur Emas berada betul-betul di bawah kepala Anim. Allahuakbar!! Anim boleh bersolat 2 rakaat dengan sempurna tanpa ditolak dan dihimpit. Tempat Anim bersolat ini seolah-olah tidak "dihiraukan" oleh jemaah lain yang bersesak keluar masuk. Allah, tak dapat nak digambarkan kesyukuran yang dipanjatkan. Airmata tak berhenti mengalir waktu doa dipanjatkan selesai solat. Ya Allah...syukur, Anim diberikan peluang bersolat di bawah Panchur Emas, berdoa di Hijr Ismail hari ini.

Si kecil ni yang menemani Anim di ruang solat Underground, Gate 92 sementara menunggu Mak untuk solat Zuhor

P/S Hijr Ismail...dari luar kelihatan sesak, macam mustahil boleh solat di situ tapi bila dah berada di dalam...masih ada ruang untuk bersolat!

Artikel berkaitan:

Cerita Sedeqah Di Masjidil Haram

Selain tempat wudhuk, dataran luar Masjidil Haram kini turut dipasang kipas besar (bulat) untuk keselesaan jemaah yang bersolat di situ.
(Note: FIL berusia 73 tahun, MIL pula 66 tahun)

Cerita Bapak

Hari Jumaat, kami semua datang awal ke masjid (jam 10 pagi). Bapak ternampak seorang perempuan tua duduk seorang diri di tepi satu tiang di dataran luar Masjidil Haram. Bapak kesian tengok dia. Bapak rasa dia orang India atau Pakistan. Bapak kuarkan duit dari kocek. Ada SR20. Bapak hulur kat perempuan tua itu.

Masa khutbah Jumaat, ada sorang lelaki Arab yang duduk satu baris dengan Bapak asyik tengok Bapak aja. Lepas solat Jumaat, lelaki Arab tu datang dekat Bapak dan hulur wang kertas kat Bapak. Bapak terkejut jugak. Bapak bagitau abang (Encik Suami) dan tunjukkan wang kertas itu. Abang ingat orang Arab tu bagi SR1 kat Bapak. Terkejut abang bila tengok bukan SR1 tapi SR50! Allahuakbar...Bapak bagi SR20 tadi, begitu cepat Allah ganti balik duit Bapak, bukan SR20 tapi SR50 pulak...

Rata-rata jemaah dari India, Pakistan serta terselit juga jemaah Indonesia yang suka duduk-duduk bersama famili dan bersolat di dataran luar Masjidil Haram ini. Pernah juga terlihat kelibat jemaah dari Malaysia bersolat di sini juga. Agaknya tak sempat nak masuk ke dalam Masjid bila solat sudah bermula. (Note: Hari Jumaat, ramai jemaah yang turut sama menghulurkan sedeqah kepada pekerja2 Bangladesh yang melakukan kerja pembersihan di Masjidil Haram)

Cerita Emak

Bapak terima wang kertas SR20 dari peniaga sewaktu berurusan jual beli. Bila Bapak nak guna duit tu untuk pembelian barang lain, peniaga tak nak terima. Alasannya, duit tu rosak. Nak kata koyak, tak ada pulak cuma lipatan di tengah wang kertas tu buruk sedikit. Bapak nak simpan je duit tu tapi Mak minta duit tu. Mak kata Mak nak buat sedeqah. Nak bawa balik Malaysia pun bukan boleh digunakan.

Sampai di Masjidil Haram, Mak cari wang kertas SR20 tu dalam beg sandang. Mak nak beri pada pekerja wanita di Masjidil Haram yang mengutip sampah dan menyusun Al-Quran di rak. Puas Mak cari tapi entah terselit di mana. Yang hairannya bila balik semula ke hotel, ada pulak bila dicari. Masih terletak dalam beg sandang dia tu.

Keesokan harinya di Masjidil Haram, dia cuba keluarkan wang kertas SR20 tu semula. Semalam dah letak tempat yang senang nak cari. Cari punya cari, tak jumpa lagi. Anim bisik kat Mak, "Dah 2 kali sampai Masjidil Haram, cari duit tu tak jumpa. Balik hotel nanti mesti ada. Nampaknya Allah tak izinkan Mak sedeqahkan duit tu." Mak mengangguk setuju dan mengiyakan kata-kata Anim. Mak kata biarlah Mak simpan saja wang kertas SR20 tu.

P/S Setiap perbuatan bergantung pada niat

Artikel berkaitan:

Mak nak kucup Hajarul Aswad...

Beginilah suasana selesai solat fardhu. Jemaah berpusu-pusu nak lakukan tawaf sunat.

Sejak di Malaysia lagi, kami berazam untuk melakukan banyak tawaf sunat selepas solat fardhu. Sebaik tiba di Mekah, kami dimaklumkan oleh pihak travel, ada 5 jemaah yang tiba lebih awal telah dimasukkan ke hospital akibat cuaca panas (kadangkala mencecah 50 darjah Celicus). Selain dinasihatkan minum banyak air, menutup kepala sewaktu ke masjid, jemaah juga dinasihatkan untuk menjaga diri dari terdedah kepada panas terik. So, kami lebih banyak melakukan tawaf sunat selepas Subuh, Asar dan Maghrib . 

Mak (MIL) asyik menceritakan pengalamannya mengucup Hajarul Aswad sebanyak 3 kali sewaktu melakukan umrah bersama adik dan ibunya 12 tahun lalu. Terdetik di hati Anim, dia ingin mengucup Hajarul Aswad lagi kali ini. Satu hari, selesai Asar, kami tawaf sunat ber2. Selesai tawaf 7 keliling, Anim mengajak Mak pusing sekali dan bergerak sedikit demi sedikit menghampiri barisan mereka yang menanti giliran untuk tiba ke Hajarul Aswad. Anim katakan pada Mak, kalau rezeki kita ada, adalah.

Anim nak Mak lihat sendiri perbezaan suasana sekarang dengan suasana 12 tahun yang lalu. Semakin dekat semakin nampak keadaan kelam kabut di situ. Dengan tolak menolak, dengan kepungan jemaah lelaki, Mak kemudiannya mengajak Anim keluar dari barisan yang menuju ke Hajarul Aswad. Agaknya Mak sendiri terkejut dengan apa yang disaksikannya di depan mata. Anim memujuk Mak dan mengatakan kalau dah bertolak-tolak macam tu , bercampur lelaki perempuan, macamana kita nak jaga aurat kita, tak apalah..nanti kita solat sunat tawaf bertentangan Multazam lepas ni.

Sewaktu nak keluar dari barisan mereka yang beratur untuk mengucup Hajarul Aswad, kami kini berada betul-betul di depan pintu Kaabah. Anim ternampak ruang kosong berhampiran. Anim menarik telekung Mak dan ajak Mak bersolat sunat di situ. Lama dah teringin nak bersolat berhampiran Kaabah (Selalu dengar pengalaman Encik Suami saja...cemburu yaa amat!) . Kemudian...Mak mendekati Baitullah..rindunya sejak 12 tahun lalu terungkai!

Bagaimanapun hajat nak membawa Mak bersolat di Hijr Ismail tidak tercapai. Baru sekerat jalan, Mak dah tunjuk isyarat tak sanggup menghadapi kesesakan manusia yang berpusu-pusu dan berhimpit-himpit ke situ. Kalau Anim seorang diri, mungkin Anim cuba juga. Tapi kesian pulak kat Mak yang bingung dengan suasana berbeza yang pernah dihadapinya dahulu. Insya-Allah. mudah-mudahan ada rezeki di lain hari.

P/S Bukan kata Mak yang 12 tahun dulu terkejut dengan perubahan suasana...Anim yang baru setahun pun terkejut juga. Ada saja perbezaannya..

Artikel berkaitan:

KAKI..

Laluan kami ke Masjidil Haram setiap hari. Jam 11 pagi, suasana nampak berkabus tapi bahang panas sudah terasa.

Bilik penginapan dan menu serta rasa hidangan yang disediakan pihak travel kali ini jauh lebih baik dari travel tour Anim tahun lalu. Cuma satu sahaja yang dikeluhkan...jauh! Kalau dilihat pada brochure yang dikeluarkan oleh pihak syarikat sewaktu booking, jarak yang dijanjikan 350m tapi dengan perjalanan mencecah 15 minit..kami kira jarak yang perlu ditempuh melebihi 800m.

Hari pertama dan ke2 tiba, Anim sering mengeluh. Setiap kali pulang ke bilik, Anim akan menyapu minyak ke kaki sambil mengeluh.."Jauh..jauh kali ni". Pernah sekali terlepas juga mengeluh kat Encik Suami, "Kenapalah abah pilih travel ni?".Bukan Anim je tertewas. Encik Suami pun sama. Hari ke2, betis dan kakinya sudah "cramp". Dan siapa tau yang bertindak mengurut kakinya? BAPAK!!! Masya-Allah, kami sepatutnya mengurut orangtua tu....tapi keadaan sebaliknya berlaku.

MIL dan FIL langsung tak de masalah berjalan kaki jauh. Depa dah biasa kerja kuat di ladang. Alhamdulillah, Allah kurniakan mereka kesihatan, tubuh badan yang kuat. Selsema tidak, batuk tidak, demam tidak, sakit kaki tidak.....sihat hingga pulang!!

Masuk hari ke3 di Mekah, barulah tersedar dari lamunan. Malunya pada MIL dan FIL kerana tak pernah Anim dengar MIL dan FIL bersungut tentang jarak perjalanan ke masjid. Ya Allah, apa yang telah Anim lakukan sejak 2 hari lalu? Bukankah Anim pernah berjanji akan redha dengan setiap ujian yang diberi. Ini baru ujian KAKI. Tahun lalu, hotel penginapan dekat tapi Anim sakit tumit kaki. Sejak pulang umrah tahun lalu, Anim sudah tidak lagi menemui doktor tentang sakit tumit kaki yang sudah setahun Anim alami. Walhal dalam perancangan doktor, jika Anim enggan disuntik di tumit kaki, Anim disarankan menjalani pembedahan membuang salah satu urat di tumit kaki bila balik umrah dulu. Astagfirullah, Anim lupa akan nikmat kesembuhan KAKI yang telah Allah berikan selama ini.

Anim solat taubat dan berjanji tidak akan mengeluh tentang jarak perjalanan ke masjid. Wah...terasa betul kelainannya. Kaki menjadi ringan, langkah menjadi pantas. Anim mendapat rentak baru. Minyak urut sudah lama tidak digunakan. Kali ni bila ke masjid, takde lagilah perjalanan kita dipintas orang...tapi kita pulak asyik memintas.

P/S Tapi kami ber2 masih tak dapat lawan LAJUnya MIL dan FIL berjalan!!!

Artikel berkaitan:

Luahan hati Bapak..

Bapak (FIL) yang Anim kenali sejak 21 tahun lalu memang tidak banyak cakap dan tak banyak kerenah. Hidupnya simple, pemurah dan tak berkira dengan anak cucu. Hati Bapak lembut, cepat memaafkan dan mudah meminta maaf. Walaupun hati Bapak disakiti...dia tetap menegur dan bercakap baik dengan orang yang menyakitinya. Bagi Bapak...Bapak malas nak gaduh-gaduh dan simpan dalam hati.

Bapak yang berusia 73 tahun..tapi uban..kalah anak!!

Di kalangan 6 adik-beradik lelakinya, Bapak seorang saja yang tidak bersekolah. Kerana dia tidak boleh membaca dan berpelajaran, Bapak mengalami perasaan merendah diri yang menebal (inferiority complex). Bapak kurang selesa berada di persekitaran yang asing kerana Bapak sebenarnya amat pemalu orangnya! "Malu" Bapak ni terbawa-bawa hingga ke Mekah. Bapak sanggup guna tangga ke kafeteria di Tingkat 2 kerana kurang pandai guna lift jika Encik Suami "tercicir" di belakang.

Apabila MIL dan Bapak menangguhkan tawaran menunaikan haji pada tahun lalu kerana nama Anim dan Encik Suami tidak tersenarai, Encik Suami berazam untuk membawa Bapak mengerjakan umrah dahulu supaya Bapak tidak terkejut apabila berhadapan dengan dugaan dan cabaran yang lebih besar dan berat sewaktu mengerjakan ibadah Haji nanti.

Selesai umrah wajibnya...Bagi MIL, ini umrah sunatnya.

Selesai dinner bersama di kafeteria hotel (malam pertama di Mekah), kami ber4 naik ke bilik (kami tinggal 4 sebilik). MIL bersolat dengan Anim , Bapak bersama Encik Suami so kami hanya bertemu semula selepas Isyak untuk dinner.

Belum sempat berbaring, Bapak membuka cerita di depan MIL . Bapak kata lepas sembahyang Maghrib bersama abang (Encik Suami) dan duduk menghadap Baitullah, Bapak rasa sedih sangat. Airmata Bapak mengalir. Bapak kata, Bapak ni orangnya pemalu sebab tu masa Bapak muda-muda kat kampung dulu, orang tak kenal Bapak. Bapak kata kat MIL, Bapak rasa bertuah dan bersyukur sangat kerana walaupun Bapak ni bodoh, rendah taraf, tak sekolah, tak tahu apa-apa tapi Allah bagi Bapak seorang anak yang baik, yang boleh bawa Bapak pergi ke Mekah.

Ya Allah....tak sangka kata-kata itu keluar dari mulut Bapak. Bagaimana Bapak boleh mendapat kekuatan melawan perasaan malunya mengungkap kata-kata, meluahkan perasaannya. Di Kota Mekah penuh barakah ini... Bapak meluahkan perasaannya.

P/S Encik Suami kata lepas Bapak luahkan kata-kata itu di Masjidil Haram, ketika memandang Baitullah, Bapak terus memeluknya sambil menangis..

Artikel berkaitan: