Home · About Me · Sitemap ·

Kena LEPASkan semuanya...

Pondok scrap masih belum berpenghuni lagi. Encik Suami nak membela burung puyuh sebenarnya..Tapi kerana kesibukan kerja dan kebetulan kami nak berangkat tak lama lagi..keinginan itu ditangguhkan sementara. Lagipun...seelok-eloknya semua haiwan peliharaan yang dikurung hendaklah dilepaskan bila kita berhajat ke Tanah Suci.

Mau tak terkejut bila dapat rakam aksi depa ber2 dari tingkap dapur lebih sebulan lalu..huhu...walhal kami plan nak korbankan depa buat kenduri! Hasil dari projek depa ni...menghasilkan 13 biji telur tanpa kami sedari. Akhirnya...hubungan sulit mereka terbongkar bila lihat si betina duduk mengeram!! Apalah tuan rumah ni...tak sensitif langsung! Terbantut nak korbankan..so plan diubah. Bagi telur menetas dulu, lepas tu barulah mak bapak disembelih. Anak-anak depa nanti pass kat kawan-kawan yang berhajat.

Tapi lain pula perancangan Allah. Pelik lihat si betina duk patuk2 telur-telurnya hari demi hari. Agaknya dia macam tahu telur tu tak menjadi. Bila digoncang..ringan semacam! Tak taulah samada faktor cuaca (musim hujam) @ depa ni masih muda bebenor yg menyebabkan telur tak menjadi. Senang dah kerja Encik Suami. So...balik ke plan asal..huhu..lega sangat2.

Si bisu yang suka sembunyi kat celah tingkap

Camnapun...Anim risaukan si bisu ni. Walaupun dia ni hanyalah pendatang pada satu hari...tapi keletahnya yang menghiburkan hati kami ber4...menyebabkan dia "lekat" di rumah Anim. Walaupun si bisu ini juga akan lepas bebas...yang menjadi hati tak keruan ialah kerana pemakanannya yang cerewet. Walaupun dia ni spesis kucing kampung.. si bisu ni TAK SUKA makan ikan dan nasi. Pelik kan..

Cukup berselera menghabiskan saki baki kerak Cheese Cake. Favourite food dia yang lain ialah burung puyuh, roti gardenia dan muruku!!! Kata Encik Suami...taulah dia jaga diri. Pandai-pandailah dia cari makan nanti...diapun dalam peliharaan Allah juga.!

P/S Harap-harap dapat berjumpa dengan si bisu lagi...
 

Artikel berkaitan:

12 Komen untuk "Kena LEPASkan semuanya..."

  1. selesai bab itik tu yee... tapi betul la dengan pendapat mengenai sebelum ke tanah suci tu bebaskan haiwan peliharaan... macam pernah dengar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. baru2 ni pn ada disentuh dlm kursus asas haji. bahkan menurut ustaz, kalau kita masih dlm ihram, dan ada haiwan yg kita kurung di m'sia (burung contohnya) kita sudah melanggar pantang larang ihram krn burung dianggap binatang yg diburu..wallahu'alam

      Padam
  2. Bisu?
    kucingnya tak berbunyi ye kak Anim??
    Alahai, pandai pulak makan kek...
    Pulok x makan naasi...

    BalasPadam
    Balasan
    1. mcm orang bisu gak..mulut ternganga, macam nak mengiau..
      tapi takde suara..kuar angin shj..
      dahle tu, baik ya amaaaat..relakan dirinya "diapa-apakan" oleh anak2 kak..
      tu yg kasihan...

      Padam
  3. Alhamdulillah....Syukur menerima jemputan yang terindah dan tak ternilai harganya dengan wang ringgit...Dah tau tarikh ke... khabor2 ler nanti yer... semoga semuanya Allah mudahkan....Teramat Rindu Haramain....

    BalasPadam
    Balasan
    1. aku p umrah lagi hujung Mei ni. haji kena tunggu surat bulan 6 ni. mudah2an menerima jemputan agung itu nanti...doakan yg terbaik!

      Padam
  4. la..sian bisu ye kucing tu..pandai plk tu mkn maruku...alahai...

    BalasPadam
    Balasan
    1. kucing bisu ni jadi perhatian..
      bila ada tetamu mai umah kak..
      depa pun pelik ada kucing bisu..hihi

      Padam
  5. oo..kak anim nak g umrah hujung bulan ni..ingatkan nak gi haji nanti..alhamdulillah

    kak, malu itik berdua tu kalu tahu gambar mereka masuk internet hehehe dulu kami ada bela kucing bandar, tak mahu makan ikan bilis, tapi ni lagi pelik, taknak makan ikan plak..huhu pandai la nanti si bisu cari makan..cuma nanti entah2 si bisu yang rindu kat kak anim suma, balik umrah dah siap2 tunggu depan pintu..

    BalasPadam
  6. huhu..kak ni berangan nak jadi papparazi..sib baik tak kena saman
    harap2 si bisu masih ada dan sihat bila kak balik..
    bila asyik dihambat kucing jantan lain, dia lari masuk rumah..
    lepas ni nak lari mana?

    BalasPadam
  7. Cantik kucing tu Anim jaga... harap-harap adalah si bisu bila Anim balik nanti...

    BalasPadam
    Balasan
    1. tinggal 3,4 hari dia masih setia menunggu..
      tak taule kena tinggal 2 minggu ni..
      redha sajalah kalau dia pergi...

      Padam

Komen anda amat dihargai