Home · About Me · Sitemap ·

Hadirku sebagai dhuyuffurahman....

Assalamualaikum warohmatullah....

Maaf...maaf...maaf...

Ini ayat pertama yang mampu ditaipkan. Banyak pertanyaan di kotak komen dan emel bertanyakan kemana menghilangnya diri ini..

Anim tak punya kesempatan untuk update blog di rumah. Tak tahulah..ada saja halangan masa. Nak tunggu free..waktu bermusafir. Jumaat, kami dah ada di Johor. Singgah menjengok Bonda dan Abah kerana hari ini (Sabtu) dan esok , Anim akan berada di Alor Gajah, Melaka untuk menghadiri kursus perdana dan taklimat di sana.


Alhamdulillah, 21 Ramadan lalu, kami telah ditawarkan untuk menunaikan haji untuk musim 1437H/2016M.  In Sha Allah, Anim, suami dan kedua mertua akan berangkat ke Mekah pada 29 Ogos 2016 (KT36B) dengan Saudi Airlines. Hadirku sebagai dhuyuffurahman (tetamu Allah).

Pada awal, berat juga nak bercerita di blog namun bila difikir kembali, mudah-mudahan readers dapat mendoakan urusan dan perjalanan kami nanti dipermudahkan Allah.

Dek kerana teringat peristiwa haji 1436H (di sini) , Emak (MIL) "merahsiakan" tawaran haji yang diterimanya dari jiran-jiran dan kaum kerabatnya selagi belum menerima tarikh penerbangan. Serik agaknya diasak dengan pertanyaan bertalu-talu dari rakan, jiran seusia dengannya tentang apa yang berlaku tahun lalu. Mungkin mereka kurang arif tentang Syarikat Pengelola Jemaah Haji atau senang kata pakej swasta yang diluluskan Tabung Haji. So, bila tak dapat pergi, sangkaan mereka tertipu, duit hangus dan sebagainya.

Anim? Lain kisahnya. Waktu pihak TH menelefon dan meminta mengambil surat tawaran, Anim berada di sekolah. Bagaimana nak "disembunyikan" dari pentadbir apabila Anim perlu ke hospital untuk melakukan pemeriksaan kesihatan?

Lucunya, bila pulang menyambut Syawal lalu, awal-awal lagi Bonda dah pesan . "Anim jangan whatsapp sapa-sapa selagi belum dapat tarikh penerbangan". Hmmm, Bonda pun risau agaknya. Hanya adik beradik saja yang Anim maklumkan. Jika ada saudara mara yang bertanya waktu ditemui sewaktu berhari raya,Anim buka mulut. Kalau tak....diamlah. Anak Bonda yang taat,huhu..

Anim tak salahkan kebimbangan Bonda. Anim ingat lagi peristiwa tahun lalu. Sebaik kami bertemu , Bonda memeluk Anim erat sambil menangis teresak-esak. Anim mengusik Bonda, kenapa menangis kerana Anim sendiri tidak mengeluarkan airmata. Anim yakinkan Bonda, Allah pengatur yang terbaik. DIA merancang sesuatu untuk Anim.

Masya Allah, sedikit demi sedikit...terungkai hikmahnya. Sekadar ingatan buat diri sendiri:-

Pertama, walaupun Anim telah menghadiri Kursus Asas Haji Bersiri di beberapa buah masjid sekitar Sg Petani sejak 2011-2015, Anim tak pernah khatam kursus. Mesti ada lompong di mana-mana. Malah waktu berulang-alik Ipoh-SP pada tahun 2014-2015, bilangan lima jari pun entah cukup entah tidak. Alhamdulillah, tahun ni bertekad untuk istiqamah dan dapat selesaikan 17  siri di Masjid Al Majidi, Sg Layar (Masjid Kuning) hingga tamat dan dapat makan kenduri lagi di hari penutup.

Kedua, selesai buat wasiat di Amanah Raya . Tahun lalu, nak buat tapi tak cukup masa. Bukan susah sangat nak siapkan dokumen dan isi borang. Tapi nak memulakan langkah pertama, fotostat dokumen tu yang tak sempat-sempat. Bertekad selepas itu, kumpul semua dokumen dan selesaikan semua sebelum berangkat. Alhamdulillah..

Ketiga, hadir di Kursus Perdana Haji 1437H di Dewan Wawasan, Kubang Pasu, Jitra. Melakukan amali haji, tidur berhimpit-himpit di atas lantai (pengalaman mabit di Mina) , beratur panjang untuk ke bilik air, bersesak ketika melakukan tawaf, saie dan melontar (hampir 3000 orang), makan apa yang disediakan tanpa merungut..memberikan satu pengalaman tentang persediaan fizikal dan mental akan apa yang bakal dihadapi nanti sewaktu tiba di Tanah Suci kelak.

Kursus Haji Perdana 1437H di Dewan Wawasan, Jitra, 22 Julai 2016
Selepas solat Maghrib dan selesai bacaan Yasin, kami dimaklumkan oleh pihak TH akan pemergian Almarhum 
Tuan Guru Haji Salleh Musa. Kami menghadiahkan Al Fatihah dan mengaminkan doa untuk Almarhum Tok Guru yang disayangi

Keempat, dipanggil lagi seminggu kemudian berkursus anjuran TH Kedah dan Jabatan Agama Islam Kedah. Kursus Khas Haji yang dihadiri 80 bakal jemaah haji dari Sg Petani (8.00 pagi hingga 4.30 petang) diadakan di Masjid Al Mutaqqin, Taman Ria pula.  Alhamdulillah, kefahaman tentang ibadah haji makin bertambah. Kefahaman apabila datang haid waktu mengerjakan haji bukanlah sesuatu yang patut dirisaukan berbanding kefahaman waktu mula-mula berkursus 2,3 tahun lalu.

Allahu Robbi...rasa bersyukur sangat kerana Allah nampakkan hikmah dari ujian tahun lalu. Bekalan ilmu haji yang kurang tu yang Allah nak tunjukkan.

Wallahua'lam.

P/S Auto publish entry




Artikel berkaitan:

15 Komen untuk "Hadirku sebagai dhuyuffurahman...."

  1. alhamdulillah..alhamdulillah...alhamdulillah..

    BalasPadam
  2. Alhamdulilah Anim..sujud syukur atas limpahan kasih sayang Allah..Allah hanya mahu menguji hambaNya
    Terharu nya nekcik bila Anim muncul di Teratak 66..tanpa diundang airmata bercucuran..mengapa dan kenapa Nekcik pun x terjawap!! Itulah kasih sayang ukhwah agaknya...
    Di kesempatan ini..nekcik doakn Anim dan rombongan selamat menjadi tetamu Allah dan di kurniahkan haji yg mabrur...semuga sihat dalam menjalani segala ibadah di sana..amiin
    Andai ada waktu yg terluang..pohon doakn kebaikan untuk nekcik dan kluarga..

    BalasPadam
  3. Ahamdulillah... kakak percaya akhirnya doa seorg hamba terangkat juga Anim. Kakak terasa sayu dan syukur sama atas rahman dan rohimNya. Semoga nikmat utk beribadah di sana dpt dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Sihat dan selamat pergi dan balik membawa haji yg mabrur. Ameen...

    BalasPadam
  4. assalamualaikum Kak Anim
    Semoga sihat hendaknya dpermudahkan semua.
    lama tak tengok blog, baca khabar Kak Anim teruja rasanya.

    Hai ingat saya lagi tak? hihi

    BalasPadam
  5. alhamdulillah... semoga akk sekeluarga selamat pergi dan pulang dgn haji yang mabrur...

    BalasPadam
  6. p/s doakan yg baik2 ya kak utk sy nnt... ;-)

    BalasPadam
  7. p/s lupa ckp, sy ada dtg ke SP bln lps. ada hal sket kt sn... insya allah ada 'rezeki' sy akan ke sn nnt ;-)

    BalasPadam
  8. Andai ada kelapangan..nnti emailkn no hp anim ye..nekcik da 2x hp rosak

    BalasPadam
  9. Tahniah Anim.... Akhirnya tercapai jugak hajat nak pergi Haji awak ye...Syukur, semuanya ketentuan Allah. Macam yg awak cakaplah Dia maha mengetahui hikmat disebalik kejadian tu. Saya doakan moga awak sekeluarga yg pergi mendapat haji yg mabrur dan selamat pergi dan kembali.

    BalasPadam
  10. alhamdulillah kak... tahniah! rindu penulisan akak.. jangan lupa kongsikan apa yg perlu nanti ye... semoga semuanya dipermudahkan...

    BalasPadam
  11. Tahniah cikgu dan suami.. semoga mendapat haji yg mabrur.

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah dan tahniah Anim kerana tercapai hasrat nak menunaikan haji tahun ni. Ada hikmah di sebalik semua yang berlaku sebelum ni.

    Saya doakan semoga segala urusan Anim semasa mengerjakan ibadah haji akan berjalan selancar-lancar. Selamat pergi dan selamat kembali nanti!

    BalasPadam
  13. Assalamualaikum Anim
    Makchaq tak boleh nak komen kat entry yg latest. Dulu masa yg ni latest makchaq x boleh komen yg ni, la ni yg ni dah boleh komen yg terbaru tak boleh komen.

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai