Assalamualaikum wbt...
Sejak 2,3 hari lalu Si Bisu tak mahu makan. Jalan terhencut-hencut. Tak bagi keluar rumah , nak bagi dia sembuh dahulu. Tupun asyik tidur saja. Sikit saja makanan yang dijamah.
Dah nama kucing, dia keluar juga. Memanjat tembok belakang. Sehari menghilang kemudian balik semula dengan luka di kaki. Sapukan minyak gamat. Semalam, Encik Suami kurung dalam sangkar. Kali ni, makan tidak, minum pun tidak Asyik baring melepek saja.
Anim pernah ceritakan perubahannya (di sini). Kemudian entry Anim tu mendapat respon dari Cik Anon yang mencadangkan supaya si Bisu dikembirikan ("dipotong" dalam komennya) .
Tqvm Cik Anon kerana memberikan solusi. Anim dah rujuk yang arif, katanya haram untuk Anim berbuat demikian. Melawan fitrah haiwan. Anim dah rujuk fatwa JAKIM yang mengharuskan dengan sebab-sebab tertentu iaitu bagi menjaga muslahat ummah (takut kencing merata rumah jiran).
Namun dalam berkira-kira membuat keputusan, kami akhirnya menyedari si jantan oren (kucing jantan sebelah rumah) tu sebenarnya tak kisahkan si Bisu lagi. Dah tak diajak bergaduh.
Tapi si Bisu pulak yang " pantang" lihat kucing lain masuk ke kawasan rumah tuannya.
Ajak bergaduh. Menderam...bunyi tak kuat mana. Dah nama si Bisu...
Sedih sangat bila jengok si Bisu sebentar tadi. Si Abdul kecil menangis bila si Bisu diam saja bila dipanggil.Siapa sangka, kami sekeluarga baru berbincang nak buat macamana dengan si Bisu waktu ketiadaan kami seminggu ini. Subuh esok nak ikut Encik Suami balik Ipoh. Lusa baru balik Johor.
Nak hantar ke hotel, dia tengah sakit. Sure penjaga hotel tak mahu terima. Lagipun tak booked awal. Cuti sekolah, biasanya hotel "fully booked". Baru berkira-kira nak minta Kak Yati jiran sebelah tolong tengok-tengokkan.
Rupa-rupanya hari ini si Bisu nak tinggalkan kami semua. Dia mati di rumah sendiri. Buat si Abdul Sulung yang sedang bersedih, semua memori bersama si Bisu selama 6 tahun bersama telah Ummi rakamkan dalam blog untuk kenang-kenangan. Mudah-mudahan jadi pengubat rindu buat si Abdul Sulung yang kehilangan best friendnya.
P/S Tak sampai hati nak keluarkan dari sangkar.Tunggu Encik Suami balik dari Jitra petang ni untuk uruskan "pengkebumiannya".
P/S Tak sampai hati nak keluarkan dari sangkar.Tunggu Encik Suami balik dari Jitra petang ni untuk uruskan "pengkebumiannya".
alolololo cian nyerrrr
BalasPadamMemang sangat sedih kalau kehilangan kucing... teringat anak kedua saya menangis sampai bengkak mata bila kucingnya mati kena langgar.....
BalasPadamMemng sedih kalau kucing mati.. anak2 makchaq pun sampai menangis...
BalasPadamKucing pandai bermanja.. tu yang buat anak2 sayang sangat tu
dapat rasakan sedihnya kehilangab kucing.. sy pernah alami.. bukan mati tapi jiran ambil buang... huhuhuhu
BalasPadambersabarlah...memang terasa kehilangan bila kucing tu tiada setelah sekian lama dia menjadi sebahagian dari 'keluarga' Anum..
BalasPadamalhamdulillah, sekurang2nya dia mati di rumah, bukan di tepi jalan mahupun kemungkinan membusuk di kawasan lain..
PadamTeringat kucing yang ayah pernah bela dulu..
BalasPadambila bela kucing , itulah satu benda yg kita kena tabah bila hadap ... kematian ... bab kembiri tu pun saya x setuju . dah asal kejadian kucing mmg begitu , kita sebagai manusia yg berakal kena la cari cara utk atasinya ...
BalasPadamKat sini pun ada seekor kucing bisu Nim....sungguh pun bisu, pandai pulak bergaduh tu, tp tak keluar suara...hihi gelak okje kekadang....
BalasPadamOh, ini kisahnya! Sebelum ni saya baca sampai entri selepas ni. Itu yang tak tahu asal-usul cerita kenapa Si Bisu ni mati. Dah sampai masanya untuk pergi, pandailah pulak bawa diri. Mujur juga mati dalam sangkar sendiri. Tentu sedih sangat si Abdul tu kan, Anim. Yalah, dah 6 tahun bela kucing ni. Manalah tak sayang!
BalasPadamrindu pulak kucing dlu.. dah matii.. ambik dkat tempat kerja abh
BalasPadam