Home · About Me · Sitemap ·

Catatan dari katil hospital: Si Bisu


Assalamualaikum wbt...

Catatan dari hospital lagi....

Ingatkan si Kecik ni boleh jadi kawan main si Bisu. Sebulan lalu Encik Suami terlanggarnya di subuh hari sewaktu mengundurkan kereta nak balik Ipoh. Sedih bila ingat-ingat semula. Kejadian berlaku depan mata Anim. Anim lari masuk rumah masa Encik Suami menggali lubang untuk menanamnya subuh-subuh tu.

Dok teringat pula si Bisu di katil wad. 2 Abdul tu suka bela kucing, main kucing tapi bila bab bagi makan, memanjang lupa. 

Kalau tak sempat rebus ikan, dok bagi biskut ni. 

Tapi dia dok mengendeng juga rumah sebelah. Kebetulan, kak Yati jiran sebelah rumah sukakan kucing. Suka bercakap dengan kucing. Dia akan beri makan pada kucing yang datang ke rumahnya.Baik hati kak Yati hulur makanan tepi pagar. Bukan apa tau.... 

Dia tau, kucing jantan orennya tu dah conquer kawasan. Kalau berani.... masuklah...mau kurembat keliling taman.

Alkisah, akhir-akhir ni, Anim kerap bebelkan si Bisu. Dia mula buat perangai. Mula kencing merata dalam rumah. Geram juga dibuatnya. 

Dahlah tu...tak mahu duduk luar. Balik dari sekolah, dia dah tunggu depan pintu. Asyik nak lepak dalam rumah saja dari pagi hingga malam. 


P/S. Si Bisu ni kalau ikut usia manusia, dah serupa usia tuannya, 40++. Patutlah buat perangai..

Artikel berkaitan:

21 Komen untuk "Catatan dari katil hospital: Si Bisu"

  1. Masih di hospital lagi Anim. Macam serious pulak walau keracunan tapi dah berhari-hari warded.
    Bujang di rumah tu macam manalah ibunya tak ada ni.

    Rumah kakak pun dah ada kucing. Dari kesian kerana tempang-tempang diubat last jadi belaan anak dara kakak. Kakak memang geli jadi kenalah mengelak-ngelak, sesekali terjerit juga.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bravo kakzakie..hihi...
      lama-lama nanti, sure terbiasa. entah2 kakzakie yg lebih manjakan kucing tu...

      Padam
  2. Anim kat hospital? Speedy recovery ye anim..

    BalasPadam
  3. mgkin faktor umur kot kucing tu kak.. tu yg dah mula buat perangai..hehe..
    masih di wad ya kak?? moga cepat sembuh & balik rumah awal....

    BalasPadam
    Balasan
    1. tule atie...dia dah berusia 6 tahun bersamaan mid forties usia manusia, haha

      Padam
  4. Kat rumah Aina ada 3 ekor kucing sekarang tambah 4 ekor baby kucing...duduk rumah flat pulak garu2 kepala dok memikir nak buat macam mana. Asal kucing ni mak dia seludup masuk rumah masa baby sebab kesian bela jelah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. bila dah bela..mulalah rasa sayang dan kesian nak buang kan...aduh...kalau kak, ada 7 tu, mau migrain, haha

      Padam
  5. si bisu ni jantan ke ... biasalah jantan suka kencing merata . memang geramlah dibuatnya ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. iyalah tu vee jantan. la kalau dia masuk rumah kena panjangkan leher. sabar ajalah

      Padam
  6. tomellllll... nak peluk kak??? ;-)

    BalasPadam
  7. kak.. baru tau akak tak sihat...semoga cepat sembuh ye kak..suka kucing tapi tak mampu nak jaga..

    BalasPadam
  8. Budak2 memang suka bela kucing....bunda ni geli ngn kucing...setakat beri makan bolehlah...nak belai2 ...uhh memang tak lah...

    BalasPadam
  9. oh masih dalam wad lagi...muga segera sembuh ye Anim...itulah hanya yang bela kucing jer memahami susah senang dan riang ria membela budak bulus ni....anak bujang bulus Anim tu dah baligh ler tuuu he..he

    BalasPadam
  10. Dah sihat ke cikgu?

    Rumah makchaq pun banyak kucing.. dulu kat luar je.. sekarang dah masuk rumah.... budak2 sayang sangat..

    BalasPadam
  11. Muga Anim cepat sembuh... kak nah juga becuti di katil hospital minggu lepas..

    BalasPadam
  12. akak daaa discharge kan.. take care ye..
    CT suka kucing gak.. tapi xleh bela la.. alah dengan bulu..
    kalo pelok2 kucing mesti semput lepas tu..

    BalasPadam
  13. 40 tahun dah..,hehehe time mengawan tu.,. semoga kak anim cepat sembuh

    BalasPadam
  14. kalau dia kencing merata dan belum di potong, makanya kalau jantan ia menandakan kawasan yang dikencin itu adalah kawasannya. so kucin jantan luar tak boleh masuk.

    ALL ABOUT TERRITORY.

    Disebabkan ia blm dipotong makanya ia menjadi threat pada kucing jantan liar diluar.
    si bisu takut nak keluar sebab takut diserang dengan kucing oren.

    dia boleh cedera dan mati serta tak boleh duduk dalam kawasan itu lagi.

    Kalau boleh tolongllah bawasibisu ke vet dan potong. Insyaallah dia ok tak pancut sana sini.

    tu aja.,

    BalasPadam
  15. Kesiannya alahai si Kecil tu. So sekarang tinggal si Bisu ajelah ya di rumah Anim. Saya ni memang geli dengan kucing. Sebenarnya bukan kucing aje, semua binatang berbulu pun saya geli. Entahlah tak tahu macamana nak explain perasaannya tapi takdalah teruk sangat sampai nampak kucing pun lompat atas kerusi dan menjerit!

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai