Home · About Me · Sitemap ·

Nasib baik dia duduk masjid


Assalamualaikum wbt...

Gambar Hiasan

Balik sekolah, singgah satu masjid untuk solat Zuhor bersama si Abdul kecil. Solat Zuhor berjemaah sudah selesai. Sorang demi sorang jemaah keluar masjid.

Dalam ruang solat wanita, ada seorang perempuan bertelekung tunduk duduk sambil membaca sesuatu di hp nya. Anim terus menyempurnakan solat Zuhor seorang diri.

Selesai solat dan melipat telekung, Anim menoleh ke arah perempuan tersebut. Dia masih tunduk membaca. Kali ini Anim perhatikan dia membaca surah Yassin. Sesekali dia mengesat mata dan hidungnya. Dia membaca sambil menangis!

Blogger sorang ni mulalah rasa nak jadi kaunselor. Tapi tak tahu nak mulakan bicara. Kita pun tak kenal kan. Risau lak keadaan jadi bertambah serius. Bukan ada sesiapa lagi di dalam masjid itu kecuali Anim, dia dan Abdul kecil di luar.

Sewaktu bergerak keluar masjid, Anim menuju ke arahnya sambil menghulurkan tangan untuk bersalam. Dia mendongakkan kepala sambil membalas huluran tangan Anim itu. Bila ternampak airmata di pipinya, serta merta mulut jadi terkunci.

Dalam kereta , si Abdul kecil bertanya kenapa Anim tak tanya perempuan itu apa masalahnya. Anim kata, Anim tak risau sangat. Dia duduk dalam masjid, rumah Allah. Allah akan jaga dia. In sha Allah, kat masjid, hatinya akan tenang. Ok nanti, dia baliklah rumah. Kalau dia menangis tepi sungai ke, tepi jambatan ke....mungkin Anim akan bertindak sebaliknya. Kalau kalian di tempat Anim, apa tindakan kalian?

P/S  Bila ada masalah, Anim suka menenangkan diri dengan p solat berjemaah dan hadir majlis ilmu di  masjid (tapi taklah duduk seorang diri di masjid).Anim pernah dengar satu tazkirah, dalam solat berjemaah, dalam majlis ilmu kita tak tahu siapa yang hadir sama. Doa yang dibacakan Imam atau ustaz yang memberikan kuliah dimaqbulkan Allah; kadang-kadang bukan kerana Imam atau Ustaz tersebut tetapi kerana doa itu diaminkan oleh mereka yang bukan sapa-sapa; mungkin seorang pemandu teksi, penoreh getah atau buruh . Doa mereka yang mustajab. Wallahua'lam .

Artikel berkaitan:

11 Komen untuk "Nasib baik dia duduk masjid"

  1. Kakak rasa kalau kakak pun akan jadi macam Anim
    Niat hati memang ada tapi biasa mulut tak terkeluar nak bertanya.
    Kakak percaya perempuan itu sedang mendekatkan diri pada Allah. Itu lebih baik.

    BalasPadam
  2. ermm sangat betul,,, bila sedih dtglah ke rumah Allah dan luahkan padanya

    BalasPadam
  3. .... tetapi oleh mereka yang mungkin doa yang diaminkan oleh seorang pemandu teksi, penoreh getah atau buruh yang mustajab.

    betul tu!

    BalasPadam
  4. Aah kan, hanya Allah tempat terbaik untuk meluahkan apa jua perasaan. Berkongsi rasa hati :0

    BalasPadam
  5. mungkin dia tengah mendoakan sesuatu dengan berairmata lebih bersungguh, biasa didalam sujud tetapi kadang terjadi sayu juga dalam masjid ni, jadi kalau tertanya pun ok, kalau tak, lebih elok.

    BalasPadam
  6. saya pun akan perhati je klu berhadapan dgn situasi mcm tu . kecuali klu org itu membuka mulut , barulah saya berani meneruskannya ...

    BalasPadam
  7. Ada hikmahnya bila beliau duduk dan membaca ayat-ayat suci Al Quran di rumah Allah. Mengadu, berbicara serta mohon petunjuk dan pertolongan dari Allah. Ya Allah ampunkanlahnya dan berilah yang terbaik bagi wanita yang sedang derita hatinya itu..

    BalasPadam
  8. Semoga diberi kemudahan jalan untuk wanita tersebut.aamiin

    BalasPadam
  9. Kalau saya pun nampak orang menangis sendirian dalam masjid, saya tak akan tanya. Segan pulak rasa nak buka mulut bertanya itu ini. Tapi betul juga kata Anim. Perempuan itu di dalam masjid. Semoga dia terpelihara. Kalau nampak orang menangis tepi bus stop ke, tepi jambatan ke, haruslah kita pun nak juga rasa jadi kaunselor ni. Bukan apa, manalah tahu sebab kita menasihati, terus tak jadi mereka nak buat perkara yang tak elok!

    BalasPadam
  10. Allah hu akbar.. masjid.. tempat paling tenang kan kak..

    BalasPadam

Komen anda amat dihargai