Home · About Me · Sitemap ·

La Tahzan (Don't Be Sad)

Assalamualaikum wbt...


Minggu ini, Anim tak balik Ipoh. Encik Suami dan Abdul sulung tiba SP, malam Jumaat. Dua Subuh berturut-turut Anim mengikut Encik Suami ke masjid kegemaran kami, Masjid Taman Keladi dalam 20 minit pemanduan. Tak taulah, lain macam bila bersolat dalam masjid itu dibandingkan masjid lain sekitar SP yang pernah disinggah. Berlama-lama pun tak mengapa. Mungkin ada antara kita yang pernah rasa begitu kalau p satu-satu masjid atau surau. Keberkatan masjid@surau itu gamaknya..

Encik Suami faham dah. Nak menenangkan fikiran Anim yang berkecamuk senang saja. Bawa saja ke masjid, duduk dengar kuliah Subuh. Kemudian cari gerai makan, pekena nasi lemak sebungkus atau roti canai banjir bersama secawan teh tarik atau kopi o panas...oklah tu nanti. 

Terima kasih kepada semua pembaca, rakan maya dan geng bas sekolah yang tidak putus-putus memberi semangat dan nasihat. Malahan, bila Anim menonton TV, mendengar radio atau mengikuti majlis ilmu, rasa "terperasan" sendiri bila apa yang diutarakan bersangkut paut dengan apa yang dialami dan terasa itu juga nasihat dan teguran yang diberikan oleh Ustazah/Ustaz berkenaan.

Contohnya,sewaktu memandu, terdengar ceramah agama radio Kedah yang menyebut tentang "La Tahzan". Sebenarnya, lama dah beli buku La Tahzan (Don't Be Sad) tulisan Dr.'Aidh Al Qarni yang disebut Ustaz tersebut. Hmm..sekali khatam, tak pernah belek lagi (ada di Ipoh).

Namun bila Ustaz kata ucapan La Tahzan itu ada disebut oleh Allah SWT dalam surah At-Taubah ayat 40 iaitu "La tahzan innallaha ma'ana" yang bermaksud "Janganlah engkau berdukacita, sesungguhnya Allah bersama kita". Benar...itu jadi zikir menenangkan hati.

Pagi Jumaat semalam, terperasan sekali lagi bila tonton Tanyalah Ustazah bersama Ustazah Norhafizah Musa , "Bahana Tekanan". Di awal rancangan lagi, sudah tersentuh dengan bacaan Surah Al Baqarah ayat 286 yang beliau baca.

"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata); "Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah.

Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir".

Merenung kembali pertanyaan Ustazah, adakah diri ini berjiwa kecil atau berjiwa besar? Bila berjiwa kecil, benda-benda remeh pun tertekan, boleh buat stress dan menyebabkan hidup jadi punah ranah.

Ustazah mengambil ayat Quran tentang sifat manusia yang sememangnya lemah. Allah sebut dalam surah An Nisaa ayat 28, "Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah."

Ok...mulakan langkah dengan merangka plan. Kalau plan A tak berjaya, bergerak ke plan B. Kalau plan B tak berjaya pula, rangka pula plan C. Pendekata...seperti dalam entry terdahulu,"If plan A doesn't work, the alphabet has 25 more letters". Teruskan rancangan....mudah2an Allah berikan jalan.

P/S Namun memohon rayuan pertukaran (tahun lalu) tidak termasuk dalam plan. Nak tahu mengapa? Nantilah Anim cerita...panjang dah entry ni..

Artikel berkaitan:

Pertukaran Januari 2015 tak lulus


Assalamualaikum wbt....

Pagi-pagi buta buat semakan pertukaran Januari 2015. Aduh.....berdenyut-denyut kepala bila paparan menunjukkan.......

Pertukaran tidak diluluskan buat tahun ke 2

Wajah Encik Suami, wajah si Abdul sulung bermain-main di kepala. Mereka amat mengharapkan kami dapat berkumpul tahun hadapan.Cukuplah setahun berpisah. Itu pun sudah memberi kesan besar dalam hidup kami. 

Entahlah...Anim masih tak tahu perancangan 2015 nanti. Si Abdul kecil akan melangkah ke alam menengah persekolahan tahun hadapan. Buat masa ni, tengah buntu.....

P/S   Pujuk hati..........bersabarlah:-))

Artikel berkaitan: